20101218

Kisah semalam

Wookkkayy semalam semalam heh,Pagi bangun macam biasa dan buatlah sepatutnya apa yang nk dibuat makan nasi ambang ibu beli tapi makan tak habis tinggalkan bawah tudung saji.Then petang sikit keluar ke Cc kejap layannkan BlackShot jap.Woo wooo naik pangkat dah aku 'Master Sargent' ! cehh konon banggala nii haha mau tak bangga lama aku tunggu nak naik tak naik2 akhirnyaa ahaa

Then Acap msg ajak keluar mau Berr photoshoot katanyaa okayy layankan sajalahkann,so keluarlah kita orang berlima menaiki kereta yang dipandu oleh Bro kita aha.selesai jee berphotoshoot namanya ni terus pergi Mamak yang dikatakan namanya Restoran Zamzam,Lapo dh perut makan makan minum semua Thenn balikkk :D Skip kan cerita ni* aha





Malam malam malam wooo Viethnam Vs Malaysia ! Second Leg nii haha weehoooo Ahirnya aku bangga menjadi rakyat malaysia pasal Negaraku tercinta masuk ke final lawannya antara Indonesia/Filippina :D betol je aku eja tu ? aha takpa2 semangat mesti ada go go malaysia ! haha

p/s : Yokkk cari kerja ! haha

20101211

12 December 2010

Kadang2 memang bosan bila hari2 duduk termenung jee kat rumah,lepas je habis Spm perghhh duduk kat rumah hari2 dah macam orang tak betul dah aku nii haa,bilo lah nak keluar bersiar2 nii Haha,sungguh taktahan aku bila hari2 mengadap benda yang sama jee kusut kusut ehh :|

Manalah pergi geng2 aku ni,petang adalaa sekali sekala main bola tapi ramainya macam hampehhh Blurrr.Kadang2 terfikir jugakk bilo lah nak main futsal lagi nii haa Kaki gua dah gian ni madah bola padang jee bosan jugak aku kadang2 haha.Wahai geng2 futsal jom lah deal lawan ! aku dah habis sekolah korang2 pulak takda hampehh betol laa time aku nak spm ramai jee nak ajak aku bebal betullaa korang ni takboleh pakai.

p/s : futsal laa futsal laa futsal laaa futsal please.

20101208

SPM Is Over NOW ! Yeahhh ! :D

Pheewweeeeiittt Spm dahh habisss wehh ! Perghh tak macam gerekk pulakk bunyi dia enn haha
Haihh akhirnya Perang Dunia dh habiss jugakk Aminnn aminn Merrdekaaa merrdekaaa ! :D furhh selama bertahun - tahun aku duduk kerusi mengadap meja,papan hitam,pen,kertas,segala apa yang ada dimeja tu akhirrnya tamatt jugak Furhhh :| Habiss sudah musim persekolahan aku Hari Ini 8/12/2010 :)

Bye bye bye Smk Dato Usman Awang jumpa lagi tahun hadapan bulan 3 okayy :) Sesungguhnya kau telah memberikan aku kenangan manis,pahit,masam,masin segala semua kenanganlah enn aha tapi aku tetap bangga menjadi pelajar Smk Dato Usman Awang :)

Okayy so apa matlamat aku lepas ni ialah nak mencari kerja sambilan dulu Then nak beli apa yang aku nak beli selama ni :) Then nak enjoy lahh enn apa lagi haha

p/s : Hmm,Btw aku harap result aku menggembirakan aku Aminn :)

20101202

Aku rasa ' LEGA '

Welllcoomeeeeeeee Bloggg ! fuhhyooo ! lama tak mengadap benda alah blog nii haha so sekaranglah time aku nk blogging balik kata orangkan Ahaa :D

Pheeweeeeeiiittt ! Spm Almost Overr wehh ! tinggal 1paper jeee lagii aku ni ! Yeahhh mcm cool je bunyikann ? takk gerekk namanya tuu ? haha tapi apa2 pun last paper Perd tu weh ! Ayoyoyo,takpa2 Ammar Ar Rasyid ! You better Study subj itu sekarang yeee bukan dok ONLINE jee, hahaa kesah apa aku enn ? 1paper jee lagi HAHA waa akuu suka pulakk enn aha

Hampir 2weeks aku berperang akhirrnyaaa nak dekat habiss dah,lagi 1 hari jee weh jumpa sekolah.kadang2 rasa rindu pulakk nak akhir2 sekolah ni enn but takpa MERDEKA akan aku sebut nanti ! haha Lol

Okayyokayy sampai sini jee cukuplah Btw Perdagangan ! Kau datanglah dekat aku ni dengan soalan2 yang simple and mudah haha InsyaAllah aku akan buat soalan kau dengan The Best :)

20100915

Batuk 4hari tak baik datang pulak Sakit2 badan :|

Okayy 4hari masuk harini aku takhabis2 batuk batuk dan batuk,entah kenapa aku tak tau laa,nak kata tk makan ubat aku dh telan dh,tapi asal laa takbaik2 lagi nii haihh terukk terukk haihhh :|


Ahaaa dah lah batuk 4hari takbaik datang pulakk benda alah sakit sendi2 badan nii satu badan aku macam cramp tahu ? dgn kakinya lain badannya lain tangannya lain haha,agaknya pasal aku main futsal laa kot semalam,bukan sekali tapi 2kali dalam 1hari mana taknya lama pulak tu main,lagi pon dh sebulan lebih tk sentuh bola tu pasal tu laa sakit,haiyyyoo sakitnya teramat laa heh durhh :|

p/s : Ya Allah sembuhkan lah penyakit hambamu ini aminn :|

20100909

Salam Aidilfitri :)


Aku disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada keluarga,saudara mara,sahabat2 dan juga kepada kawan2 semua :)

Tahun ini aku menyambut raya ke2 bersama Blog tersayang ni,wahaha sayang ke ? lama sangat tak update ni ? maaf kepada siapa yang baca blog aku ni,bukan taknak update,cuma tak berkesempatan untuk mengupdatekan ini blog harap maaf :)
InsyaAllah kalau ada masa lapang nanti aku update yea :) so jangan terlupa nak singgah blog ni lagi ehe :D

Apa2 pon aku nak ucapkan salam aidilfitri tahun 2010 ini moga2 di hari raya kali ini hidup kita semua lebih baik dari yang lepas2 insyaAllah,ceh uztaz pulakk apa ? * hahaa
All rite selamat hari raya geng ! :)

p/s : Blog akan diupdate apabila tuan punya blog ni FREE :D

20100709

Petang bersama 'Babylon A.D.'




