20110927

Waiting Of Love Part 7 (Permulaan Menunggu)


Tahun baru menjadikan iqbal lebih bersabar bila Adlina dipunyakan oleh seseorang yang lain . Entah disaat itu iqbal rasa dia tidak mahu mengenali lebih isi hati wanita lain,baginya dia dah dikenalkan oleh seorang wanita yang dia inginkan . walaupun dia tidak pernah tahu lebih dalam siapakah adlina sebenarnya,tetapi dia tahu apa yang akan diperlakukannya itu akan menjadi sangat bermakna kelak . mungkin perkara ini ' Bodoh ' bila diperdengarkan seseorang telah jatuh hati dengan orang yang dia belum pernah jumpa & sanggup menunggu walaupun duduk berjauhan .

Mungkin ramai mempertikaikan bahwa menunggu itu adalah sia - sia saja . tak kemana pun jika menunggu tu . Tapi bagi Iqbal itu adalah sesuatu yang berharga dalam hidupnya . sebelum ini dia tidak pernah dapat apa yang besar dalam hidupnya . Keluarga & Teman2nyalah perkara yang besar untuk dirinya . Selain itu iqbal hanya seorang yang biasa . Akedemiknya tidaklah begitu bagus hanya sederhanya saja . maksud dia tidak dapat sesuatu yang berharga itu bukanlah dia tidak hidup senang,dia bersyukur dengan hidupnya cuma mungkin sesuatu yang berharga itu adalah ' Perasaan ' . Sebelum ini dia tidak tahu apa yang mahu dia buat untuk dirinya,hanya menjalankan hidup seperti biasa ibaratkan mengikut lebuhraya yang tiada 'Papan Tanda Jalan'

Kerana itu Iqbal berani mengambil Perasaan itu sebagai cabaran hidupnya,ingin memasukkan perasaan itu didalam hidupnya . Menunggu dan terus menunggu mula dari dia kenal Adlina . hatinya takpernah terlintas untuk berubah fikiran kepada yang lain . Mungkin ini sesuatu yang berbeza bagi hidup seseorang .

Iqbal : Setiap insan ada cara hidupnya tersendiri,Aku punya cara hidup aku .

Sejak hari bila dikhabarkan Adlina telah berpunya,iqbal langsung tidak menghantar apa - apa email sekalipun tidak . Hanya berdiam diri menunggu sehingga satu hari yang iqbal rasa dia yakin untuk beritahu . bukan tidak ' gentlemen ' bagi iqbal sesuatu yang akan menjadi berharga dalam hidupnya perlu disimpan dahulu tidak perlu untuk diluahkan begitu saja kerana ada prosesnya . Bukan Sekarang *

Ketika berumur 16tahun iqbal meneruskan hidupnya seperti biasa pergi ke sekolah belajar membuat seperti hari - hari biasa manusia lain yang kadang2 itu ada sibuknya adakalanya keluar bersama teman2nya yang lain lepak bersama menjalankan hidup seperti biasa . Tetapi Cintanya dalam hati jarang untuk diluahkan pada seseorang ketika itu yang tahu hanyalah teman2 rapatnya saja,itupun tidak mengetahui ceritanya yang lebih dalam .

Pernah sesekali itu iqbal terlambat bersiap untuk ke sekolah,dia tertinggal Van Sekolahnya pagi itu seolah - olah dia menjadi Gila seorang diri membayangkan dirinya berjalan berdua bersama Adlina pergi ke sekolah walhal dia bersendirian saja . Entah mengapa difikirannya waktu itu bercakap sorang2 jalan tanpa memikirkan orang yang lalu lalang didepannya yang kononnya berbual bersama Adlina .

