20121231

Ku tinggalkanmu 2012 dengan Bismillah.

Assalamualaikum WBT

31 Disember 2012
Hari terakhir bagi tahun Dua Ribu Dua Belas, Banyak sungguh pengalaman untuk tahun ini dan alhamdulillah sampai juga insyaAllah ke tahun 2013. Syukur kita kepada Allah. 
Mesti anda semua punya azam yang banyak untuk tahun baru akan datang inikan? ya capai azam itu dengan kesungguhan dan kesabaran. Yang mana yakin itu teruskan ya! :)

Aku tidaklah punya banyak azam baru. Tapi adalah juga serba sedikit yang baru aku ubah untuk diri aku ini ke arah yang lebih baik. Kadang2 banyak perkara yang kita lalai. Tapi tidak mengapa, selagi masih bernafas kita di muka bumiNya ini. Bersungguhlah kita menunaikan kewajipan kita sebagai insan yang diberi pinjam seketika di muka bumi Dia ini. InsyaAllah
\
Apa-apa pun selamat tahun baru kepada pembaca-pembaca sekalian! Moga tahun baru 2013 ini menjadi tahun yang HEBAT anda! Amin ya rabbal alamin.
:DDDD

20121206

Bicara Hati ( Keempat )


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum WBT

'Sudah Terbiasa'

Sebenarnya dunia hari ini semua perkara menjadi biasa. Perkara biasa maksud aku adalah seseorang atau pun mungkin ramai orang, melakukan perkara yang sepatutnya dilarang kita melakukannya dan sudah menjadi biasa bila dilakukannya. Ada faham? Sebentar lagi aku akan berikan contoh situasinya.

Itulah bila difikirkan balik sangat2 mudah dalam dunia hari ini. Apa yang dilarang seseorang itu buat dan senang saja dia melanggarnya. Dan apa sepatutnya dibuat senang tidak pun diperlakukannya. Bukan untuk anda saja saya katakan ini. Begitu juga pada diri saya. Insan yang lemah lagi tiada apa. Tidak mengapalah. Sama2 kita ubah pada diri kita. InsyaAllah ya usaha tangga kejayaan.

Adapun kita ini sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Dunia ini adalah tempat pinjaman sementara saja untuk kita semua. Apa kalian yang membaca ini tidak berfikir sejenak ke? Kita hidup dalam dunia ini purata hidup untuk umat Nabi Muhammad SAW ni diantara 65-70tahun. Jadi siapa yang hidup 70Tahun itu dikatakan agak lama dan punya pelbagai pengalaman. Jadi anda semua tidak terlintas difikirankah bahawa berapa lamakah kita akan hidup di alam Kubur bila kita sudah dikebumikan? Mungkin lebih dari umur 70tahun kita itu dan apakah amalan kita sudah cukup? Aku pun sangat2 takut bila berkata tentang MATI ini. 
Mungkin esok lusa tulat bila bila saja malaikat boleh tarik nyawa bukan? Hmm... 

Baiklah, itu mungkin alam kubur saja. Tetapi tidak fikirkah anda bahawa selepas alam kubur kiamat berlaku dan semua manusia Mati dan mati kita bukanlah terus ke alam barzakh. Kita akan mati untuk beratus tahun sebelum kita dihidupkan kembali untuk dihitungkan di alam barzakh nanti. BERATUS TAHUN. Ya? Sekejap ke lama tu ya? Hmm

Dan selepas itu. Di alam Barzakh di padang Masyar nanti. Kita bertuah kerana kita umat Nabi Muhammad SAW dan umat yang paling hadapan untuk dihitungkan. Beruntung kita semua. Tetapi tidakkah anda fikir bagaimana bertahun dan mungkin beribu tahun kita akan menunggu nasib perhitungan kita? Saya rasa anda sendiri faham apa yang saya hendak perkarakan ini. 

Contoh 1 : Giliran yang ke 42 seorang lelaki kehadapan untuk ditayangkan kehidupannya di dunia di skrin gergasi di padang Masyar. Bayangkanlah lelaki ini hidup 60tahun. Dan kita mungkin akan lihat 60tahun punya cerita. Wallahualam.

Jadi? Itu baru giliran yang ke 42. Umat islam ada Berbillion ya.  Entahlah, yang tinggal hanyalah amalan kita dan apa pahala kita lakukan di muka bumi Allah ini. Ambil contoh mudah.

Contoh 2 : Si Aiman sedang berbual dengan Aminah. Hanya berbual kosong dan bersuka ria dengan perbualan yang sia-sia. Hanya menanyakan sesuatu yang remeh temeh. 

Jadi ada faham situasi di sini? Dalam Islam lelaki dan perempuan tidak boleh berbual melainkan perkara yang betul2 PENTING. Seperti pekerjaan, berdakwah, menanyakan sesuatu perkara yang ada tujuannya dan tidak sia-sia. Tidak boleh! Dengan dunia hari ini seolah-olah semua perkara itu dah jadi biasa dan kita menjadikan perkara itu rutin ataupun perkara harian kita. Sebenarnya memang TIDAK BOLEH pun. 

Saya ni pun ilmu agama tidaklah kuat mana. Tetapi kita muhasabah diri kita. Ingat apa yang perlu kita lakukan di dunia pinjaman sementara ini. Sama2lah kita renungkan. Wallaualam.

Sebelum tu pada para pembaca. Ana sudah mahu pulang ke Kolej. Makanya ana harap anda semua jaga diri baik2 ya. Doakan ana. Moga Allah memberkati anda semua. InsyaAllah. 

Assalamualaikum.

20121129

Bicara Hati ( Ketiga )



Assalamualaikum WBT

'Yang Mahu Dipikul BERAT'

Ini yang aku mahu katakan pada diri. Akan datangnya semakin sibuk dengan pelbagai cabaran di dunia. Dan akan datang kelak di Akhirat tidak siapa tahu bagaimana dan dengan cara apa. Apa yang harus dilakukan adalah ikut saja haluan yang seeloknya dan yang sebetulnya.
Hati ini milik Allah. Allah boleh membolak balik hati ini kita ini bila-bila masa saja yang dia mahu. Bila terfikir sejenak apa yang hati ini sudah lakukan dan mungkin selepasnya itu HILANG atau LEBUR. Akan terlintas difikiran berkata OH SAYANGNYA. Iyalah mungkin sedih. Siapa tidak sedih bila itu berlaku. Dan insyaAllah kita tidak mahu perkara itu berlaku pun, ada betul? Biarlah, Allah maha mengetahui dari kita insan yang lemah hambaNya.

Apa yang boleh kita lakukan hanya berdoa dan meminta pertolongan dari dia. Ingatlah pesanku wahai rakan pembaca sekalian. Walau macam mana sekalipun walau apa sekalipun. INGAT! Minta dulu pada Allah dan seterusnya ikhtiar dengan cara lain. INGAT! ALLAH DULU! Walau kita sakit sekalipun. 

Contoh 1 : Bila Aiman sakit dan Ayahnya terus akan kata makan ubat. Ya? Benar? Bila seseorang sakit dan dia pasti akan cari UBAT. Ataupun diminta untuk memakan ubat. Ada benar? Maka apa yang dikatakan benar itu sebenarnya salah. Allah pada mula dan seterusnya barulah ubat. Katakanlah begini wahai sahabat
'Ya Allah, Sembuhkanlah apa penyakit yang hambaMu ini. Dengan segala apa yang hambaMu ini lalui. Maafkanlah dosa-dosaku' InsyaAllah dan seterusnya barulah ubat.