Wooott wooottt ahaa,lepas je balik solat jumaat terus balik lepak baring kepenatan bersekolah selama seminggu nii,gilaa tak lepakk haha.so balik baring kat bilik bukak Tv,woo woo agak menarik tajuknya 'Babylon A.D.' okayy dah lama kot nampak tajuk ni kat channel 413(Astro) cuma tak berkesempatan tgk jee ahaa lol :D
So tadi dia start arround pukul 2 tak silap,habis pukul 4.10,tak sampai pon 4.10 haha.so tengok punya tgk cerita tuu,ahaa agak menarik lah kot haha.Boleh laa not bad enn,cuma tak banyak aksi kot,sikit2 jee aksi2 diaa,so kepada pengarah cerita ini,aku nak tau macam mana si perempuan tu dapat kuasa2 ni semua? agak kurang mengerti yee Haha Lol,Btw kisahnya takdalah teruk sangat okay lahh aha :D

p/s : Petang yang agak simple LOL

20100705

Tidak tahu apa mahu cerita


Aku rasa macam takda apa aku nak cerita sangat harini yee.haha cuma tadi pagi jee lah adalah sambutan pelancaran bulan kecergasan peringkat sekolah ahaa :D Adalah sikit2 aksi gempak termasukk sekolah sampai nak terbakar pon ada HAHA tapi keadaan terkawal okayy lah not bad aha lol.Okayy aku tak masuk satu pon activiti bulan kecergasan ni sebenarnya macam2 kot aktiviti ada,saja jee nak gempakkan cerita Haha.Bukan taknak masuk.cuma hati berkata 'Taknak masuk' Haha baik aku belajar baca buku nak Spm Gilaa ! Ahaaa :D

So masa kat kelas tadi macam biasa jugak belajar belajar dan belajar,tapi tadi masa Tassawur mula2 nak masuk Surau.then ada Uztazah lagi satu dah Cop dulu budak2 form4 masuk,layannn, Sebelum tu Aku,Tuek,Musa dengan Si Aizat round2 satu sekolah dulu saja pusing2 amik angin sebelum ke bawah(surau) ish ishh jangan tiru aksi ini yee disekolah HAHA Lol

Then then takbelajar kat surau.terusss uztazah kata belajar kat astaka sebelah padang sekolah.Wooo woo aku dh tengah panas nii hembusss ddk astaka.adalah angin sepoi2 bahasa tiup aha.kelas tambahan hari ini begitu juga belajar kat Astaka pasal harini kelas tambahan Tassawur,so uztazah ajar kat astaka jugak sampai lah balikk.tapi yang bestnya Uztazah belanja Air dkat budak2 kelas Yeahhh Terima Kasih Uztazah :) So buat lah latihan2 yang diberi.apa2 pon belaja Tass hari ini agak best :D

p/s : Aku dari balik sekolah tadi sampai sekarang tak mandi lagi HAHA

20100702

Cerita Diwaktu Pagi







Bangun pagi hari ini.mandi,terus makan breakfast. dan Terus ke Lappy dan onl terus aku search Vid yang aku dah berkurun tak tengok dah movie yang dh berkurun lama aku tak tengok.Haha. aku sebenarnya suka kot Movie Kabhi Khushi Kabhie Gham nii hahaha.tu lah lama tak tengok, last aku menonton movie ni masa tahun 2008 kot aha then boring2 asik tengok movie baru jee,last2 pagi2 tengok pulak dua babak cerita ni yang agak menyentuh perasaan.ecceehhhh :D

p/s : Menyentuh perasaan kadang2 yee bila baca Subtitle lyric dia Hihi Ahaa :D

20100629

Selasa ataupun Teusday


Pagi hari ini sekolah adakan sambutan Hari Koperasi Sekolah.so agak menarik lah pagi harini sebab ada show2 yang agak memang lawak yee hoho.adalah beberapa budak form 1 ke 2 itu buat show pagi tadi.memang terrbaikk lawakk dia buatkan orang2 di dataran tadi terrgelakk sampai pecah perut haha Lol so perhimpunan pagi harini memang perfect :)



All rite ini ceritaa aku memang takpuas hati dengan diri sendiri haha,so dalam arround 10gitu hidungku mula merah dan tiba2 macam rasa pening jee,apa lagii resdung sudah masukk habisss habisss.start jee pukul 10 aku dah takboleh blaah nak tahan selsema aku.rasa macam menyiksa ada jugak pasal gua dah takboleh nak menahan selsema nii,air mengalir jee nak keluar dari hidung Euwwww HAHA.mintak tisu kat matnor takda pulakk haihh blurr blurr aku tadi.sampai masuk makmal aku taksalin pon nota yang cikgu kasi pasal dah memang aku nak hentak kepala kat meja.
Jam 1 aku ada kelas tambahan harini,patutnya BI,then Teacher takda disekolah harini so aku ingat nak balik mula2nya.tapi budak kelas ni cakap ganti BM pulakk,perrghh aku dah macam ni nak suruh aku stay kelas tambahan pulakkk,aku hadirkan je lah diri enn.pasal aku rasa sepanjang aku sekolah takpernah 1hari pon kot aku miss kelastambahan nii woohhoo credit jap untuk aku HAHA lol.so masa kelas tambahan aku bukan je focused sangat pon kot, amek kertas baring atas meja hua hua kepala dan badan panas yee.sampailah 2.30 teruss lah aku pikul beg dan balikk.durhhh sampai ke petang selsemanya yee haihhh
p/s : Durhh janganlah datang selsema ni waktu aku sekolah pleasee laaa enn Durhhh.

20100628

Science Week !


Weeeiiitt weeeiittt nampak tak atas tu tulis apa? Haaaaa tadi sekolah adakan 'Science Week' so adalah sikit2 tayangan diadakan didataran tadi,yang ada form1,form2,form3 dgn form5 jee kot.pasal si budak2 form4 semua apalagi pergi exam lah korang sana ! Haha kesiannn aku ucapkan Muahaha :))
Tadi jugak adalah sorang apek cina ni buat magic utk minggu sains nii,Haha aku nak terrrgelakkan pon ada jugakk,tapii okaylah notbad magic dia pasal aku pon terfikir jugakk macam mana punya laju dia buat benda alah magic tu haha okayy kau membuatkan pagi aku happy sikit apek cina Haha Lol
Okayy lagi cerita untuk pagi tadi,Puan Pengetua Sekolah Dato Usman Awang,sekolah aku lah kan.ahaa pengetua nak pindah dahh so tadi pagi ada sikit majlis perpisahan bersama pengetua lah enn.actually pengetua ni baru setahun menetap kat sekolah tu.then dia dapat jawatan lebih tinggi lagi naik pangkat Pensyarah kat salah satu kolej kot dekat kuantan pahang :)
So apa2 pon cikgu,saya doakan cikgu succeess disana yee goodluck :) Jangan lupa sekolah sini yee wahaha,aku ni macam lagi 3 4 tahun nak sekolah sini ehh padahal tahun ni dah habis dh Muakahkah :))
Okayy itu saja cerita untuk harini sekian :)
p/s : Petang yang sunyi seketika :)

20100625

Hujung minggu cuti


Salam,

Heyyoo ! weeeitt weeeiitt jumaat beb harini,so apa lagi?aku memang suka bila tiba time
weekend ni pasal cuti sabtu dan juga hari ahad beb ! boleh cool kan otak tenangkan jiwa sebentar harr harrr lol :D tapii tapiii aku takboleh lah selalu weekends ni nak relek kan otakk jee enn,gila apa? gua nak spm lahh derr ! Apa lagi homework kena buat,kena baca buku,kena buat latihan kat
rumah ! Hoooo hoooo.itu semua perlu aku lakukan utk setiap hujung minggu lepas ni,pasal hujung2 minggu yang lepas2 sebelum ni aku selalu sangat buat tak tau,buku pon tak bukak homework pon tak siap HAHA jujur siakk aku Lol.

