20111030

Nafas ( Dua )


2011

Dikala hujung minggu Sa'adi tidak berkerja.
Awal pagi lagi Sa'adi sudah bangun & menyempurnakan solat subuh. kawannya Azlan mengajaknya untuk pergi berjoging dipagi hari ini. memang selalu itu yang dilakukan Sa'adi & kawannya dikala hujung minggu yang lengang waktunya.
Duduk ditepi pintu menunggu Azlan mengambilnya,menjenguk suasana di luar rumah,melayankan karenah kucing yang sedang bergurau dengan bola yang diberi oleh Sa'adi,lalu mengusap - usap badan si kucing itu. Sedang menunggu sa'adi pula termenungkan sesuatu . . .

2002

Pada tanggal tersebut telah genap dua bulan aku berkawan dengan dia. Sedang itu terus memberi mesej bertanyakan khabar pada dia & terus membalas mesej. Ada kalanya aku & dia gembira,berkongsi pengalaman,bergurau seperti lumrah alam biasa,Saat itu membuatkan aku lebih rasa indah untuk merasai sesuatu kehidupan yang berbeza. Sebelum melangkah lebih jauh aku memberitahu dia yang aku merasakan sesuatu iaitu perasaan ' SEGAN ' untuk berkawan dengannya tetapi dia memberikan aku semangat untuk mengenalinya apabila dia memberitahu pada aku yang dia tidak segan untuk berkawan dengan aku.

Sebelum itu,aku terlebih dahulu telah menghantar bunga kepada keluarganya. Maksudnya,aku sudah tahu hidup sehari keluarganya bagaimana. Boleh dikatakan dikalangan orang-orang yang penuh dengan kehebatan ilmu dunia. Itulah punca sebenar yang membuatkan manusia seperti aku segan untuk berkawan dengannya. Bukan niat aku untuk tidak mahu mengenalinya lebih dalam,sebagaimana aku katakan tadi aku segan untuk berkawan dengannya. Mungkin tiada sebab yang kukuh untuk mematahkan hubungan ini.

Terlalu mudah aku menerima sesuatu perasaan itu. Oleh sebab dirinya sempurna bagi pandangan mata aku. Sedangkan terlalu awal untuk aku mengungkapkan sesuatu yang tidak perlu diungkapkan. Mungkin . . . Itu sesuatu perasaan yang ikhlas dari aku,memang tidak boleh untuk aku menipu diri aku sendiri untuk menyatakan bahawa dia membawakan sesuatu yang baru dalam kehidupan aku.
Pernah juga aku mengenali wanita-wanita lain diluar,tetapi jauh berbanding Si dia. Amat berminat untuk aku melihat tutur katanya yang sopan santun dan gayanya yang lemah lembut.. ' PERASAAN ' inilah satu satunya yang tidak boleh kita tipu. Bermulanya aku berkawan,perasaan jujur datang kepada diri aku. Kata orang keikhlasan dan kejujuran itu amat penting untuk kita tempuh ranjau hidup yang panjang . . .

Azlan : SA'ADI SAADAN !

Sa'adi : Woooo ! Apa ni jerit2 kat rumah orang pepagi ni. Grrrr

Azlan : Aku panggil kauu dah berkali kau termenung lagi pahal kat situ ! Jom pergi !

Sa'adi : Heh ? hehe ye pun aku termenung janganlah macam tuu. Maaf bos ! Mohh !

Bersambung *

No comments:

Post a Comment