Assalamualaikum WBT
Dunia hari ini menunjukkan betapa hebatnya dugaan anggota, dugaan hati, tersimpul di dalam satu dugaan iaitu dugaan Zahir dan Batin. Mengapa aku memperkatakan sedemikian? Kerana dunia hari ini terlalu penuh dengan maksiat. Melampau-lampau sehinggakan lupa kita akan agama kita ISLAM. Maksiat dengan pelbagai cara. Akan aku ceritakan contoh2 maksiat di bawahnya nanti.
Cumanya aku rasa sungguh kecewa, Lainlah orang yang bukan islam tidak menutup aurat. Itu pun jikalau ditonton dengan sengaja kita sebagai ISLAM pun dapat dosa. Inikan pula kita yang dilahirkan dalam ISLAM tetapi sendiri tidak memahami konsep ISLAM itu sendiri. Kelmarin aku berjalan di sekitar bandar Johor Bahru. Iyalah, bukan aku mahu memperburukkan Negeriku sendiri. Tetapi aku sungguh takut pada Allah. Wahai rakan-rakan. Jikalau penuh dengan maksiat di bumi Johor ini, Apakah anda semua tidak terfikir boleh jadi juga Allah akan menurunkan Bala di muka bumi ini. Maksiat berleluasa. Allah Maha mendengar, Allah Maha melihat, Allah maha segala2nya.
Aku sendiri tidak pasti bahawa mereka ini lupa atau sengaja lupa. Tetapi tidak sedarkah mereka kita ini ISLAM. Ya aku juga bukanlah hebat sangat untuk memperkatakan orang sebegitu. Allah sendiri mengetahui apa yang kita lakukan di dunia ini. Allah saja yang layak membandingkan siapa yang banyak pahala dan siapa yang tak banyak pahala.
Bukanlah aku ingin memperkatakan mereka yang memperlakukan maksiat sedemikian. Tetapi aku sebagai saudara sesama ISLAM, Sudah tentu ingin menegur mereka yang begitu. Apa gunanya turun Al-Quran. Apa gunanya lahirnya Nabi Muhammad di dunia ini, Jikalau perkara zaman Jahilliah masih ada di muka bumi ini. Lebih2 lagi malu pada orang Islam kita sendiri.
Maksiat Zahir : Mata,Mulut,Telinga,Tangan,Kaki,Hidung apa segalanya tentang anggota badan ini. Jagalah dengan sebaik2nya. Kerana ini adalah aset yang akan bersuara di akhirat kelak. Anggota-anggota inilah yang akan bersuara, Mulut hanya berkata tidak saja. Anggota2 yang lainnya inilah yang akan mengatakan kebenarannya.
Mata : Melihatkan perkara yang sia-sia. Terutamanya kaum Hawa. Ya Allah, aku sendiri tidak sanggup melihat apabila sebagai perempuan ISLAM. Memakai pakaian ketat2,menampakkan susuk tubuhnya sendiri, pakai skirt di khalayak ramai, tidak memakai tudung dengan sempurna. Aku cukup sedih! cukup cukup sedih! Mengapa anda semua yang sebegini perlu menunjukkan harta anda sendiri?
Tidak terfikirkah anda bahawa rugi sungguh Suami anda kelak, Sangat-sangat rugi. Kebanyakan lelaki sudah melihat harta istimewa anda sebelum Suami anda yang sebenar2nya halal buat anda tonton. Tidak rasa kesian ke? Alahai.
Telinga : Mendengar sesuatu yang sia-sia, Itu juga dikategorikan sebagai maksiat. Dapat dosa kering tau rakan-rakan semua. Tapi kalau dosa kering dikumpul banyak-banyak. Tidakkah basah kuyup dosa tu sehingga dijadikan berat? Iyalah seperti mendengar lirik2 yang sia2. Mendengar perbualan orang yang tidak ada faedahnya. Elakkan dari mendengar perkara yang bukan2.
Tangan : Allah memberi kita tangan supaya memegang perkara yang baik2. Perkara2 yang Allah suka. Memegang Al-Quran, Memegang buku-buku ilmu yang baik-baik. Bersalaman dengan Ibu Ayah. Bukannya untuk memegang tangan girlfriend boyfriend, Bukannya untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan ( Anda faham maksud saya apa ) bukan itu semua. Dosa besar jikalau memperlakukan sebegitu rupa.
Maksiat Batin : Inilah paling ditakuti kita, kerana yang batinnya hanya kita sendiri yang mengetahuinya, kerana kita sendiri memahaminya. Batin merujuk kepada Hati. Wahai rakan-rakan semua, Hati ini sesungguhnya milik Allah. Allah sahaja yang memahami hati kita sendiri. Jadi eloklah dengan hati. Kalau hati kita sendiri tidak elok, bagaimana Allah mahu menerimanya? Cinta. Sudah pun berbicara tentang hati. Ingatlah sekali lagi rakan semua, Cinta adalah perasaan maksiat hati yang paling dasyat. Cinta pada yang belum halal untuk kita. Dikira maksiat juga itu. Cinta boleh, tetapi berlandaskan kepada Cinta yang benar, bukan dizahirkan kepada perkara yang terjerumus kepada Zina. Nauzubillah, elakkan ya rakan2.
Kita ini ada Syurga ada Neraka kelak. Mana satu yang kita nak pilih sebenarnya? Syurga ke Neraka? Siapa yang mahu Neraka? Taubat lahun tidak ada siapa yang inginkan Neraka. Semuanya mahukan Syurga.
Jadi senang saja. Jika mahukan Syurga, Lakukanlah perkara2 yang Diredhai Allah SWT. Jauh dari segala larangannya.
Apa yang dikarang oleh aku ini bukan sajalah untuk kamu semua, untuk aku juga, Iyalah kita sebagai insan biasa sering melakukan kesilapan, Apa yang baik datang dari Allah, Kekurangannya adalah dariku. Jadi mohon taubat dari Allah. Allah Maha Pengampun. Ambil yang jernih buang yang keruh. Sama-sama perbaiki diri masing2. Wallhualam.
Wahai rakan pembaca sekalian.... "Islam ini MUDAH, Islam ini sepatutnya BERJAYA!"
p/s : Sama-sama kita menjauhi maksiat. Ingat! Segala penyakit ada ubatnya :)
No comments:
Post a Comment