Allrite seperti semua budak2 form5 johor darul takzim sedia maklum,Trial Spm akan bermula pada 16/8/2010 Wooo woooo tinggal brapa bulan jee lagi enn,Spm lagii lahh aduuhhh.
Aku ni dah sedia ke weh? Hurmmm BLURRR Lol apa2 pon aku kenalah buat yang terbaikk enn Haa yo laa kau amar jangan cakap lebihh suderrr* HAHA

p/s : You can do it Ammar Ar Rasyid Mohd Zain ! Ahaaaaa !


20100606

Lama kesunyian Blog ini :)

Sudah lama aku tak menjejak untuk menulis apa2 cerita di blog ni.Lama lama dan lamaa sangat
kan?furhhh bukan tak sempat atau apa,cuma kemalasan yang melanda difikiran dan tangan aku ini untuk menaip cerita2 yang ada ni.Banyak jugak kisah2 menarik sepanjang aku tak update blog ni,memang ada niat nak mengUpdate,tapi entah bila On kan saja pc aku rasa macam 'eh nak ke taknak update?' haha,last2 tak update jugak enn?aha :D

Ini lah first update aku lepas beberapa bulan aku tak menjejak ke blog ni,whoaaa terasa rindu jugak nak update blog ni macam last year,but tahun ni aku fikir terlalu banyak kot,tension arr doe SPM tahu?Haaa, so kepada2 pembaca blog aku ni,biarlah aku lepaskan study aku utk spm ni dulu then aku update laa yee(eccehh macam ramai jee pembaca blog aku nii) HAHA.Lepas ni aku update la jugak,but jarang lah kot rasanya,pasal Spm tinggal brapa bulan jee weh.adoi adoiii gila otak aku ni Haha LOL.

All rite pembaca semua later i come back and update i punya blog yee WahahaBoii boii :)

20100413

Berpeluh disekolah

Salam,

Harini sekolah macam biasa,but harini masa rehat agak jealous tgk membe2 aku makan enn,haha pasal aku tak bawak duit,bukan taknak bawak cuma malas nak guna duit tu,simpan kat rumaa jee haha.so kelaparan laa aku satu hari,tapi bawak rm1 jee wehh dapat lah beli air haha :D hurmm okayy khamis ni ada Sukan Sekolah so tadi petang ada raptai pebenda ntah,pelajar2 yang terlibat je kot pergi,then kelas tambahan pon ramai takda,so harini extra class haa English ! Yeahh teacher cakap harini teacher taknak mengajar then adalah dalam 10org kat kelas aku tu dia ajak ke makmal bahasa,kemas2 kan makmal bahasa.teacher suro aku,syapiq,fizy dgn si musa amek semua buku english kat bilik guru tingkat 2,so aku saing dgn si syapiq ni haa,si musa dgn fizy angkat 2kali jee lepastu tak tolong dahh,deyyy piirrahh korangg tlg gitu jee aku dgn si syapiq penat lelah wehh angkat buku tu mcm orang apa dahh peluh2.naik turun tangga furrhh.tapi takpala sekali sekala peluh2 waktu nak balik apa salah kan,tapi entah dalam waktu aku peluh2 tadi aku ngan si syapiq ni boleh ketawa2 pasal apa ntah aku pon tak sure,rasanya nak angkat tu berat ya amat kot haha,aduhh malas nak cerita panjang,then balik enn teacher tiba2 kasi upah beli air,si musa awal2 dh balik,akum,syapiq dgn si fizy ni teros g bilik guru beli air cikgu izra haha.layann air teh bunga pon jadii laa asalkan basah tekak aku.wahaha :D


p/s : Peluh peluh peluh dan peluhh haha

20100409

Javier Hernandez (Chicarito)

(Javier Hernandez)

An introduction to 21-year-old striker Javier 'Chicharito' Hernandez...

Where's he from?
Hernandez currently plies his trade with Chivas de Guadalajara in Mexico's Primera Division. Chivas are the most successful team in Mexican history with 11 titles. Having been at the club since the age of nine, Javier scored within five minutes of making his first-team debut, in a 4-0 win over Necaxa in 2006, and helped his side win the title that season.

What's his record?
Pretty impressive. He's scored 21 goals in 28 appearances for Chivas this term and has netted four times in as many games for Mexico. At 5ft 9in, he's not the biggest striker in the world, but he's quick and certainly knows his way to goal.

Where does his nickname come from?
Javier is commonly known in his homeland as 'Chicharito', meaning 'little pea', in reference to his green eyes. He received the moniker as he's the son of Chivas legend Javier 'Chicharo' Hernandez, himself a top Mexican striker who played in the 1986 World Cup.

When can we see him in action for the Reds?
Not until he has received a work permit. If that is granted, Javier will join United officially on 1 July and could make his debut in a pre-season friendly against Chivas in Guadalajara.

Additional reporting by James White.


(Hugo lloris)

(Joe Cole)

(David Villa)

wow ! hebat hebat dan hebat,aku agak terkejut bila Man U tiba2 sign player ni haritu,Striker terhebatt nii datang dari mexico ke Man U ! Go go and go Man United ! Baikk lahh ! Aku dengar Man U nak Sign Keeper Lyon Hugo lloris,Midfield chelsea Joe Cole dengan Striker valencia David Villa,wow wow and wow ! haha kalau lahh dapat 3 player nii aku rasa Man U terrrhebatt ! Yeahh ! Hopefully dapat lahh,lagi pon Sir Alex Ferguson pon cakap masa tu 'Now Time For Change !' Baguss ferguson ! :D





P/s : Hope Next Season Man U dapatkan lah Talented Player ! :D

20100331

Aku takut kelajuan Ribery

Salam,
Well aku redha kekalahan Man U semalam di Allianz Arena,Bayern Munich.dengan Attendance yang seramai 66,000 orangt itu.haha takpalah kekalahan tipis 2-1 membuatkan Man U perlu bangkit untuk melayakkan diri ke Semi Final,so aku harap next match Man U repeat lawan dgn Bayern ni hope Man U dapat menang game ni,gilalah kalau tak menang hancur harapan aku nii,nak jugak pergi Final buat kali ke3 berturut-turut kan at least :D Apa2 pon GudLuck Man U !