Beri satu contoh sudah memadai dan insyaAllah sudah difahami oleh semua bukan? Jadi letakkan Allah yang pertama ok rakan-rakan semua :)

Sekian.

20121124

NAFAS ( Enam )

 2011

Kunci diambil dari poket seluarku, entah mengapa fikiran aku ketika itu sungguh bercelaru. Di fikiranku hanya berbisik mengatakan MENGAPA?! KENAPA?! BAGAIMANA?! dan semuanya mempersoalkan kata-kata yang aku sendiri tidak boleh menjawabnya. Apakah ini hanya mainan perasaan yang selama ini aku tinggalkan sekian lama. Apakah aku perlu teruskan dengan perasaan lama yang tidak pernah hilang. Mungkin hanya hilang sementara. Oh bercelaru sungguh! 

Sa'adi Saadan mencapai tualanya yang disidai di belakang pintu dan terus ke kamar mandi membersihkan diri. Seperti biasanya sebelum tidur Sa'adi selalunya berfikir tentang apa akan jadi di masa akan datangnya. Tentang apa yang akan berlaku yang sudah tertulis sejak azali. Sememangnya dia tidak patut berfikir, tapi sudah menjadi kebiasaannya tanpa mempedulikan apa-apa yang difikirkan itu. 

Mengapa dia ada disana tadi? Kenapa aku boleh terasa untuk pergi mengambil air ketika itu? Kenapa tidak masa lain? Bagaimana aku boleh terlanggar dia dan itu adalah DIA?! Ya Tuhan. Mengapa perlu aku rasakan semua ini setelah sekian lama aku tinggalkan ia. Syuhada Iman, mengapa seolah-olah kau tidak mempedulikan aku? mengapa? Itu kali pertama kita sejak hari itu kita tidak berjumpa. Abang Man kata Syuhada Iman itu adik sepupunya. Mungkin jodoh ni aku rasa. Ahh! Tidak tidak! Tak mungkin! Bismillahirahmanirahim Ya Allah. dengan namamu hamba hidup, Dan dengan namaMu hamba mati. Sa'adi tidak mahu melanjutkan pemikirannya dan terus beradu di alam mimpi.

-------------------------------------------------------------------------------------------

2011

Waktu semalam Sa'adi sibuk dengan perjumpaan klien baru bagi projek yang bakal dijalankan di kawasan perumahan. Sa'adi langsung tidak ingat apa yang dialaminya dua hari yang lepas ketika dia bertemu dengan seorang yang dia sangka cerita lama dia Syuhada Iman. Terlalu sibuk itulah yang menjadi penghalang Sa'adi untuk mengadakan hubungan dengan mana-mana perempuan. Padanya ketika itu perasaan yang lama mungkin cerita yang lama dan selalu BARU baginya.


Saat aku melangkah kaki keluar dari rumah, aku dapat merasakan sesuatu yang sudah biasa aku merasakan ketika waktu dulunya. Sesuatu yang janggal tetapi gembira dihati. Apakah? Ahh ini semua perasaan hati semata-mata! Sudah2!


-------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ini Sa'adi punya waktu terluang dan hanya mahu keluar menonton wayang seorang diri tanpa ditemani sesiapa pun. Dari dulu lagi jejaka ini lebih suka berseorangan jika mahu menenangkan fikirannya.. Berjalan terus ke panggung wayang dan mahu menyaksikan filem aksi ketika itu. Seronok mungkin Sa'adi mengunyah PopCorn seorang diri sambil menelan air Pespi yang dibelinya di luar panggung. 

Keluar dari panggung dengan senyuman lebar Sa'adi. Seronok menghabiskan masa 2jam15minit tadi di dalam panggung.

Aku berjalan tanpa memikirkan keadaan sekeliling yang agak kecoh dengan suasana orang ramai berjalan dari satu ke satu langkah dan ketika itu hanya hati ini yang berbisik  untuk lepak dan makan petang. Kena juga pada masa bila perutku sudah berkeroncong untuk diisikan dengan makanan yang lazat. Maka aku mengambil keputusan untuk ke McDonald yang sudah semestinya lazat dan enak. 


Singgah sebentar di ATM Maybank untuk mengambil sedikit wang mahu untuk membayar isi perut ini lantas aku terus ke McDonald dan beratur menunggu. Saat itu terdetik pula hati ini untuk menoleh ke arah salah satu meja makan disitu. Dan.......... Syuhada Iman! Dan.... siapakah?! Siapakah?! bercelaru dengan pelbagai soalan yang datang bermain difikiran hanya dalam sekelip mata punya banyak persoalan timbul.
Aku menarik nafas dan beristighfar tanpa banyak memikirkan perkara yang tidak sepatutnya aku fikirkan.

Mengambil  set BigMac yang sudah dibayar tadi untuk ke meja berdekatan dengan Syuhada Iman tanpa disedari Syuhada yang rancak berbual bersama seorang jejaka misteri yang masih menjadi tanda tanya pada aku. Mungkin adik dia. Mungkin juga sepupu. Mungkin juga kawan. Ahh?! Kawan?! Kawan seperti apa?! Ahhh! Apa ni! Aku fikir apa. Haishhh. Sudah, satu demi satu gigitan di Burger BigMac dikunyah dan ditelan oleh Sa'adi. 


Sejurus saja Sa'adi selesai makan terus Syuhada bangun dan pergi bersama Jejaka misteri itu. Lekas Sa'adi bangun berjalan laju mengekori mereka. Sudah macam penyiasat persendirian pula Sa'adi mahu sangat tahu siapakah jejaka misteri itu. Sedang berjalan itu Sa'adi meihat begitu mesra Syuhada bersama jejaka itu. Semakin tertanya-tanya Sa'adi di dalam fikirannya yang mungkin betul apa yang sedang difikirkannya,
Syuhada dan jejak misteri itu keluar dan ke parking lot dan Sa'adi terus mengekori secara bersembunyi lalu masuk dalam kereta dan beredar. Terus hilang dari bayangan Sa'adi.
Ahh apa ini?! Kenapa aku mengekori engkau Syuhada! Apa perasaan hati ini masih pada engkau? Ya Allah. Dugaan ya Allah. 


-------------------------------------------------------------------------------------------



Keesokannya Sa'adi terus berjumpa dengan Abang Man dan ingin bertanyakan soalan yang semalamnya tentang Syuhada. 


Sa'adi : Assalamualaikum Abang Man, saya nak tanya ni. Boleh tak? hehe


Abang Man : Waalaikumusalam. Eh apa yang tak bolehnya. Cakap sajalah. 


Sa'adi : Saya serba salahlah Abang Man. Nanti saya cakap ni takut Abang Man salah faham pula. 


Abang Man : Eh kau ni Sa'adi. Apa kena? Macam gempak je soalan nak tanya dekat Abang ni. haha


Sa'adi : Tak adalah gempak mana. Nak tanya, Syuhada Iman punya kekasih ke Abang Man?


