Sa'adi Saadan .
Itulah nama yang diguna pakai aku Di dunia ini tetapi ramai yang memanggilku Sa'adi sahaja yang juga memberi maksud ' Bahagia ' didalam nama itu. Tinggal di Kota yang sedang meningkat naik,yang penuh dengan kesesakan orang ramai ,menetap dikota ini memang perlu cepat semuanya perlu cepat ! Susah untuk mencari tempat yang sebetul - betulnya untuk memberi ketenangan tetapi tidak mengapa kerana itulah salah satu erti kehidupan.
2001
18 Tahun.
Masih muda untuk aku hanya keseorangan. Tahun demi tahun menunggu saat masanya bilakan tiba setiap waktu yang selalu bermain diminda aku. Hari ini setelah 18 tahun menjadi sejarah hidup ditemukan untuk mengenali si dia. Pada November Ramadhan bulan yang amat baik tuhan telah memberi jalan hidup pada aku terus menemukan aku dan dia.
Aku tidak tahu apa tujuan sebenar takdir menemukan aku dengannya,adakah hanya untuk menghilangkan rasa keseorangan ini atau memberi nafas baru untuk nyawa ini.
Aku bingung untuk mendapatkan kata - kata yang bermain diakal fikirkanku
Seorang yang pernah aku kenal telah dulu telah datang untuk memberi jawapan kepada diri ini,seolah - olah memanggil kedatangan aku untuk mengenali dia lebih lagi. Jika nak diikutkan aku dan dia ' Umpama seekor burung yang telah lama tinggalkan sarangnya dan kembali bertemu semula ' Jika dibandingkan masa ibarat sebuah pondok yang telah usang,aku tidak pernah berbual dengannya,mahupun menegurnya. Takdir menemukan kami berdua setelah tujuh tahun saling tidak bertemu sua.
Saat indah bagi aku ialah dia menegur aku di satu laman sosial,pada mulanya aku benar-benar tidak mengenalinya malah untuk aku mengingati siapakah dia ohh siapakah dia. Itulah kali pertama dia menegur aku setelah dulu dikenalkan tetapi aku dia tidak pernah saling untuk menegur.
Apabila aku melihat raut wajahnya berkali-kali barulah daya ingatan aku menaluki kenangan,Aku seakan-akan tidak percaya yang dia masih dan boleh mengingati aku sedangkan aku tidak pernah terlintas difikiran untuk mengingatinya walaupun sesaat. Itu membuat aku merasa dunia ini akan bermula untuk Aku & Dia.
Kegembiraan tidak terhingga bila dihati mengungkapkan kata ' mencipta sejarah '. Aku seolah-olah menyelam ke dasar tanpa percaya yang itu benar-benar berlaku . Saat itu timbul satu perasaan yang luar biasa yang tidak pernah aku rasa .
Pada ketika dia menegur aku,aku tidak mahu melihat tanpa mata dan akal aku. Kemudian hari,setelah aku menggunakan mata dan akal aku barulah aku menegurnya semula. Aku memberanikan diri untuk meminta terus talian bimbitnya tanpa sebarang kata dia terus memberi . Ibarat pokok yang dapat menghirup udara segar tanpa kesulitan .
Bersambung*
No comments:
Post a Comment