Okayy now aku nak cerita pasal Frank Ribery(gambar diatas ini yang memakai jersi merah),Yeahhh pada last year Man U memang nak beli dia ni dari kelab bayern,selepas Man U menjualkan pemain terbaik dunia yang dikenali ramai Cristiano Ronaldo,tapi itu lahh si Alex Ferguson ni degil beli je laa enn,tapi ada sebab kot rasanya Harga si Ribery ni 87JutaPound yee haha,tapi takbole kalahkan ronaldo 96JutaPound haha.yeahh no wonder pasal hal tu,okayy malam tadi aku tengok dia main,first half dia main biasa2 jee tapi agak lincah kadok haha,tapii 2nd half Perghh memang kau buat aku gila kat cara permainan kau weh ! Aku tengok dia macam pelesit pon ada,main punyalah hebat ya amat.yeahh aku bole katakan yang dia pemain yang berumur tapi mempunyai ketangkasan dalam bola,pantas atau boleh difahamkan lagi 'Superb Dribbling'. yeahh dia main agak laju yee,aku puji dia main malam tadi hebat hebat :D aku rasa kalau lah gunakan 87Juta Pond beli dia tak sia2 kot,yeahh takpalah Man U ada Wayne Rooney beb ! haha lol okayokay aku tak mau cerita banyak dah tengok je laa gambar2 ni :D

















p/s : Hope nanti Home di OT menanglah aminnn :D Frank Ribery Hebat ! :D

20100329

Hari hari biasa sekolah


Pagi bangun kesekolah,disekolah harini perhimpunan ada speech pasal Anti Dadah Kebangsaan,then cikgu adalah kasi ucapan pasal Kempen Anti Dadah ni bla bla bla,dan masuk ke kelas,okayy dikelas macam biasa je kot blaja blaja dan blaja,okayy cuma nak cakap aku dah habis buat nota Perdagangan ! Weeehooo ! Wuaaarrghhh lepas segala tension yang ada kat otak nii enn setelah penat lelah cikgu kasi nota yang Beeeeegiiitttuuuu panjaaaanggg Lol tapi takpalah semua dah siap so aku boleh release kan tension sikit pasal perd,hmm haa ! masa sejarah,haihh pelik jugak harini kenapa terasa bersungguh-sungguh aku belajar sejarah harini,selalunya part sejarah kadang2 curi masa nak tido sebab bosan bosan sangat,tapi hari ni entah macam best pulak bila focus enn,okayyokayy ada peningkatan untuk belajar sejarah aku hari ini GoodDay Ammar ! :D



Lepas je habis sekolah ada pulak lagi kelas tambahan harini,ohh okayy hari ini aku rajin nak belajar Tassawur,tapi sebelum masuk aku dengan si DausEceng pergi kantin beli lah air milo ais enn jalan jalan dan masuk ke kelas sambung belaja Tassawur yang Form4 punya kasi mantapkan lagi Bab2 form4 punya tass,yeahh harini balik agak awal arround pukul 1.10 gitu dah keluar,okay aku ke kantin duduk lepak2 dengan Haitar,Kannan dan juga rohit,so nampaklah kat kantin ada mesyuarat untuk pengawas ramai jugaklah,aku pon duduk jee laa lepak kat kantin tu minum air bebual2 semua then teros keluar pergi bustop,then arrround pukul 1.35 gitu pakcik van aku pon sampai dan balik kerumah :)



Assalamualaikum,nenek pon macam biasa menjawab salam tu haha LOL.terus masuk,Ibu kata ibu ada masak nasi goreng,whoaa perot pon udah lapo ni dari pagi takmakan enn,so apalagi masuk2 bilik tengok amir main game,so makan sambil jenguk dia main game.then then aku tido KOT hahaha,layann penat gilaa hari pulak hujan mau tak masyukkkk, The End :D



p/s : Esok nak sekolah taknak heh?dah lah ada sukan Tara,adddoiii :

20100326

Macam2 karenah cikgu untuk rambut aku BLURRRR

Salam,
Nampak gambar diatas ni?Yeahh,kalau aku tau laa harini kena macam ni,baik aku duduk rumah membuta lagi +++++bagus dari datang sekolah hari ni,yeahh pagi datang macam biasa,masuk perhimpunan beratur macam biasa laa enn,aku berdiri senyap tanpa berkata apa2,cikgu panggil budak2 bising naik atas pentas,aku tengok je karenah cikgu tu panggil murid2.Okayy now aku tengok dia,dia tengok aku BAIKPUNYAAA teros dia panggil aku naik ke atas pentas,yeahh agak gembira sehh akuu ! Yehh gembira sangat ni,padahal aku senyap takda kata apa2,but aku tau maybe aku jugak yang salah enn yang pergi naik kan buat apa,tapi kan aku rasa aku punya rambut naikkan dan dah diturunkan balikk,No Wonder lah pasal tu,time atas pentas berdiri dikhalayak pelajar2 sekolah aku..semenjak aku sekolah situ 5tahun tak pernah dipanggil untuk naik sorang2 yee,allrite aku buat muka tak bersalah atas pentas,aku ibaratkan pentas sebagai sebuah stage untuk aku perform ecceehh haha LOL.lepas je dah habis cikgu itu memanggil aku bersama seorang pelajar wanita india yang bercakap banyak,dan terus berjumpa dia kata pasal rambutku bla bla bla dan bla,aku pon turunkan,KAWAN KAWAN nak tahu takk aku hari rabu haritu aku dah cut rambut aku yang panjang tu hingga menjadi pendek yeeee,DAN DAN hari ini dia mengambil guntingnya lalu mengCUT lagii rambut aku sebanyak 4kali cepit kat rambut aku ini,ada faham?takfaham takpa yang penting rambut saya dah jadi macam rambut ORANGYANGTAKBETULMASUKHOSPITALMENTAL ada tahu?okayy no problemo,aku tau aku salah aku REDHA but,hukuman itu tidak sepatutnya berlaku kerana,rambut aku yang sangat2 pendek itu dia guntingnya lagi,padahal aku dah turunkan depan dia,haihhh entahlah aku REDHA,but aku takdalah marah cikgu tu,tapi cikgu ohh cikgu fahamilah perasaan anak2 muridmu :) THE END

p/s : AKU TAK MARAH PON,CUMA SIKIT RASA SAKIT HATI JEE ! Btw Terima kasih cikgu :DDDDDDDDD

20100325

Cuti sempena bangun lambat


Salam,
okayy tajuk pon agak weird sikit enn? haa actually tadi pagi rasanya bangun lambat weh ! gilalah tidur punya best sampai tak perasan jam pukul brapa,sedar2 bangun tengok jam dah pukul 7.30 Haha woo wooo bangun je tengok ayah mana?ayah dah pergi kerja,ahaaa ayah ohh ayah tak kejot adik ehh,takpa2 dalam hati cakap 'bagus jugak enn ayah tak kejot,bole laa aku rehat jap harini ' HAHA lol,so pagi teros kasi tau ibi yang aku bangun lambat,ibu cakap apa pasal tak kunci jam,aku blurrr kejap membisu ehe,aku sebenarnya kunci jam kot tapiii entah haha tak bangun2 si amar nii Weeee :D okayokay takpa harini aku duduk ruma pagi buat kerja math yang tak siap,then baring2 dgr lagu dan ZzzZZzzzZZzz Lol.