Abang Man : Haaa?! Hahaha kelakarlah kau ni Sa'adi. Apa kau jumpa baru pertama kali sudah minat sama adik sedara Abang ke? haha kenapa kau tanya macam tu?


Sa'adi : Bukan apa. Saya tanya saja. Tengok tu! Dah agak dah Abang Man mesti fikir lain! Ish! bukan apa. Semalam saya ke Mall saya ternampak Syuhada dengan seorang lelaki ni. Semacam je mesra dia. Tu yang saya tanya Abang Man ni. Haaa 


Abang Man : Haha apalah kau ni. Abang usik sikit pun nak touching. haha. Oh sebenarnya kalau kau nak tau. Si Syuhada tu bakal bertunang dengan Syah Putra. Lelaki yang mungkin kau nampak tu.


Membisu dan terus membisu tanpa menjawab jawapan yang diberi oleh Abang Man.....


Bersambung*





20120810

Aku Masih Di Sini

Assalamualaikum WBT
Hai rakan2 semua. Lama sudah aku takda di Blog ni kan? hehe. Sangat ohh sangat merindui aku untuk mengarang di Blog ni~ Apa khabar semuanya? Sihat? Aku di sini sihat2 saja. Maaf pada pembaca2 yang jenguk tetapi tidak ada update yang terbaru pun dalam blog saya ni :D Maaf. Bukan apa sejak masuk KUIM ni saja2 menyibukkan diri. Aku sudah tahu perkara ni takan berlaku dan aku harus terima, tak mengapalah.

Yang membaca cerita2 aku di dalam Blog ni maaf ya tidak menyambung ceritanya lebih2 lagi NAFAS. Entahlah. Bukan tidak mahu meneruskan tapi tidak ada masa untuk mengarang. Nanti waktu cuti semester insyaAllah barulah aku mengarang ya ! Apa? Lama? hahaha memanglah lama pasal masa saya semua diambil oleh hari2 yang sangat2lah sibuk. Maaf ya :)

Ok la. Jaga diri ya semuanya :) Assalamualaikum. 

20120608

Seminggunya Di Sini

Assalamualaikum Wbt. . .


Sudah pun seminggu aku menetap di sini. Sudah pun habis 5hari sesi orientasi. Sudah pun mendengar taklimat & serba sedikit latar belakang dan juga tempat di sini. Sudah pun menetap di sini. Alhamdulillah. Ya Allah. Kau  permudahkanlah segala urusan hambaMu di sini. Aku mahukan yang terbaik di sini. Jika ada halangan yang berat, Ringankanlah ia untuk aku. Sesungguhnya aku insan yang tiada apa. InsyaAllah akan aku terus dan terus berusaha. Amin.

20120531

Pergi Dan Pergi

Assalamualaikum,


Sampai waktu aku diseru panggil juga oleh sesuatu yang sendiri aku tidak pernah terfikir untuk ke situ. Mungkin Allah lebih tahu apa yang akan datang untuk aku. Aku berserah padaMu ya Allah apa yang bakal aku lalui. Aku redha dan aku akan bersungguh-sungguh demiMu ya Allah & demi keluargaku dan orang yang aku sayangi. InsyaAllah :)

Dimana tempat yang sendiri aku rasa tidak pernah tahu. Mungkin dan disitulah bakal akui tujui menempuhi ranjau kehidupan sepanjang 3tahun insyaAllah. Aku bersedia dan aku sudah pun berSEDIA! Tunjukkan jalan yang terbaik untuk hambaMu ini ya Tuhanku. Amin

Apa pun pembaca-pembaca semua. Yang suka membaca hasil karya aku ni (Wah ada ke? hihi) aku mohon maaf jika apa yang disediakan untuk semua tidak mencukupi. InsyaAllah jika ada masa lapang itu. Akan aku sambung NAFAS dan akan aku terbitkan karya yang lain juga. InsyaAllah. 

Aku mohon maaf sekali lagi jika tersalah menggunakan kata-kata di dalam Blog yang serba kekurangan ini. Yang baik datang dari Allah. Yang kekurangan itu datang dari aku sendiri. Terima kasih. Doakan aku dan aku sentiasa doakan untuk kawan-kawan aku. Selamat bertemu di post yang seterusnya ya ! Boiiii semuaaaa ! :D

20120525

Salam Empat Tahun Perkenalan

Asslamualaikumwarahmatullahiwabarakattuh. 


Aku punya impian yang mungkin tidak sama atau tidak serupa dengan seseorang yang lainnya. Aku punya impian yang aku sendiri tidak pasti. Aku punya impian yang boleh orang lain katakan untuk tinggalkannya.
Tapi itu bukanlah diri aku. Bukan mahu menunjukkan hebatnya aku atau pun apa-apa yang menyebabkan aku setia dalam hal ini. Aku tidak pernah memiliki sesuatu yang lain dalam dunia yang aku fikir aku mahu kekalkan dalam hidup aku sehingga ke syurga nanti selain dari Keluarga yang sendiri aku cinta. 

'Hati itu milik Allah.' Dan Allah boleh membolak-balikkan hati seseorang itu bila-bila masa saja dia mahu. Dan aku atau siapa-siapa saja tidak boleh mengelak dari perasaan hati milik Allah ini. Doaku pada setiap hari agar maafkan hati ini jikalau salah memilih dalam soalnya hati ke hatinya. Maafkan aku ya Allah. Tunjukkan aku jalan yang terbaik bagiMu. 
Sudah pun Empat tahun, masih lagi duduk di satu tempat tidak berganjak. Pada seseorang yang sendiri aku tidak lagi kenal keseluruhannya, tidak lagi tahu apa-apa tentangnya. Tapi hati mengatakan ada sesuatu disebaliknya itu dan tetap dengan pendirianku mahu dan masih mahu menunggu ~

Salam perkenalan kita yang ke empat tahun awak. Saya tahu saya agak keterlaluan jika memilih jalan sebegini pada hati awak. Tapi saya tahu tidak ada silapnya jika saya tahu apa saya mahukn. Maafkan saya. 

Merindui sesuatu sehingga hari ini bukanlah sesuatu yang mudah buat aku. Bukan mudah.

Wasalam.

20120523

Keputusan Aku


Seandainya itu takdir yang diberikanNya pada aku, akan diteruskan juga walaupun hati ini sungguh berat hendak meninggalkan segala apa yang ada. Tetapi sendiri sudah begitu yakin bahwa apa yang ditetapkan untuk pergi ke sana adalah untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik InsyaAllah. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini. Makanya aku memerlukan jalan yang luas dan aku fikir situlah tempatnya. Doakan aku, usaha adalah dari aku. Teruskan selagi mampu, teruskan selagi masih ada dan teruskan selagi punya cita-cita.

Ya Allah permudahkanlah & berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu ya Allah. Amin :)


20120516

Bicara Hati ( Kedua )

Kesyunyian. Apa erti kesunyian? Sunyi? Apa erti sunyi? Sunyi boleh dikaitkan dengan pelbagai maksud. Diberi maksud sunyi itu terlalu luas. Sunyi boleh juga dipisahkan pada bahagian-bahagian tertentu. Contohnya sunyi yang gembira, sunyi yang tiada maksud, sunyi yang memakan perasaan dalam hati & mungkin ada pelbagai lagi maksud sunyi yang difahami oleh hati. Cumanya hendak dihuraikan tidak tahu bagaimana. Telah pun aku kata pada Bicara Hati bahagian pertama sebelum ini. 'Hanya hati memahami hati.' Jadi begitulah maksudnya jika sunyi ini hanya hati sendiri yang memahami. Yang lainnya hanya mampu memikirkan dalam bentuk dari segi fahaman sendiri.