Iqbal : Ohh aku gila sekarang ! haha aku gila ! Hahaha ( Tersengih sendiri )

Bersambung *



20110925

Waiting Of Love Part 6 (Dalam Hati)


Saat Iqbal menghabiskan masa - masa cuti sekolahnya dia sering teringatkan bila dia selalu berbalas email dengan Adlina . sesuatu yang dia rasa takdapat luahkan dalam isi kata hatinya,sesuatu perasaan yang tidak pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini,datang dengan penuh dugaan & cabaran . Tentang perasaan yang tidak semua orang dapat dalam sesebuah kehidupan duniawi ini . Tentang kisah yang amat sulit jika diberitahu kepada seseorang yang lain,kisah yang permulaannya agak sulit & agak pelik .

'Berlaku tanpa sebab untuk timbulkan perasaan itu,Rasa cemburu dalam diri , tiba-tiba muncul di saat Iqbal menyaksikan langsung Adlina di rangkul oleh seseorang selainnya, Iqbal tak mampu berbuat apa-apa, tidak juga mampu mematahkannya'

Saat itu iqbal mula memahami maksud perasaan yang diterimanya itu,sungguh ingin tahu apa liku - liku yang akan ditimpanya jika dia mengambil risiko untuk berhadapan dengan kisah yang diambilnya .
Kata Iqbal jangan dipersoalkan lagi kenapa dia memilih jalan hidup sebegitu,jangan dipersoalkan lagi mengapa sanggup berhadapan dengan semua itu . Kerana dia merasakan sesuatu perasaan yang begitu rapat dengannya .
Iqbal tahu apa yang dipilih dalam hidupnya,sebelum melakukan sesuatu yang berat akan datangnya itu dia sudah memikirkan apa jalannya untuk dia pilih kehidupan yang sebegitu . Usah persoalkan lagi tentang perasaannya . Dia mahu orang tahu apa kisahnya & dia mahu orang mendoakannya .

Pernah suatu ketika Koo Chua bertanyakan pada iqbal

KC : kenapa kau pilih jalan hidup sebegitu Bal ?

Iqbal : Jangan bertanyakan aku soalan macam tu pasal aku tiada jawapan lagi . aku pilih jalan ni pasal aku tahu aku dah tersangkut dalam perasaan aku . Aku taknak perasaan ini berubah . Aku tahu apa yang aku lakukan ( Senyum )


Pernah suatu ketika iqbal berdoa & memohon pada Allah supaya jangan hilangkan perasaannya itu walaupun itu bukan jodohnya . jangan hilangkan perasaannya itu sehingga dia dapat menemukan dirinya dengan Adlina .

Bersambung *

p/s : Memahamilah yang tersirat isi diatas akan lebih memahami situasi sebenar :)




20110922

Waiting Of Love Part 5 ( Keliru )


Iqbal : Apaaa ! ? Kau kasi tau dia yang aku ada hati dengan dia ! ? Hurrmmmm . . .

Fatin : Alaa Bal aku kesian tengok kau laaa,selalu macam ni murung sorang sorang itu pasal laa aku kasi tau.

Iqbal : Haihhhh habis dia kata apa ?

Fatin pon memberitahu Iqbal apa yang dijawab Adlina . Diberitahunya yang Adlina baru saja berkenalan dengan sorang jejaka ni dan mereka mula rapat . Bila saja Fatin memberitahu hal itu pada Iqbal . . . semua perasaan yang ada didalam hati iqbal mula bercelaru tak tentu arah,adanya perasaan sedih , marah , perit , kecewa semuanya bercelaru . Iqbal tak tahu dia seolah2 keliru apa perasaan yang dihadapinya itu .

Iqbal : AKU ! AKU ! Kenapa ! hmmm . . . ( Air mata )

Hatinya tidak tenteram apabila mendengar kata2 dari Fatin . Sejak hari itu dia tidak membalas email dari Adlina dan Iqbal berdiam diri duduk dibilik murung seorang diri . entah kenapa dia terasa sesuatu dalam hatinya bila dapat tahu Adlina sudah bersama seseorang yang lain .

Sudah dua minggu iqbal tidak membuka komputernya dia tidak tahu apa perkembangan adlina . lepas sudah dua minggu itu hati iqbal mula rasa tenang dia cuba untuk bertanyakan khabar adlina yang sudah lama dia tidak memberi email tu . . . .