Haaa kejap2 ini ada cerita kedua ni,Makcikkk Nathasya Yusof ini hadiah pakcikk kasi untuk makcikk yee sempena birthday makcikk 'City Of Love' (Paris) Weeeee :D


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Nathasya Yusof,
Happy birthday to youuu :)


Semoga panjang umur murah rezki dan tahun ni Pmr rite?Do the best okayy makcikk ;) Go for 8A's haha Pakcikk tau makcikk boleh punya Yeaahh ! <333333>
p/s : Woooo esok ada Sukan Tara :D Makcikk makcikk jom ke pariss haha :P

20100322

Glory Glory And Glory !

Hello kawan kawan,ahaa sebelum aku nak mulakan cerita aku ni baik korang korang dan korang View gambar kat bawah ni dulu :D








Haaa sudahkah anda ciew gambar gambar diatas ini?Maka aku mahu mengucapkan Well Done Manchester United ! :D Sebabnya telah membawa kemenangan bermakna menentang Liverpool haha,malam tadi around pukul 9 tengok Debaran Af kejap Ohoo ehh shah keluar?Ayooo apa daa pengundi2 nii ish ishh haha :D Okayy okayy 9.30 Mulanya Match diantara Man United Vs Liverpool ! Weehoo ! First Half game agak perlahan yee rentaknya,aku tergamam dan memuji jugak bila striker liverpool Fernando torres tanduk bola masuk gol seawal minit ke5,wuaahh takpa takpa sebenci-bencinya aku liverpool ni aku memang suka Fernando Torres haha dia striker yang sungguh sungguh Briliant bagi aku :D okayy okayy no hal,aku tengok dengan ayah,tak silap aku dalam minit ke 18 gitu Man U diberi Sepakan Penalti haha aku macam tak menjerit pulak bila dapat penalti enn haha,bagus Macsherano kerana tarik tangan valencia untuk memberi Man U penalti haha :D teruussss Wayne Rooney shoot Woooo ! Reina menepis bola itu dan rooney membalas bola itu ke gawang gol dan GOALLLL ! hahaha gila kejap* :D woo woo Yeahh syabas rooney ! Kau laa Fav Striker In The World bagi aku ;) ahaa first half 0-0.
Masuk je 2nd Half perlawanan agak rancak yee main pon agak laju sikit dibandingkan dgn 1st Half so layan layan punya layan minit ke berapa entah Flether Cross lepastu Park Jing Sung menanduk bola dan GOOOOAAAALLLL ! yeahh menjerit aku satu rumaaa dan ibu pon menjerit dan berkata 'Adikkk kenapa tuu ! esok nak sekola kan?pergi tidur !' Hahaha aku pon syuttt syuttt haha takpa2 yang penting kemenangan Man U adalah kemenangan hebat ! Ahaa aku dengar cerita Chelsea malam tadi seri?whoaaa gerekkk Man U No1 beb heee :D
P/s : Glorious Manchester United ! :D

20100314

Bermain bola ketika hujan

Salam,sebelum aku nak ceritakan apa kisah yang nak diceritakan aku nak minta maaf atas kelewatan yang teramat sangat sebab tak update blog ni yee Ehe ;) busy busy busy + agak malas nak update Heee :D




So first aku nak masukkan sikit cerita,yang agak2 dh berkurun lamanya..haa 3minggu lepas buat suprise party untuk birthday acap woo best gilaa ! Aku,Syaril,Wan,Yusra,Ain dan juga birthday boy pada haritu Abang acap kita.haha :D Masa tu buat suprise party,mula2 si acap ni tak tau kita orang nak buat kejutan untuk dia tau,sebab yang plan benda ni semua aku,yusra,wan dgn si syaril ehe :D so masa hari jumaat,lepas je solat jumaat aku terus cal si syaril cakap gerak pukul3.then teruslah gerak dgn dia naik bas pukul 3.sampai je dekat cs tu aku pon tunggu si wan keding ni dgn awek dia si ain,jap2 aku skip kan cerita teruslah...then yusra pon cal suruh turun ke Jco,sampailah kita 5orang kat jco tu,si acap duduk kat dalam jco time tu.so si yusra bawak cake aku dgn syaril pon cover then mengWishkan Happy birthday bro ! yeahh dia pon agak tekejut dan lepak2 kat situ semua then yusra ajak pergi taman bunga.aaa?jom aku on je.terus naik kereta si acap gerak laa ke taman bunga lepak sana bergambar,terus hantar Ain balik,then terus pergi taman U,terus pergi Tmn sutera,Terus pergi Al-ikhsan,Pergi area ruma acap,terus pergi makan,terus pergi danga bay hahaha,aku skip kan jee cerita ni,banyak rasanya cerita best2 aku nak cerita,tapi biarlah menjadi kenangan kami berEnam semua,ecceehh aha :D okayy macam mana pon haritu best best best and best gilaa weh ! layan korang punya kepala memang gerekk ! :D





Okayy habis cerita,nak story pasal semalam pulak,haaa semalam petang keluar main bola macam biasa,adalah dalam 16orang kat padang tu main semalam 8 lawan 8 enn macam biasa :D kita orang pon main laa macam biasa, grrrr hujan turun tapi takda kilat pon so layan on jee main bola hujan2 main tapi memang baikk weh main bola time hujan best jee aha lama dah tak main bola time hujan ni,last main pon last year aha :D tapi tapi yang penting team saya menang 10-3 yee harap maklum kemenangan terbesar semenjak aku main kat padang tu muahaha :)) then balik je basah2 aha normal laa main bola main hujan skali aha,balik arround 6.45 gitu.