Contoh Situasi 1 : Sunyi yang gembira -

Seorang wanita sedang sarat mengandung 7bulan. Ketika itu pula si wanita ini dunianya kosong. Kosong apabila Ayah pada si anak yang bakal dilahirkan itu sudah pun dijemput untuk kembali ke rahmatullah. Dan si Wanita ini mencari-cari dimana kegembiraan itu akan dilahirkan. Kesunyian yang melanda dirinya tanpa ada siapa yang hadir di sisinya. Padanya dunia ini kosong apabila dipisahkan sementara di dunia nyata ini dengan seseorang yang pernah dicintainya. Kesunyian lagi lagi dan lagi dalam hidupnya. Dan suatu ketika dia akan memikirkan bahwa ada insan yang akan menemaminya tidak lama lagi. Timbullah perasaan gembira yang amat sangat. Walaupun sepanjang waktu sarat mengandung itu kehidupan yang dilaluinya amat sunyi. Mungkin itu perasaan yang dirasai oleh wanita itu. Kebarangkalian*

Contoh Situasi 2 : Sunyi yang tiada maksud -

 Nurul Haifa. Cuti pada ujung minggu bagi Haifa telah menjadi rutin yang biasa dalam kalender dalam kehidupannya. Mencari-cari dimana tempat yang membolehkan ia untuk tidak sunyi pada ujung minggu kali ini. Dan bila tiada tempat/cara untuk menghilangkan rasa sunyi. Haifa merasakan dirinya kosong. Sunyi yang kosong. Sunyi yang tiada apa-apa. Perasaan yang ditimbulkan dalam sunyi yang kosong yang telah Haifa hadapi ini ada perasaan yang mungkinnya marah atau geram ataupun benci. Diberikan tiga perasaan itu dalam konteks yang hampir sama. Dimana Haifa perlu mencari jalan untuk menghilangkan rasa sunyi itu. Tapi jika tiada. Sunyi yang kosonglah akan dia hadapi. Kebarangkalian*

Contoh Situasi 3 :  Sunyi yang memakan perasaan dalam hati -

 Di dalam kebahagian yang telah Syiffa Humaira lalui dalam perasaan dirinya bersama si jejaka bernama Ahamad Nazrin. Mereka berdua melalui alam perasaan yang terulung dari segala perasaan dalam dunia ini. Iyalah perasaan Cinta dikatakan ramai insan bahwa perasaan itu adalah perasaan yang paling unggul dalam dunia manusia. 90% akan bersetuju dalam hal ini. Telah pun mereka ini menyelami alam cinta  selama bertahun-tahun lamanya. Dan belum cukup 5tahun mereka meraka di alam ini. Syiffa tiba-tiba tersentap apabila Sang pemilik jiwanya selama ini telah meninggalkan dia tanpa berita yang kukuh. Berita yang diberikan sangat mudah dan dilepaskan perasaan yang bertahun itu dengan mudah dari Nazrin. Mengapa? Kenapa terjadi begini? Itu selalu disoalkan pada hati Syiffa. Inilah perasaan Wanita. Tidak mudah melupakan seseorang dan Syiffa memutuskan untuk menunggu Nazrin dengan memerlihatkan ayat-ayatnya yang tersirat pada si Nazrin. Kegembiraannya selama ini bertukar kesunyian yang memakan hatinya sendiri. Amat perit dan terlalu perit. Apakah terjadi pada Si Syiffa? Maka dia perlu kuat pada dirinya jika Allah memakbulkan doanya untuk menunggu Nazrin. Kesunyian dan sunyi dan perlulah tabah. Kebarangkalian*

Yah ! Itu saja menurut pandangan aku dari segi kesunyian. Mungkin pada yang membaca ini punya pandangan tersendiri atau lebih baik dan lebih memahami maksud isi kesunyian itu sendiri. Aku hanya memberi situasi saja. Kebarangkalian itu telah pun terjadi. Dan hendak memahami sepenuhnya. Bukanlah kita menentukan. Allah lebih memahaminya. Maka berbicaralah bersama Allah jika kesunyian melanda pada diri itu :) 

Salam.

p/s : Aku menulis dari sudut pandanganku. Maaf jika ada tersalah maksud atau tersalah kata. Cerita2 di atas tidak ada kena mengena pada yang masih hidup ataupun sudah pergi. Hanyalah rekaan semata-mata :)

20120504

Bicara Hati (Pertama)

Assalamualaikum.



Ya Allah, Apakah berat dosa yang hambaMu ini lakukan. Mahu juga hambaMu ini tahu seberat mana dosa itu dipikul sehingga beratnya bebanan yang diterima hati ini di dalam bumiMu ini. Bukan maksudku ingin menyesalkan apa yang diberikan dugaanMu ini padaku Ya Allah. Tapi aku mohon ringanlah bebanan hati ini. Sungguh aku tak terdaya apa yang melimpah di hati ini. Aku redha Ya Allah. Aku redha dengan ketentuanMu. InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah.

Manusia, manusia punya macam-macam karenah. Ada yang begini. Ada yang begitu. Inilah dinamakan kehidupan di alam nyata. Pengalaman membezakan setiap insan itu sendiri. Mungkin. Bagi aku setiap insan ada matlamatnya sendiri. Memiliki sesuatu dalam diri untuk perkembangkan hidupnya. Punyai satu impian yang mahu dicapainya. Mungkin sejak kecil, mungkin juga diberinya ketika sudah matang. Barangkali itu sebenarnya ada pada setiap insan.

Aku? Entah. Masih belum menemui jawapan pada soalan yang diberikan pada aku dalam dunia nyata ini. Masih belum jumpa. Liku-liku yang tajam bagi hati yang menerima ini. Sendiri selalu berkata apakah manusia yang lainnya juga sebegini. Aku pula menyangkakan sama! Tapi mungkin liku-likunya berbeza. Maksudnya disini cerita yang diterbitkan untuk seseorang itu lain dan berbeza. *Bingung* selalu bermain difikiran. Ya ! Tak perlu sebenarnya bingungan di kepala ini. Menyusahkan saja. Tapi aku sendiri mahu menelitinya dan memasuki untuk semua ceritera hidup yang lainnya. Mahu juga aku memahami tiap-tiap insan itu.

Mengambil pengalaman? Iya ! Pengalaman mendewasakan seseorang. Pengalaman yang aku lalui ini juga mendewasakan aku. KEJAP! Dewasa ke? Hmm. Entah dewasa untuk hati mungkin? hmm. Tak mengapalah ada yang memahami, ada juga tidak. Ya aku ada beri satu ayat pada sahabat2 aku 'Hanya Hati memahami hati & Hanya Jiwa memahami gelora hidup sendiri.' 
Maksudnya? Mahu tahu apa maksudnya? Ada disebalik hati itu sendiri. Tanya pada hati tanyalah pada jiwa. Dan kerana itu Hanya Hati memahami hati & Hanya jiwa memahami gelora hidup ini.