Iqbal : Siapa mamat ni ? ( Tengok gambar adlina bersama lelaki lain ) hurmmm . mungkin dia ni lah rasanya yang adlina dah rapat tu . hurmm

Bila saja iqbal nampak gambar adlina dengan seorang lelaki lain dia tidak memberi apa2 email pada adlina dia terus berdiam diri . beberapa hari kemudian ada seorang lelaki yang namanya Danny ' Add ' iqbal sebagai friend listnya .

Iqbal : Macam ku kenal ini orang siapa heh ? ooooo ! Dia ni ! Adlina punya buah hati kononnya tu ! ohh okok boleh tahan macho jugak ni . furhh alaaa relek sudah ( sengih sorang2 )

Iqbal pun pelik kenapa Danny add iqbal . iqbal rasa mungkin adlina listkan iqbal dekat list kawan2 baiknya . Iqbal kata ' kawan ke aku ni hihihi ' terus iqbal tidak kisah . dia rasa hubungan tu sementara saja ( Cinta remajalah katakan )

Farah yang juga tahu perasaan iqbal pada adlina tu selalu memberi nasihat supaya iqbal putuskan je harapan pada adlina

Farah : Alaa iqbal macamlah takda perempuan lain dalam dunia ni . ramaiii lagi bal .

Iqbal : Memanglah ramai memang ramai . tapi tidak seperi yang satu I kenal ni . memang I baru kenal . tapi kenapa hati yang baru kenal ni rasa sepeti ingin bersama lama .

Farah : I tahu apa you rasa i pun pernah berharap tapi akhirnya lepas juga .

Iqbal : You berharap berapa tahun ? 1 2 3 4 5 tahun ? hmm

Farah : Alaa you kan baru kenal dia berapa bulan jee . Iqbal iqbal suka hati you laaa .

Esoknya keputusan Pmr nak keluar,tapi iqbal tidak pergi mengambilnya pasal dia berada di kampung halamannya ketika itu . beberapa hari kemudian dia balik barulah dia ambil keputusan pmr tu . Tidaklah sebaik mana dan tidaklah seteruk mana keputusannya . Alhamdulillah iqbal capai apa yang dia ' target '
Adlina hebat ! Dia dapat 6 A dalam pmr !

Iqbal : Huhh hebat sungguh buah hati aku ni kann ish ishhh ( sengih sorang )

Bersambung *

p/s : Maaf kepada pembaca2 kalau aku lambat post untuk part seterusnya . ini kerana aku agak busy seketika ;D

' Yo've Fallen For Me '


Yeahh aku baru habiskan 15Epd Drama ni malam tadi . Hurmm okay ceritanya boleh laa mula2 tengok tak berapa nak best . lama lama bestlaa jugak . Aku bukan pencinta drama korea yee,Aku tengok ceritanya dulu baru aku decide tengok ke tak . bukan sebab aku ni suka sangat korea haha . Cerita ni tentang Sekolah Seni laa ada menyanyi,menari,belajar music haa.then buat persembahan depan juri laa plus ada kisah2 cintanya sikit enn kalau tak,taknamanya drama korea haha .
Hurmm dari 10 aku kasi 8.5 laa untuk cerita ni .

p/s : Hero dengan heroin dia takda handsome dan tak lawa sangat . hahahahahaha

20110919

Waiting Of Love Part 4 ( Peperiksaan )


Sejak kebelakangan ini Iqbal sibuk dengan Komputernya sehingga hampir lupa akan peperiksaan besar yang mahu dihadapinya ( PMR ) . Iqbal duduk dikelas ke 4 dari 8 buah kelas yang ada,dia tidaklah sepandai mana jika nak dibandingkan dengan Adlina yang mempunyai kepandaian yang lebih baik.Ibunya Khairina selalu menasihatkan Iqbal supaya jangan leka untuk bermain komputer sahaja dan memberi nasihat pada iqbal supaya belajar dan ingat bahwa peperiksaan ( PMR ) yang bakal dia ambil .