Malamnya,setelah habis solat,makan,onl kejap semua..masa yang dinanti2kan adalah Manchester United match time ! Yeaah ! Ahaa apa lagi on tv tengok Man U lawan.Aku,Ayah dan juga amir tgk laa bola tu,si abang aku ni amir dia fan LiverFOOL haha.ayah aku ni dia tak kisah dia mana2 jee,tapi malam tadi first half Man U main control jee bola tu but takda banyak attack sangat,Fulham firsthalf main sangat sangat simple dan cara.ayah aku pon sokong2 si fuham ni,si amir ni mula mengutuk2 Man U,aku pon bersabar jee laa padahal dalam hati ni perghh kau tak tengok lagi Man u main macam mana kau nak ngutuk* Bhahaha.so firsthalf 0-0,Second Half aku harapkan Man u main laa cara2 sikit,kejap2 nak wish sikit ni Happy Birthday Old Trafford ! aha sempena 100tahun Stadium Ot ni nak jugak wish enn :D.okay sambung 2Half,aku tengok amir dah pon keluar pergi kerja,si ayah ni mata terkebil2 nak tido aaa tu,aku pon rasa tenang jee tgk bola,ahaa masuk jee 46minit Wayne Rooney sumbat 1Gol untuk man u ! Yeahh ! rooney kau punya gol tak macam belambak pulak season ni enn aha syabas syabas ! Ahaa :D layan punya layan 3-0 kena tibai Fulham.kejap2 aku rasa kalau aku tgk sorang jee laa Man u bole menang,kalau si amir dgn ayah ni tgk skali Man u takda semangat hahahaa :)) apa apa pon Glorious Man United ! :D



p/s : Ahad ini keluar yee kawan kawan HAHA :D

20100217

17/2/2010


Okayy semalam aku bosan bosan dirumah,dan dalam kepala rasanya memang nak keluar menonton movie dengan abang,sepatutnya nak keluar dengan si syaril,wan dgn acap.habis tu budak2 ni tak contact aku malas lah nak layankan.so aku tunggu abang uzair balik dari kipmart,dia punya ke kipmart macam bukak kedai kat kipmart tuu jee enn,faham2 laa maksud aku tuu* Haha.Then bila abang balik teros aku check booking tiket di www.cathaycineplexes.com.my ecceehh promote kejap Harr harr.okayy mula2 nak tgk cte Alice and wonderlands,habis bila tgk balik cerita tu belom keluar haha.so nak tgk cerita 'My name is khan' then fikir2 balik jugak taknak lah.so aku pon kasi idea sama abang uzair ckp suruh tgk cerita Percy Jackson.aku pon tgk lah pukul brapa punya wayang ada tgk2 pukul 5 dah sold out,yang pukul 6.30 punya ada lagi haha apa lagii layankan jee laa.pukul 4.45 aku siap2,masa tu txt jugak dengan si bedah dia kata dia nak tgk abang uzair,haa?apa ada kat abang aku ni?HAHA tau lah kau dh jatuh hati dengan abang aku jangan sampai mcm tu.Haha,entah abang aku kenal kau ke tak weh hahaha.
Then siap2 terus naiklah bas,sampai ke cs.Allah aku malas betul lah kalau kaum2 semut belambakk.orangnya rmai ya amat,so masuklah terus ke lif dan amik booking tiket tadi.ke mcd kejap beli air vanilla shake dan terus beli popcorn dan masuk ke panggung.OKAY everybody ceritanya kalau 10markah aku kasi 9.5markah.korang nak tau mana pergi 0.5markah lagi?aku tolak sebab..kjap2 ada ke neraka ada piano,guitar kerusi semua?HAHA bengong jee enn.tapi ceritanya agak bestlah jugak dia punya aksi2 ada lah lebih kurang cerita harry potter tu,dan directornya pon yang buat cerita harry potter tu enn ehe :)
Dan aku terus keluar dari panggung naik teksi dan terus pulang ke rumah The End
p/s : Bedah kesian kau haha.Okayy perfect day :)

20100201

Extra Class Begin Now !


Dan apabila kelas tambahan bermula....Okayy semalam 1/2/2010 bersamaan hari isnin kelas tambahan kat sekolah aku dah mula,okayy ini bermakna apabila kelas tambahan sudah bermula kita kenalah mengambil peluang ini untuk belajar dengan penuh khusyuk lagi ecceehh haha,walaupun masa dia 1jam jee.so kelas tambahan dari bulan febuary ni sampai lah ke october dan november adalah bulan SPM yee kawan kawan.aha,so semalam hari isnin kelas tambahan aku subjeknya ialah Tassawur Islam dan juga Perdagangan.Okayy semalam study tassawur dengan uztazah,so next week baru PD.Actually harini punya kelas tambahan subjeknya BM,tapi yang aku pelik tukar2 jadi BI.haha so layan jee lahh enn.jadi waktu balik aku ditangguhkan hinggalah ke pukul 2.30.ahaa 2.30 baru balikk,gilaaa letihh aku enn,tapi takda hal sebab nak pandai punya pasal semua boleh buat enn enn,haha.
Kejap kejap nak cerita sikitlah kat sekolah tadi.aha,so tadi kat sekolah pelajar jepun datang sekolah,ayoo tiap2 tahun datang macam dah tak gempakk jee,HAHA kasi lah pelajar Mexico kee pelajar Spain ke datang sekolah enn,baru gerekk,awek aweknya pon cun cun belaka.Muahaha :))Tapi tapi budak2 jepun ni apa kurangnya,boleh tahanlah jugakk tapi aku tak suka sebab pipi dia merah sangat doe,macam kena lempang jee enn HAHA.kejap2 aku perli kee kutuk ni?* Ahaha :)) woo dan masa akhir math cikgu takda so Pk1 datang kelas ajar sejarah okayy dia ajar best,haha.cuma cuma perhimpunan pagi tadi jee kot.haha,cikgu Pk Hem gilaa garanggg haha.takpalah nama pon Pk Hem enn,kalau tak tegur murid itu bukan namanya Pk hem haha :D
p/s : Extra class ohh extra class ayoo ahaa :)

20100128

Bercerita untuk seketika



Salam,


Weeehoo ! Hari ini jumaat yee so apa yang D'happy kan?ahaa esok kan weekends cuti lahh beb ! Mau takk suka cuti?hahaha.okayy hari ni jugak rasanya last day berkabung sempena kemangkatan Almarhum sultan johor itu hari kan kan.haddoii dah seminggu berlalu macam kejap jee enn enn.entah aku rasa pejam celik pejam celik mungkin esok dah Spm.haddoii.masa ini cukup ke tidak?untuk aku berusaha?itu lah yang dikatakan selalu 'Masa itu EMAS' haa so apa yang aku harap masa yang aku ada tahun ni aku akan gunakan sebaik mungkin untuk memantapkan lagi ilmu2 pelajaran aku for Spm nanti ecceehhh.haha btw Aminn jee :D






So weekends ni apa nak buat?duduk rumah lah beb ! apa bikin? korang macam tak tau aku yang tengah BUSY lah sangat untuk spm ni buat apa kan? apalagii sehh duduk rumah buat HomeWork lah,nama pon Home-Rumah Work-Kerja = Kerja Rumah.Haha so buat lah kat rumah,ahaa :D tu lah busy sangat nii kadang2 sampai nak onl pon selalu buat hw depan pc nii.haha.okayy hw satu hal.weekends ni aku rasa nak buat apa heh?ahaa ahaa main bola petang2 of course beb ! Haha lagi lagi aku nak ke kipmart utk membeli CoolBlog yang telah 3minggu aku tak merasai nikmat air 'Oreo Vanilla' Perghhh dapat kena rasa air tuu..mauu tak masyyyuukkkk.HAHA so coolblog ! Here i come for you tomorrow ! Hahaha