Masih belum khatam. Ya! Masih lagi belum untuk aku meneruskan hidup tanpa banyak lagi pengalaman yang perlu aku sendiri lalui dan pelajari. Tapi aku cukup bangga dengan apa yang ada pada diri aku sekarang. Lebih dalam lagi apa yang dibicarakan aku adalah hati. Hati aku, aku cukup bangga dengan ada sikap hati yang Allah beri pada aku ini. Alhamdulillah.

Mahu diulaskan saja lebih lanjut apa yang dibicarakan sebenarnya. Tapi tidak mengapalah. Ada yang berkata 'Kadangkala berahsia itu adalah senjata yang hebat untuk diri sendiri' 
*Memahami isi kata dan fahamlah apa yang dikarangkan*

p/s : Pembaca2 NAFAS. InsyaAllah dalam masa terdekat akan diterbitkan bahagian ENAM. Bersabar ya ! :D

20120327

' Mausam '


Semalam aku beli DVD cerita yang bertajuk 'Mausam.'
Ya ! Di atas ini adalah poster filemnya. Sudah lama keluar tapi aku baru saja berkesempatan beli dan tontonnya semalam. Ya baguslah filem ni pasal latar belakang, suasana dalam cerita ni sangat sangatlah indah. Tempat-tempat dia semua lawa2. Ini berkisahkan zaman 90an dimana india di kashmir sedang berperang. Mengisahkan juga tentang cinta Harry ( Shahid Kapoor ) & Aayat ( Sonam Kapoor ) kisah cinta yang bagi aku agak menarik :)

Kejap2 nak kasi tau Sonam Kapoor hidung dia lawaaaaaaaaaaaaaaaaa :DDD

Aku pun tak tahu nak ulas panjang macam mana lagi. Kenalah tengok makan popcorn depan tv tu haha. Siapa2 mahu tonton trailernya dulu di bawah ini aku sediakan linknya :)


p/s : 8.5/10 untuk cerita ini :D

20120317

NAFAS ( Lima )


2011

Hari ini jumaat. Seperti biasa aku bersiap untuk ke pejabat pagi ini. Hati aku tenang di pagi hari ibarat sang pari-pari menemani aku sewaktu sedar dari mimpi. Sedangkan itu hanyalah khayalan yang bermain dalam fikiran aku saja. 'Bismillahirahmanirahim.Segala puji hanya milik Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan hanya kepada-Nya-lah kita kembali.' Terus aku bacakan apabila sedar dari kehidupan alam maya untuk seketika waktu. Mencapai baju melayu yang digosok aku malam tadi untuk dipakai hari ini. Menyapukan sedikit minyak atar di baju dan leher.

Terus aku keluar meninggalkan Kondo Mutiara Permata. Turunnya aku menekan butang lif. Ketika aku berada di tingkat sebelas, punya pemandangan yang cukup menarik dengan gunung-ganang yang menyinari lagi mata aku di pagi penghulu segala hari. Setibanya aku di bawah terserempak pula dengan Abang Man yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kondo di sini.

Abang Man : Eh Sa'adi kacak bergaya kau harini macam lelaki melayu terakhir pulak Abang Man tengok kau.

Sa'adi : Hahaha jangan begitu kalaulah saya ni lelaki melayu terakhir abang man apa pula ? haha

Abang Man : Haha Abang jadi pakcik kepada lelaki melayu terakhir jelah . . . haha. Haa ni nanti malam jemputlah datang ke rumah abang. Ada makan makan sikit.

InsyaAllah aku membalas, lalu aku meninggalkan kondo menuju ke pejabat. Melihatkan pekerja-pekerja aku sedang sibuk dengan kerja mereka masing-masing. Aku yang agak senang bila menjadi bos besar ni. Tiada sebarang tekanan hari ini, yang ada cuma meeting selepas solat jumaat nanti.

------------------------------------------------------------------------------

Aku mengajak beberapa orang kaum adam yang mata masing-masingnya sibuk menaip dan mata memandang moniter untuk ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat hari ini. Ramai sungguh jumaat hari ini. Yang datangnya menaiki kereta ada,motor ada,basikal ada malah yang jalan kaki pun ramai termasuklah aku yang berjalan kaki bersama anak-anak buah pejabatku.

Imam memberi khutbah bertajukkan 'Remaja haruslah dipupuk dengan iman.' Aku diam mendengar khutbah dan begitu jugalah dengan yang lainnya di dalam masjid al-falah. Cuma yang kedengaran suara anak-anak kecil yang masih belum mengerti ataupun masih berdegil mahu juga bising ketika imam sedang berkhutbah.
Selesai saja imam memberi salam dan membaca doa. Salah seorang dari beberapa anak buahku mengajak untuk pergi makan sebelum mesyuarat pada pukul 3petang.

------------------------------------------------------------------------------

Aku bersyukur kerana projek pusat membeli belah yang sudah aku bentangkan seminggu dua lepas berjalan lancar. Lebih cepat daripada apa yang aku jangkakan. Selesai saja mesyuarat tadi aku memuji semua staff-staff yang bertungkus-lumus menjalankan projek terbaru ini yang bakal siap dalam masa setahun dua lagi.

Malam ni ada makan-makan sikit dekat rumah Abang Man jadi aku fikir tidak mahu membeli apa-apa untuk aku melantak malam ini. 'Makan malam di rumah Abang Man sudah.' kata Sa'adi
Setibanya aku di rumah Abang Man aku lihat ramai juga yang hadir malam itu. Macam kenduri kecil-kecilan pula aku rasa. Adalah ketika itu dalam 20 ke 30 orang yang hadir makan malam. . . . .

------------------------------------------------------------------------------

2002

Sa'adi : Eh harini ada kenduri kahwin akak nya Syu kan?

Azmer : Ha'ah laa aku rasalah. Kenapa? kau nak pergi ke? Nak ajak aku laa tu

Sa'adi gelak lalu mengajak Azmer untuk menemaninya ke kenduri kahwin Syu punya Kakak, beberapa hari lepas Syu ada mengantar pesanan pada Sa'adi bahwa dijemputnya hadir pada majlis kahwin kakaknya yang bakal berlangsung hari ini. Aku pun bersiap dengan memakai kemeja berwarna unggu gelap bersama seluar jeans hitam gelap dan berdandan segak bergaya.

Di dalam hati berkata ' Jika akakmu sudah ada yang dipetik hari ini, tidak boleh aku bohong pada diri yang kau juga akan aku petik suatu masa nanti jika itu jodoh itu datang Syu. ' Aku punya kata-kata semangat pula bila terfikir soal hati ini. Entah kenapa bila terfikirkan soal Syu hati rasa seolah-olah mahu berpuitis. Ahh sudah ! Ini semua khayalan saja. Sudah sudah. Aku tidak mahu kata-kata ini bermain difikiranku. Walaupun aku tahu ini adalah isi kata hati aku sendiri.

------------------------------------------------------------------------------

'Ramainya orang. Ini orang ke semut?' Bisikku seorang diri. 'Aikk kau? Dah nama pun kenduri kahwin sekali saja seumur hidup. Takkanlah tak ramai orang.' Balas Azmer mendengar bisikan aku tadi. Ya tak ya juga mungkin sedara-mara Syu ni ramai. Yang dari pihak pengantin perempuannya lain yang lelakinya lain. Mungkin juga ramai sedara-mara mereka. Ditambah pula dengan kawan-kawan yang hadir. Termasuklah aku sebagai tetamu diundang dari adik pengantin perempuan.