Ibu Khairina : Iqbal ! jangan duduk sibuk menghadap Komputer tu je ! Pergi belajar PMR nak dekat !

Iqbal : Hurmm . . . ( Sibuk melayan komputernya lagi )

Iqbal : ( Dalam hati ) pmr tinggal lagi beberapa bulan je,aku masih tak sedia apa2 pun untuk pmr aku ni . Hurmm .

Sebulan sebelum Pmr dijalankan Iqbal memberitahu Adlina bahwa dia tidak akan membalas email kerana dia mahu fokus pada Peperiksaannya nanti . sebulan itu mereka tidak berhubung langsung walaupun dengan bertanya khabar,Ya iqbal tidak mempunyai HandPhone ketika itu dan Adlina pun begitu .

Iqbal : Esok paper BM ! Hurmm minta2 boleh buat ( macam mana dengan Adlina ) Ehh ! Aku taknak fikir pasal dia ! Pmr ni Bal ! hmm .

Iqbal memulakan peperiksaannya dengan tenang tanpa memikirkan apa - apa yang buruk . hari demi hari menghabiskan kertas - kertas peperiksaannya dan 1minggu lebih sudah pun berlalu . lega hati Iqbal kerana dia tidak perlu fikirkan tentang pelajarannya untuk seketika selepas ini .

Iqbal : Ohh Alhamdulillah paper dah habis ! Enjoylah aku lepas ni . huhh . boleh Online lama lepas ni ( Senyum lebar )

Esok malam selepas habisnya Pmr Iqbal terus hantar email pada Adlina bertanyakan khabar & menanyakan bagaimana Peperiksaan .

Adlina : Saya baik je . Awak ? Pmr okay jee wuhhuuu happyyy nii !

Iqbal : Ehe pon sama sihat walafiat ni haa,Cehhh confirm2lah happy kann .

Hari demi hari perasaan dihati iqbal makin terasa semacam dia rasa perasaan jatuh hatinya lain sekali,Entah mungkin dia takpernah jatuh hati dengan mana - mana wanita sebelum pasal itu perasaan jatuh hati untuk pertama kalinya itu sangat berbeza ( Cinta Pandang Pertama )
Ketika itu iqbal masih tak meluahkan lagi perasaannya pada Adlina,mungkin dia rasa waktu tu dia muda lagi masih ramai lagi perlu dipelajarinya dan dia rasa perasaan itu mungkin hanya sementara sahaja.
Tapi lama kelamaan iqbal tidak sedar yang dia telah tersangkut dengan perasaannya itu terbayang - bayang wajah Adlina yang dia belum pernah jumpa lagi hanya melihat kepingan gambar di Website adlina saja . bila tiba satu hari tu dia mengadu pada fatin

Iqbal : Weh kenapa dengan aku ni ? aku terrrr suka dia laa hmm ( muka sedih )

Fatin : Alaa apa susah kau kasi je lah tau dia . Ke nak aku kasi tau ? ehe

Iqbal : Ahh kau jangan nak mengader ! biar je lah aku macam ni takpayahlah .

Fatin lihat air muka iqbal dengan perasaan sedih,dia tidak sampai hati melihat sahabatnya begitu dan dia dengan tidak sengaja telah memberitahu Adlina tentang perasaan iqbal

Fatin : Assalamualaikum . ni Adlina kan ? kita kawan iqbal,bukan apa kita nak cakap ni tapi awak jangan kasi tau iqbal heh yang kita kasi tau awak ni . Selama ni iqbal simpan perasaan suka dekat awak . kesian kita tengok dia pasal tu kita kasi tau awak .

Adlina : Waalaikumusalam . Alaaaaa kenapa tak kasi tau awal - awal ? Betul ke ? hmm bukan apa Adlina dah ada yang punya baru je kita orang sama sama . Hmm .