Now now now satu hal lagi,heee aku sebenarnya macam ada masaalah kerinduan jee.haha.entahlah hidup aku tak tentu arah tanpa diorang,entah tahun ni aku terlalu sibuk melayan perasaan aku yang telah dibuai pelajaran hingga busy setiap masa aku nii.haa kan dah keluar ayat baikk punyaa.Haha.bukan apa lah aku kadang2 rasa serba salah,haihh.okayy Actually aku nak cerita pasal membe2,kawan2 dan sahabat2 aku semua :) sebelum aku cerita aku nak sebut nama2 yang aku rinduu sangat2 dan aku betul2 nak minta maaf :) Firsttlyyy aku memang rinduu dekat Abang Jime,Farah Ezaty,Ameera Diana,Kak intan,Kobain,Slay,Acap,Ira dan juga si Syiffa.Hahah gilaa belambakk tak?Haha okayy now aku nak minta maaf satu satu orang




1- Jime ohh abang jime saya,haha amar kan rinduuu rinduu yang teramat sangat kat jime ohh addoii lama gila kita tak bercommentho kan kan?jime mana pegi haa?haha takpa2 nanti amar kasi buzz hp jime,tunggu yarh ! Btw sory sangat2 if kat ms tak layan ehh ehh heeeee :D








2 - Farah Ezaty ! Wehh budakk gemokk ! Haha aku rinduuu kauu lahh gilaaa ! Hahhaa.farah ohh farah i rinduu you ohh addoii you mana jugak pergi haa?busy kaa?onl pon dh jarang kan kan?kata nak cal i?Muahaha :P takpa2 apa2 pon sory jugak if i tk tegur you yee,imissyou sayang.Hahaha :))





3- Ameera diana haihh amar tak tau nak cakap apalah.sebab sekarang ni amar betul tak tau sebab dah lama sangat sangat sangat tak layan meera kan kan?amar bukan apa.mungkin amar jugak kot yang salah sebab lupakan adik amar sorang ni heee :D then amar tau mesti budakk meera ni marah gila2 enn en kat amar?Haha so apa2 pon amar bukan nak lupa meera,cuma amar terlalu busy kot,tu lahh si amar ni busy sampai tak terlayan kawan2 dia semua Weeeeeee :D





4- Kak intan all rite aku tau aku salah kan?haha aku dah tau dah sebab sebelum ni kau ada cal aku then aku bukannya taknak angkat.maybe aku..entahlah okayy aku jujur,aku tension masa tu weh,aku betul2 tak tau apa dah jadi dengan aku sampai semua orang dan kawan2 aku semua aku hampir lupa semua,entah apa jadi tahun baru ni hehe :D kak intan nak kahwin dah kan bulan3 ni?hmm tapi aku betul2 nak mintak maaf weh.aku salah aku tau : so I love you kak intan :) later saya cal awak okayyokayy :D





5- Kobain hahaha kobain ohh kobain dimanakan anda?saya mencari anda onl tapi tidak kelihatan.so bila onl nanti cepat2lah tegur saya yee.hahaha :P






6- Slay hahaha abang slayy ohh abang slayy i rinduu you tauu ! HAHAHA gilaaa geliii siot ayat gua HAHA.woii gemok ! Mana kau pergi?kerja jee tahu ! Bila nak hangout sama sama lagi?bila nak shot2 gambar aku lagi nii?Haha cepat2lah kau berhenti kerja,then then dah dapat gaji share2 lah dgn aku.HAHA :))







7- Acap ohh acap hee :D bilaa nak set kan time futsal lagi?lama dah kau tak ajak aku main futsal enn.yee aaa kauu macam ni laa enn merajuk arr aku.Hahaa.tau laa kau kerja sama dgn si slay tuu.lepas tu ajak main malam2.aku malam2 mmg boleh tapi tau2 jee lah apa yang tkboleh kan haha.tapi weekends memang malam aku boleh.so bila lagi?haha dan dan bila nak hangout sama lagi bro?jom laa ! kita beramai ramai photoshoot lagi.Wahahaha ! :D





8- Ira atau dikenali sebagai Syahira Huda.Haha oii budakk kecikk,rinduu kauu weh ! Bila nak jumpa lagi?bila nak datang jb lagi haa?datanglah rumah nii haa.haha rindu dekat si zikri adik kauu tuu.haha kejap2 kemsalam hadirin kalau kau txt2 atau jumpa dia.haha kemsalam ayah cu dgn ibu cu skali okayy ! ;) dan dan kemsalam dekat Kak Gg dgn Kak Nn haha :D





9- Ahaa Syiffa atau dikenali oleh aku sebagai Machiii ! Hahaha wehh guaa rinduu luu lah machii ! Lama enn luu tak tegur gua?maklum lahh busy jee luu memanjang tak ingat gua enn.yee laa merajuklah.hahaha :)) nanti tegur2lah gua tau tau ! Haha kejap2 bila nak belanja gua Mcd ni?HAHA :P



Furrhhh gilaa rancak takk cerita den nii haa?Hahaha itu lah kawan kawan yang aku rinduu tahap ya amat gilaa punya.haha kawan kawan aku mintak maaf tau tau sebab lama dah tak layan korang korang ni semua,aku kadang2 terfikir 'Aku ke yang salah?' haihh sory lah tahun ni memang aku busy,sebab banyakk sangat benda yang aku kena buat tahun 2010 nii kira tahun ni tahun busy aku lah agaknyaa :) btw imissyou all and sorry ;)


p/s : CoolBlog here i come ! Haha :D

20100126

Aku tidak stabil tiap2 pagi






Salam,

SELSEMA ! Ini lah aku bila time pagi2 selalu sangat berlaku gambar kat atas ni,adoi entah kenapa aku selalu sangat kena.kira aku ni Resdong laa bak kata orang2 kita ni kan.tension aku dibuatnya hari2 macam ni,haihh bila time dekat kelas susah nak focus sangat sebabnya penyakit ni selalu jee datang tiap2 pagi,nak tau pulakk penyakit ni datang ada pulak masanya tuu,ayayai.pelik ohh pelik sungguh.siapa yang resdong ni korang2 semua tahu lah betapa menyeksanya nak menahan SEKSA nya itu.hahaha.tapi aku rasa dah biasa kot sebab tiap2 pagi sure kena,but takdalah hari2 tapi memang selalu,jaranglah tak kena kan.Ahaa but its okayy lah,i know how to take care my self and this Selsema yang bengong ni.haha.tapi tapi kan selsema ni bukan je tiap pagi je aku kena,kalau agak2 tempat tu panas then berhabuk ke enn sure dia punya Attack fuyyyooo ! faham2 jee lahh.merah lah hidung aku,korang pernah tgk hidung aku merah?hahaha sure terguling2 korang melalak bila tengok hidung aku macam BARDOT.hahaha,Okayy tutup cerita pasal kes resdong aku ni.kalau nak cerita memang takda jawapannya aku ni.ahaa :D