Azmer : Weh ! Mana buah hati kau si Syu tu ? Tak nampak pun.

Sa'adi : Ewwah kau! Itulah aku pun sedang mencari ni. Kalau sikit takpa ini punyalah ramai.

Sedang itu aku pun memberi pesanan sms pada Syuhadah Iman memberitahu bahwa aku sudah tiba di rumahnya. Dia membalas dan menyuruh aku dan azmer masuk dalam rumahnya. Aku dan Azmer tanpa segan silu terus masuk memberi salam. Dan ada satu suara yang membalas salamku itu. Mata aku tidak berkelip apabila melihat wanita bertudung putih berbaju kurung ungu dan berkain putih suci. Melihat raut wajahnya yang bagi aku ketika itu boleh jatuh pengsan dengan senyumannya yang ikhlas dan . . . . 'Hoi kau ni kenapa macam orang angau ni?' Azmer menepuk bahuku setelah aku mengelamun kejap.

Syu : Haii Sa'adi. Kenal saya tak ?

Azmer : Mahunya tak kenal si Sa'adi ni Syu. Dia tengok kau macam tu mestilah dia kenal sangat-sangat dah.

Sa'adi : Ehh kau ni sibuklah Azmer. Dia tanya aku tak tanya kau. Hehe Kenallah Syu. Apa pulak saya tak kenal awak kan.

Syu tersenyum manis sekali lagi. Hati aku seolah-olah ditiupkan angin yang sayu. Syu mengajak aku dan azmer untuk menjamu selera di depan. Terus tanpa banyak bersoal aku terus mendapatkan ruang kosong untuk aku,azmer,syu dan farah duduk. Mata aku tidak menumpukan perhatian pada pengantin yang hadir dengan pukulan kompang, malah setiap lima sepuluh saat aku akan memandang Syu. Ada juga sesekali Syu memandang aku. Tetapi tidak lama mungkin kerana malu agaknya. Yalah hati perempuan siapalah tahu.

------------------------------------------------------------------------------

Setelah beberapa jam aku disitu berbual bersama Syu yang aku sendiri tidak jangka aku boleh berbual dengan seseorang yang aku rasa menusuk dalam hati ni. Ibarat malam sosoknya bagaikan mimpi bagi aku. Aku terasa ingin lama di sini tidak mahu sesekali jejak kaki pulang. Tapi apalah daya ini. Sebelum aku melangkah kaki untuk pulang bersama Azmer. Aku berjumpa dulu dengan Ibu dan Ayahnya Syu. Yang sewaktu sekolah rendahku dulu Ibu Syu adalah salah seorang guru yang mengajar subjek bahasa melayu. Bersalaman, berbual kosong dan terus aku terpaksa meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang aku sempat untuk bertanyakan pada Syu.

Sa'adi : Agak-agak lepas ni bila saya boleh jumpa awak lagikan. . .

Syu : Kan kan kan. . . InsyaAllah kalau ada nanti tu adalah.

Sa'adi : Awak jangan lupa saya tau.

Syu : Ehh. Iyalah.

Azmer hanya menggelakkan aku saja manakala Farah hanya menyaksikan saja perbualan aku. . .

------------------------------------------------------------------------------

Abang Man : Ammboii kau sa'adi. Jauh termenung ?

Tersedar aku dari mimpi lampau tadi apabila Abang Man menyapa aku. Aku hanya tersengih saja. Hari itu renungan terakhirku untuk kau. Selepas itu kau hilang tanpa sebarang berita tanpa sebarang kata. Manakah kau pergi Syu? Kau hilang bagai abu berterbangan di awan-awangan. Jeritan aku dihati ini tidak sekali kau dengari. Apakah kau sudah pergi hari itu untuk hidup aku ini selamanya? Aku hanya mampu mengeluh. . .

Aku bangun untuk pergi mengambil minuman untuk menghilangkan rasa mimpi yang bermain dalam fikiran itu. Ketika aku berjalan menuju untuk mengambil air aku terlanggar pula dengan seorang gadis dan terjatuh gadis itu diperhatikan ramai orang untuk seketika. Aku panik dan aku cuba untuk membangunkan gadis itu tadi dan bila saja gadis itu menoleh mukanya ke arah aku dan . . . Syuhadah Iman ! Syuhadah Iman ! . . . . .

Bersambung*






20120316

Aku Kaya ?


Assalamualaikum,

Sudah hampir sebulan tidak aku meluangkan masa untuk berblogging ni. Bukannya tiada masa. Punya masa sangat sangat banyak. Cumanya kemalasan di minda untuk berfikir apa mahu di karangkan di blog ini.

Ya ! Aku ingin bercakap pasal dunia. Dunia hari ini. Entah dunia hari ini ramai manusia ingin mencari kesenangan hidup. Ya ! Memang benar itu kehendak setiap insan mahu menjadi manusia senang kelak.
Dan bukannya maksud aku untuk tidak mahu jadi seperti itu. Cumanya aku berfikir aku mahukan sesuatu yang cukup untuk diri aku dan masa aku akan datang kelak.

Aku tidak punya cita-cita mahu jadi kaya-raya. Memang tiada sedikit pun. Cuma angan2 itu hanya bualan kosong di minda ini. Yang mahu aku adalah menjadi insan yang sempurna tidaklah terlalu kaya dan tidaklah terlalu susah. Mahu menjadi sederhana. Itulah prinsip kehidupan yang aku inginkan. Tidaklah keterlaluan dan tidaklah terlalu ke bawah.

Mungkin ramai wanita hari ini ramai mahukan lelaki-lelaki yang kaya. Ya ! Itu impian setiap wanita2 di dunia ini. Dan maaf jika aku kata aku tidak berapa suka wanita2 yang mahukan lelaki2 sedemikian. Tidaklah salah bagi wanita2 itu. Cumanya mungkin aku tidak gemar dengan wanita2 yang bersikap sedemikian :) Maaf.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun hidup dalam keadaan sederhana. Bukanlah salah untuk menjadi kaya. Itu terpulang pada individu masing2. Dan aku adalah individu yang tidak sebegitu. Kalau ditakdirkan aku kaya. Ya ! Aku bersyukur jika ditakdirkan Allah memberikan aku kehidupan sebegitu. Cumanya aku tidak berharap untuk menjadi dalam kehidupan itu.

Itu saja untuk post kali ini*

p/s : NAFAS bahagian lima tidak lama lagi akan di post.


20120216

NAFAS ( Empat )


2011

Dikala angin sepoi-sepoi bahasa menyinggah masuk melalui tingkap ke kamar Sa'adi. Ketika itu Sa'adi Sa'adan sedang sibuk menyiapkan saki-baki kerja yang ditinggalkannya di pejabat tadi petang. Mejanya yang agak berselerak dengan di penuhi kertas-kertas kerja pembikinan projek sebuah pusat membeli-belah yang bakal dibentangkan pada mesyuarat esok hari. Sa'adi adalah seorang ahli perniagaan muda. Dia mewarisi perniagaan yang diserahkan oleh sahabat beliau yang bernama Zulfikar Daud.