****************************************************************************
Bersambung




20110917

Waiting Of Love part 3 . ( Dia )


Bercerita pula pasal Adlina Afiqah,
Dia seorang yang lemah lembut , pemalu , sopan santun , punya suara yang merdu , orangnya juga agak kecil . Pendek kata dia adalah igauan kebanyakan remaja muda . entah mungkin termasuk Iqbal yang mula jatuh hati kepadanya.pernah suatu ketika Iqbal duduk keseorangan di Kantin dan berfikir apakah menyebabkan dia jatuh hati dengan Adlina ni ( tersengih )

Ya Adlina seorang remaja yang cemerlang dalam pelajarannya dia berada dalam kelas yang pertama di sekolahnya . selalu cepat tangkap ilmu2 yang diajar oleh cikgu2nya . Tidak hairanlah dia dikejar oleh remaja - remaja muda dengan adanya rupa & kepandaiannya itu .
Selalunya jika Adlina ada waktu lapang dia selalu menghabiskan waktu lapangnya itu dengan komputer ribanya membalas email teman - temannya dan ketika itu tidak sah jika satu hari tak membalas email yang dihantar oleh Iqbal . Adlina juga suka berjalan2 keluar tengok wayang bersama2 temannya untuk ' Release Tension ' kerana itu lebih baik katanya .

Farah antara kawan Adlina yang sangat rapat masa dia berumur 15 tahun . Segala cerita dia semua dikongsi dengan Farah . baik mengadu,marah,sedih,gembira,senang,susah Farah lah tempatnya . baginya ketika itu Farah adalah teman setianya yang selalu memberi kata2 semangat & selalu teman Adlina kemana saja .
Perangai Adlina tidak tentu kadang - kadang moodnya ada kadang - kadang moodnya hilang ( biasalah wanita ) tapi dia juga cepat sedih mudah ambil hati apabila orang mengatanya,suka senyum kerana baginya senyum itu adalah sedekah .

Ada satu hari tu Adlina baru sahaja pulang dari shopping dia terus membuat email pada Iqbal berkata ' Saya macam nampak awak dekat Mall sini tadi ! ' Padahal Iqbal tinggal berjauhan takkanlah pula dia boleh perasan . ' Mungkin pelanduk dua serupa agaknya tu ishh ishh awak ni pon takkanlah sekejapan saya boleh sampai sana '
( Iqbal dapat rasa bahwa pada masa itu Adlina merasakan Iqbal bukan sekadar kawan biasanya, hati Iqbal rasa tenang sangat pada masa tu )

Bersambung *

20110916

Waiting Of Love Part 2 . ( Perasaan )


'Entah ! kenapa aku berperasaan begini ? ' kata Iqbal dalam hatinya . Dia seolah-olah telah angau dalam dirinya.tetapi dalam usianya yang muda dia tidak seharusnya untuk berperasaan sedemikian.Iqbal mula berkhayal seperti orang yang tidak jejak di bumi nyata dia memikirkan perasaannya terhadap remaja wanita yang baru dikenalinya itu ( Adlina ) 'Baru beberapa minggu aku berbalas email dengan dia kenapa aku harus berperasaan begini ?' Iqbal mula berfikir apakah yang dilakukan oleh perasaannya itu. ( Hati kecilnya juga berkata bahwa dia harus merapati Adlina )

Adlina mungkin rasa yang Iqbal hanya kawan biasanya . Dia juga senang berbalas email dengan Iqbal . Ohh lupa hendak beritahu yang Iqbal duduk berjauhan dengan Adlina . mereka bukan satu negeri yang sama . Tapi itu bukan penghalang untuk mereka berdua ini berkenalan .

Ya Iqbal tidak boleh menipu dirinya lagi bahwa dia sudah mula suka pada Adlina,tetapi hatinya berdegil untuk tidak memberitahu Adlina hal itu.katanya dia baru sahaja berkenalan takkan pulak nak suka terus . Hmm Iqbal terus mendiamkan diri dan dia tidak memberitahu Adlina tentang perasaan didalam hatinya .
Ketika itu Al Iqbal Putra punya 2orang kawan yang rapat bernama Nurul Fatin & Koo Chua . Mereka berdua ini sajalah pada masa itu yang tahu apa perasaan Iqbal terhadap Adlina . Fatin & Koo ni sahajalah yang faham keadaan Iqbal yang suku angau terhadap Adlina .