All rite 2010 ! tahun ni.yeah memang ramai jugakk yang tahu aku ni dilahirkan pada 1993 kan kan?so 2010 ada lah tahun apa kawan kawan?Aaaaa apaa diaaa?Spm?Yeahh gerekkkk haha.apa diaa?tak tau lagi Spm tu apa? Ish ish ishh Sijil Pelajaran Malaysia ! Haaa amikk hengkauu ! Hahaha,kejap2 ketidakbetulan aku sebentar* Harr harr.okayy tahun ini aku rasa baru dapat feel untuk belajar sepenuh hati dan jiwa raga aku,sebab sebab apa?Aku rasa tahun2 sebelum ni,aku banyaakkk sangat main leka semua,entahlah asyik2 main main main,dan Words yang aku selalu dengar ialah 'MALAS' tentang diri aku ni.bukan apa Malas nk belajar jee.benda lainn semuaa aku rajin doe.haha,normal lah time tu kita tak sedar lagi apa arah tuju kita kan.tapi bila aku dengar je cikgu kata 'Tahun ni tahun last awak,tahun ni jee kena belajar betul2.,tahun depan takda dah' Okayy yess aku tau tahun depan takda lagi aku untuk sekolah.baru aku sedar tahun2 sebelum ni aku selalu malas jee,so aku rasa tahun ni aku nak buat yang terbaikk.tapi tapi kan ada part jugak time petang2 dah balik sekolah,terasaaa lemahh jee badan nii nak buat HOMEWORK.haha.normal lah Syaitan ada dimana2 kan kan,dia lah sentiasaa menggoda aku 'Ammar ohh ammar janganlah kau buat homework,tidurlah tidurrrlahhh' ZzzZzzzZzzz......Haa maka tidulah aku masa tu.Muahaha :)) tapi takdalah terlebih tidur.agak2lah,dulu bila aku nak tidur jee jangan fikir apa dah terusss Membuta tanpa memikir masa depan.Haha,but sekarang bila nak tertidur je time Hw banyak aku terikir eh hw dah siap ke belom ni aku nak tidur?tahun ni nak spm ni,Haha itu lah selalu yang aku fikir,then terus sedar balikk buat lah hw,tapi manusia ni ada kekurangan kalau dah malas tu malas jugak nak buat kan kan amar?Hahaha.But no wonder lah this year,aku memang nak buat yang terbaik punya InsyaAllah :) Subjek yang aku nak betul2 nak ke depan adalah Subjek Math ! yeahh ini lah sub yang paling aku lemah sejak aku darjah 1 ! Hahaha.takdalah masa darjah 6 aku pandai math ni,siap buat soalan sendiri lagi tuu.haha but bila masuk form1 je semua dah tercicir masuk form2 form3 dan seterusnya form4 aku dah tak tau apa.HAHA.selalu jugak failed kot.Haha.tengok2 aku jujur tauu ahaa.mengakulah kan memang Math ni lah subjek yang aku lemah sangat,hee :D but tahun ni bila cikgu math masuk je aku memang 98% tumpukan perhatian,yang lagi 2% tu diam2 sudah lahh macam korang tak tau sebagai seorang pelajar.hahaha :)) All rite to kawan kawan aku yang tahun ni amik Spm jugak study smart and study hard too yarh ! Dont worry if korang kurang pandai ke apa,janji korang dapat apa target yang boleh membanggakan untuk korang spm nanti ! :D Okayy ! Chalo chalo ! :)
p/s : Aku nak demammmm ! Hahaha :D

20100123

Al fatihah..Al fatihah..Al fatihah untuk Almarhum Sultan Johor


Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
1932 - 2010

Allahuakhbar,Hari Jumaat malam aku mendapat berita yang agak pilu + sedih + Terusuk jiwa ini.haihh,tidak aku ketahui pon bila dia sakit teruk,tapi mendapat kabar yang dia selalu dihantar ke hospital,tapi Allah lebih sayangkan Tuanku.Hmm,Tapi apa pon Jumaat malam aku ber-Ym dengan Yusra dia cakap aku,esok semua perkerja semua dgn budak2 sekolah cuti lah kan.Ahaa aku pon pelik kejap kenapa seh?dia pon cakap Sultan Johor dah Mangkat.aku pon berkata 'Haaa?Kau biarr beetikkk yusra,kau jangan main2 ni sultan kita ni !'.pada mulanya aku tak tau lah kan.tapi yusra kata betul,okayy aku taknak confirmkan lagilah.So malam tu aku pon terfikir2 betul ke kabar angin ni?so txting lah dengan si Shaf tu.then dia pon kata 'eh sultan johor dah mangkat ke?'Aku pon terdiam maybe lah kot.hmm tunggu lah kabar berita.then puikul 10gitu aku dapat lahh berita yang pemberitahuan MB Johor Abdul Ghani Othman kasi tau yang pasal berkabung2 ni semua.haihh dah memang Sultan Johor mangkat,aku dalam hati menyedekahkan AL-Fatihah hingga tak terkira sambil txting2 dengan Shaf :

Esok paginya aku pon teruskan tengok2 tv,lepas tu menukar2 channel tv,terus tengok Tv1 tak silap tgk masa tu pukul 12 kot,Ada istiadat permakaman bla bla lah kan tv1 tu,tunjuk lah mcm mana banyaknya orang2 ternama datang sultan2 dari berbagai negeri,ada jugak perdana menteri Malaysia dan hero2 negara malaysia ni yang lain datang menziarah buat kali terkakhir. diorang buat dekat Muzium johor seh.woahh rugi tuu tak pergi,kalau aku tau aku dah pergi dah seh,bukan jauh sangat pon,kalau pergi dapat lah jumpa sultan2 semua.fuuyyyoo bukan senang nak jumpa sultan2 ni kan.hehe :D tapi kalau pergi tak dapat tgk mcm mana dpt tgk nya dekat tv,yang boleh tgk sampai kebuminya Almarhum Sultan Johor tu :) Kejap2 masa nak keluarkan Almarhum sudah ditabalkan masa itu Sultan Johor baru ! Weeho ! :D




Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Daulat Tuanku !

Dari pukul 12 tadi sampailah pukul 4 Aku,Ayah dgn Ibu dalam bilik selama 4jam tu tak berganjak pon sebab tgk istiadat permakaman sultan,sampailah dibawa ke pemakaman Tanah Perkuburan Diraja Jalan Mahmoodiah.tengok2 lah tv dan habis rancangan tu,okayy kepada semua warga dan anak2 jati Negeri Johor Negeri Berdaulat ini ! Sama2 lah kita berkabung bagi lelaki pakailah songkok yang dililitkan kertas putih kat songkok tu.haa?kertas boleh kan?haha.Asalkan ada benda putih kan songkok tu.yang prmpuan tak tau lah.haha.bendera diturunkan Separuh tiang selama 7hari. The End :)

Al-Fatihah untuk Almarhum.



p/s : Maaf2 aku dah lama tk update blog ni yee :)