Zulfikar yang sekarang sibuk menguruskan perniagaan yang barunya di kota asing di Dubai. Dan disebabkan itulah perniagaannya diserahkan pada Sa'adi kerana dia yakin dan percaya bahawa sahabatnya itu boleh mengendalikan syarikatnya dengan baik. Walau bagaimanapun Sa'adi telah diberi seorang Bos yang bernama Farah Atilia untuk membantunya untuk lebih cekap dalam hal perniagaan yang baru diceburinya. Tetapi Sa'adi menganggap bahwa Farah adalah bosnya.

Jam menunjukkan tepat 2pagi. Sa'adi pun selesai menyiapkan segala kerjanya itu,terus dia ke bilik airnya basuh kaki dan keluar lompat terus ke atas katil yang sederhana empuknya.Letih sungguh gayanya, dengan rambutnya kusut masai, mata yang agak kuyu sedikit.

Sa'adi : Wuaaaaarrrghhhh leganyaaaaaaaa ! akhirnya siap jugak keje2 aku ni. furhh ! esok pembentangan mesti menarik ! Yahooo !

2002

Pegawai Kenchana : Salam sejahtera, En Sa'adi Sa'adan bercakap ni ?

Sa'adi : Ya saya. Siapa pulak ni ?

Pegawai Kenchana : Saya pegawai dari Syarikat Kenchana Tower. Bulan lepas Encik ada memohon untuk mendapatkan jawatan sebagai penyelia. Encik diminta datang esok berjumpa dengan Bos kami En Zulfikar.

Sa'adi : Oh yeke ? Baiklah terima kasih cik.

Wajah sa'adi penuh dengan keceriaan. Kerana esok dia sudah mula terima. Dia diterima bekerja di syarikat Kenchana Tower antara syarikat yang agak besar namanya di Malaya ini.Akhirnya dia dapat juga bekerja di syarikat yang besar itu setelah permohonan kerja yang dia buat bulan lepas. Tidak sabar pula reaksi mukanya bila mendapat tahu perihal itu. Dia sibuk mencari baju apa yang mahu dia pakai esok harinya.
Dan tiba-tiba wajah sa'adi bertukar menjadi sedikit hairan. Seolah-olah di dalam fikirannya sedang berfikir tentang sesuatu yang lain pula. . . .

'Kenapa kau larikan diri pada aku hari itu ? kenapa ! apa kerana kau malu pada aku atau segan ? mengapa dengan kau Syu ? aku betul-betul teringin nak jumpa dengan kau nak bercakap dengan kau. Tapi kau lari dari aku ! di hati aku ini ingin sangat untuk berdepan dengan kau. Mungkin bukan itu masa untuk kita berjumpa aku fikir. tak mengapalah syu. Aku faham dengan perasaan kau tu. Tapi Ingat ! bila jika ditakdirkan kita ketemu lagi kelak, aku tidak akan lepaskan kau jika kau lari !'
Sa'adi berbicara dalam hatinya.

'Waktu tidak pernah berhenti,Pada aku waktu itu akan terus berjalan, Tanpa boleh diputarkan semula,Aku tidak pernah kisahkan semua itu,Yang dimahukan aku adalah ketemu. InsyaAllah'
Kata-kata itu memberi semangat pada Sa'adi yang agak kecewa bila Syu melarikan diri dari dia hari itu.

Terlintas difikirannya untuk memberi sms pada Syu malam itu. dia benar-benar ingin tahu kenapa Syuhadah Iman berbuat begitu.
'Assalamualaikum, Syu ! Kenapa kau lari dari aku haritu ?'
tidak lama selepas itu ada yang membalas.
'Waalaikumusalam, haa mana ada. aku kena cepat masa tu. maaflah heh hehe'
Di hati sa'adi dapat merasakan bahwa Syuhadah Iman cuba mengelak darinya.
'Biar pun kau rahsia dengan aku, aku tetap tahu kau bukan ingin cepat waktu tu Syu'
KOSONG Syu tidak membalas.

Entah kenapa tiba-tiba perasaan ingin mengenali Syu lebih rapat datang pada si Sa'adi, mungkin itu hanya mainan perasaan semata-mata. Tapi sejak Syu datang kembali ke kehidupan sa'adi. Sa'adi merasakan sesuatu yang janggal dalam hatinya. Perasaannya berdebar- debar ingin tahu tentang si dia itu. Cerita-cerita harinya penuh dengan tanda soalan yang masih belum terjawab.
'Ahh ! Aku terlalu banyak fikir ! apa aku ni ! sudahlah !'


2011

Krrrrringgggggggggggggggggg !

Sa'adi tersentak tatkala bunyi jam yang begitu bingit locengnya. Sa'adi mencapai jam loceng lalu mematikannya. Pagi hari ini mungkin indah untuk Sa'adi dimana dia akan membentangkan projek yang disiapkannya tadi malam. Sudah saja selesai solat subuh. Dia pun bersiap-siap gaya seorang BOS tampak segak bergaya dengan baju kot putihnya, rambutnya disikat rapi. Lalu mengambil kunci keretanya terus ke Pejabat.

*Bersambung*




20120210

Filem 'Sesuatu yang tertinggal'

Klik gambar di atas ini untuk lihat lebih jelas*

Halios geng ! Aku baru habis menonton filem di atas ni. Daripada 10 aku boleh kasi 8.5/10. Kira Gred A jugaklah enn, pasal aku tonton filem ni waktu pagi, tu pun dh naik bulu roma aku tengok sorang2, walaupun part seram dia tak banyak tapi cerita seram dia lain dari yang lain. Tahniah pada penulis cerita ini ;)

20120209

Bukan Drama


Dikala hari hari itu, berbunyi detik jam yang membingitkan telinga aku, tatkala membuatkan aku rasa bingit pada diri, mengisi ruang itu dengan perkara-perkara yang biasa. Di mana perkara yang luar biasa itu ? selalu aku terbayang-bayangkan di manakah ! Hanya mampu mengeluh saja di hati ini. '

'Usah fikirkannya' seorang sahabat memberitahu aku. tetapi sahabat hidup aku ini perlu memikirkannya, jika tak ianya takkan kemana wahai sahabat, iyalah kau pun tidak sama dengan aku lagi. jarang sudah. bukannya sama dengan waktu kita yang dulunya. Mengisi waktu dengan cerita coretan hidup masing-masing. Itulah orang kata, dulu lain sekarang lain. Punya definisi maksud yang sangat banyak. kadang-kadang aku sendiri tersengih kenapa perkara itu yang diperlakukan.

Kehidupan realiti ini bukanlah DRAMA ! bila ia nak berubah, ianya akan berubah ! itu salah ! hidup aku hanya ditentukan jalan oleh yang Maha Esa. cumanya perlu memilih mana satu jalan yang BENAR itu. aku mahu keluar walaupun aku tahu banyak dugaannya. Tapi aku fikir itulah erti KEHIDUPAN. bukannya duduk di bumi yang biasa aku pijak ni. Sampai bila lagi ? sudahlah sudah. aku nak keluar !

p/s : Lupakan aku yang lama itu. Maaf.