Pernah satu hari itu Fatin memberitahu Iqbal ' Apa kata kau luahkan saja perasaan kau dekat dia Iqbal,kesian aku tengok kau.selalu bercerita pasal dia.sebelum ni kau tak macam ni kan Iqbal ? kenapa tiba2 kau jadi begini ? ' ( Merungut ) . 'Kelak akan aku beritahu' Kata Iqbal kepada Fatin . Koo Chua pula berkata 'Takpayah laa Iqbal,ramai lagi bunga kat luar sana kau tinggal nak petik je' .

Aku tahu apa erti kesabaran aku pernah alaminya dan aku tahu pengalaman kesabaran itu akan membantu aku InsyaAllah ( Kata2 dalam hati Iqbal )

Bersambung *

20110915

Waiting Of Love Part 1 . ( Perkenalan )

Assalamualaikum ,

Al - Iqbal Putra , Seorang remaja berumur lingkungan 15tahun yang berkulit coklat cerah , tidaklah terlalu tinggi , bermisai , berambut panjang , bibirnya ala2 merah menawan . Iqbal adalah seorang remaja biasa yang menjalani kehidupan seperti insan biasa yang lain . Keluarganya tidaklah kaya dan nak dikata miskin pun bukan juga , keluarganya adalah sederhana . seperti biasa Iqbal balik saja dari sekolah dia terus menghadap komputer baru yang dibeli oleh Ayahnya .

Pada hari itu Iqbal telah berkenalan dengan seorang remaja wanita yang seusia dengannya di Internet . Namanya Adlina Afiqah berkulit putih gebu , kening yang cantik , berambut panjang kerinting dihujungnya , matanya mempersonakan dan senyumannya yang menawan .
Entah kenapa haritu Iqbal terasa sesuatu dalam hatinya . Hatinya berkata ' Perasaan apakah ini Ya Allah ' masih ragu2 dalam hatinya bila berkenalan dengan Adlina ini . Tapi didalam hati Iqbal juga berkata yang dia sangat gembira bila berbalas email dengan Adlina ni .

Mulai hari itu Iqbal bila balik sekolah je selalu membaca email yang dibalas oleh Adlina , hari demi hari demi hari mereka berbalas email . semenjak hari itu Iqbal rasa senang sangat hatinya , Dipendekkan cerita hari harinya dipenuhi dengan raut wajah yang sangat gembira . . .

Bersambung*

20110907

Gambar Aidilfitri 2011 .

Assalamualaikum ,
Lihatlah gambar2 di bawah ini ;)


Bersama family di Singapura *



Mari minumm !



Marii Makann ! haha


Yeahh masa ni buat BBQ kat Temerloh woo sodaapppp ! ;D



Ketika bersama2 dengan cousin2 ;)



Masa ni kann Ibu masakkk sedaappppp . Ini yang dikatakan makan beramai - ramai ! aha



Boooo ! haha



Halamakk kalah sudahhhhh ! *





Konon buat aksi GOALLLLL ! *




Saja layan Angry Bird sebentar *



Yeaaa ada lagi banyak sebenarnya banyak sangat , sempat aku postkan yang ni sajalah yee . kang tengok banyak2 gambar sangat tak terlayan korang .
So ini lah Raya aku pada tahun ni . Mulanya ingat tak semeriah mana tahun ni , Tapi Alhamdulillah Meriah rupanya :) Aku dapat jumpa kesemua Ahli2 keluarga ku yang sangat ramai ni ohh sungguh aku rindu detik2 ni semua ;D

p/s : Thanks Allah I love You ;)
p/p/s : Credit to Kak Lela , Ira & Kak Iqin to the picture ;)