20120129

Punya yang biasa


Assalamualaikum,

Ramai yang bertanyakan kenapa aku tak update blog. ohh ya maaflah aku tidak ada idea mahu update apa. ehe. NAFAS ? nantilah akan disambungnya, bersabarlah ye kepada yang membaca tu :) insyaAllah akan disambung, tunggu sajalah ye :D

Hari hari aku punya rutin harian biasa, barangkali tiada apa yang hebatnya lagi tahun ini aku lakukan, cuma bila waktu kerja itu aku kerjalah. hari hari yang biasa saja. Entah kenapa kehidupan diberikan untuk aku sebegini rupa, Menunggu dalam bayangan bertepuk sebelah tangan. Kadang-kadang aku tersengih sendiri bila difikirkan balik apa yang aku perlakukan dalam minda dan di hati ni :)

Setiap perkara kita lakukan adalah kita tahu apa yang diniatkan dalam hati ini, ingatlah jangan bertindak seperti orang yang tidak memijak di bumi yang nyata ini, bukannya apa aku cuma memberi nasihat saja. Perlakukan sesuatu yang berfaedah pada diri kita ini untuk digunakan satu masa kelak. Okay geng ! ;D

20120106

Rockstar

Ya ! Semalam aku baru habis menonton ini movie yang diberi tajuknya 'Rockstar'
Mengisahkan tentang seorang jejaka yang dilakonkan oleh Ranbir Kapoor ingin menjadi Rockstar. Apa2 pon cerita ni terrrrbaikk ! Faham betul2 apa jalan cerita ni akan lebih faham apa yang terbaik aku cakapkan. memang pening bila melihat cerita ni. ingin betul2 faham watak dalam cerita ni baru tahu apa jalan ceritanya.

Untuk semua sekali aku kasi 9/10 ! Yeah tahniah pada Pengarah & Penulis filem ni kerana memberi filem yang ada kelainannya. Tahniah ! ;D


Mari menonton trailernya dulu. Jika mahu.

p/s : Tahniah buat Ranbir kapoor yang membawa watak rockstar dengan mantapp ! ehh kejap ! Nargis Fakhri lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Rocccckkkstaaarrrrrr ! ;D

20120104

Nafas ( Tiga )


2011

Awal hari ini Sa'adi hadirkan diri di pejabat dengan melenggangkan kakinya di atas meja, dan bila ketika itu pejabatnya kosong sunyi sepi, yang kedengaran hanya enjin penghawa dingin yang sudah biasa didengari oleh rakan sepejabatnya yang lain.

Sa'adi : Apalah semua lambat harini ! Eh aku yang datang awal rupanya, hehe. kalau aku jadi BOS kan senang aku boleh datang lewat sikit. boleh balik rumah sesuka hati aku. ini bos pon datang lambat ! Apa nak jadi ? ( bercakap bersendirian )

Ketika itu aku tidak sangka dibolehkan aku berkerja dengan suasana yang sebegini rupa, tenang tanpa diberi ketegangan akal. walaupun yang dinamakan sebagai pekerjaan ini ada halangan - halangan yang perlu aku tempuh. tapi tak mengapa inilah yang dinamakan kehidupan duniawi yang perlu aku tempuh dengan apa cara sekalipun ! Hidup aku adalah hidup aku.
Saat Sa'adi duduk di atas kerusi, Sa'adi terus memikirkan kehidupan dulunya . . . .

2002

Aku hanya punya kenangan masa kecil dengan engkau, mengingatkan engkau pengubat segalanya, insan yang aku fikir istimewa ketika itu, yang berertinya sampai hari ini, kau mulanya sahabat aku, kau waktu itu indah bagi aku.
Tidak mengapalah kalau jarak atau masa itu pisahkan perasaan aku dengan kau, tidak mengapalah tidak mengapa ! Itu ketentuan yang ditulis olehNYA.

Syuhada Iman. itulah nama yang diberi oleh kedua orang Tuanya. aku fikir nama itu sangat indah, aku suka nama dia, tapi yang selalu dipanggil oleh aku untuk dia adalah Syu. ya ! comelkan nama tu ? hehe. cumanya aku hanya kawan rapatnya sahaja mulanya, tidak lebih dari itu. hendak mempersoalkan tentang apa yang lebih, itu terpulang pada Qada & Qadar.
Yang diketahui oleh hati aku cuma insan yang bernama Syuhada Iman itu adalah seorang kawan yang aku fikir sangat aku suka.

Sedang hari itu Sa'adi sedang bosan duduk dirumah, diberi cuti seminggu dan Sa'adi fikir mahu keluar menonton filem apa yang bagus ditonton. terus aku bersiap - siap ambil kunci kereta terus keluar rumah.

Sa'adi : Ehh ehh ! Kejapp ! Baik aku ajak Azmer, takkan nak dok keluar sorang2 pulak. ya Azmer.

Lalu Sa'adi memberi pesanan kepada Azmer yang juga rakan baiknya ketika itu untuk mengajak keluar menonton filem. ketika sedang menunggu Azmer di luar panggung, hatinya seolah2 berkata tolehkan kepala tolehkan kepala ! dan terus Sa'adi menolehkan kepalanya . . . . sedang menoleh itulah kali pertama sejak di sekolah dulu dia melihat seseorang yang dia betul - betul ingin jumpa. didalam hati sa'adi berkata Ya ! Itu dia si gadisnya !

Sa'adi : Syu syu ! ( Aku memanggilnya, dia menoleh ketika itu, tetapi dia seolah - olah ingin melarikan diri dari aku. Malu barangkali aku fikir )

Sa'adi pun hairan kenapa dia jalan laju berpaling dari sa'adi. tidak mengapalah lalu dibiarkan sa'adi. Azmer pun tiba lalu ditinggalkannya tempat duduk itu tadi. Sambil difikiran Sa'adi masih mengingatkan kenapa Syu melarikan diri dari dia . . . .

Farah : Ammboiii awak ? cantik kaki letak atas meja ?

Sa'adi : Ehh eh bos ! Maaf bos ! bila sampai ? dah lama ke ? hehehe

Farah : Haa termenung je tahu ! Ish ish ! awal datang harini ? Rajin ye ? kononnya la ni ?

Sa'adi : hehehehe.

Kini, bila kita sudah dewasa, aku hanya ukir kenangan baru yang ada, kenangan yang mampu menggetarkan hati aku ini, baru aku sedar kau memang istimewa sampai ke hari ini cerita kau masih belum habis buat aku.

Bersambung*

20120103

Selamat Hari Jadi :)


Assalamualaikum !

Yesss geng ! masih belum lambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru pada geng2 yang baca blog aku ni ! Semoga azam tahun baru ini menjadikan semangat untuk korang teruskan hidup okay ! Ingat ! Fikir positif ! InsyaAllah :)

Ya ya ya ya ! Selamat hari jadi awak yang digelarkan sebagai AAA :) Semoga panjang umur semoga diberi akal yang baik semoga diberi kawan2 yang baik semoga semuanya baik2 okay :) saya rindukan awak, tapi saya tidak boleh berbuat apa - apa :) Semoga disana baik2 saja keadaannya ya ! :)

p/s : Jaga diri elok2. jaga diri awak. saya rindu awak :) Itu ada cake untuk awak walaupun gambar, makan2. hikkk ;D
Selamat Hari Jadi :)