20111218

Hujan dan terus hujan.

Assalamualaikum,



Ya geng2 blog aku semua ! Rindu tulisan aku ? ecceehh. maaf postingnya agak kelewatan sikit. almaklumlah agak busy dengan kerja2 lain dan meeting2 lain yang perlu dilakukan segera. maaf sekali lagi. ya ! Ada bertanyakan pasal NAFAS. Hehe maaf jika ada waktu lapang akan disambung, insyaAllah awal tahun depan bakal keluar NAFAS bahagian yang barunya ye :D

Hujan hujan dan hujan tiap2 minggu. sudah lama hujan turun membasahi bumi. nama pun musim hujan kann, nak akhir2 tahun memang musim hujan. sampai banyak tempat2 di malaya ni dilanda banjir yang teruk. woaaa cuba bayangkan kalau korang2 dilanda banjir tu, ish ishh payah2 nak alihkan barang rumah lain barang peribadi lain, ada yang tak sempat nak alihkan pun tiba2 air dah naik lajuu je kann. furhh. kepada mangsa2 banjir tu harap bersabarlah, ini dugaan dariNYA.

p/s : Haaa tu saja aku nak kasi tau, jangan lupa ya kepada pembaca2 semua ! NAFAS akan diterbitkan insyaAllah awal tahun hadapan :) Seee yooo ! :D

20111116

Demam Aka Fever

Assalamualaikum
Hello geng ! Nampak tajuk tu ? ya saya kurang sihat almaklumlah lama dah tak domam ni haa. Yup ! Tahun ni paling kurang aku demam mungkin Antibody aku lebih kuat tahun ni ! Mau taknya madah makannn jee enn la la la la.

Nak diikutkan tahun lepas aku 7Kali demam. Tapi tahun ni baru 2 ke 3 kali rasanya ehe ;D Ohh demam cepatlah kau sembuh. Sewel dah aku ni haaaa.

20111111

Maaf

Assalamualaikum,

Hallloooooo geng ! Lamooo takupdate blog heh. Maaf yo kepada pembaca2 sekalian yang baca blog aku ni ( Maksud aku yang setia ) ada ke yang setia* ehemm aha.
Ohh okay, bukan apa cuma beberapa minggu lepas dan mungkin minggu2 yang akan datang aku agak sibuk sikit kerana ada ' Meeting ' yang sangat-sangat banyak. SERIOUS* !

Ya ! Lupa pula yang menunggu kemunculan ' NAFAS ' yang ke TIGA. InsyaAllah akan diPostkan jika kesibukan yang terlampau ni menjadi kosong :)

Okay itu saja aku nak kasi tahu ni. ehe Boiiiii geng ! ;D

p/s : Tunggukan kemunculan ' NAFAS ' yang ke 3 yooo !

20111030

Nafas ( Dua )


2011

Dikala hujung minggu Sa'adi tidak berkerja.
Awal pagi lagi Sa'adi sudah bangun & menyempurnakan solat subuh. kawannya Azlan mengajaknya untuk pergi berjoging dipagi hari ini. memang selalu itu yang dilakukan Sa'adi & kawannya dikala hujung minggu yang lengang waktunya.
Duduk ditepi pintu menunggu Azlan mengambilnya,menjenguk suasana di luar rumah,melayankan karenah kucing yang sedang bergurau dengan bola yang diberi oleh Sa'adi,lalu mengusap - usap badan si kucing itu. Sedang menunggu sa'adi pula termenungkan sesuatu . . .

2002

Pada tanggal tersebut telah genap dua bulan aku berkawan dengan dia. Sedang itu terus memberi mesej bertanyakan khabar pada dia & terus membalas mesej. Ada kalanya aku & dia gembira,berkongsi pengalaman,bergurau seperti lumrah alam biasa,Saat itu membuatkan aku lebih rasa indah untuk merasai sesuatu kehidupan yang berbeza. Sebelum melangkah lebih jauh aku memberitahu dia yang aku merasakan sesuatu iaitu perasaan ' SEGAN ' untuk berkawan dengannya tetapi dia memberikan aku semangat untuk mengenalinya apabila dia memberitahu pada aku yang dia tidak segan untuk berkawan dengan aku.

Sebelum itu,aku terlebih dahulu telah menghantar bunga kepada keluarganya. Maksudnya,aku sudah tahu hidup sehari keluarganya bagaimana. Boleh dikatakan dikalangan orang-orang yang penuh dengan kehebatan ilmu dunia. Itulah punca sebenar yang membuatkan manusia seperti aku segan untuk berkawan dengannya. Bukan niat aku untuk tidak mahu mengenalinya lebih dalam,sebagaimana aku katakan tadi aku segan untuk berkawan dengannya. Mungkin tiada sebab yang kukuh untuk mematahkan hubungan ini.

Terlalu mudah aku menerima sesuatu perasaan itu. Oleh sebab dirinya sempurna bagi pandangan mata aku. Sedangkan terlalu awal untuk aku mengungkapkan sesuatu yang tidak perlu diungkapkan. Mungkin . . . Itu sesuatu perasaan yang ikhlas dari aku,memang tidak boleh untuk aku menipu diri aku sendiri untuk menyatakan bahawa dia membawakan sesuatu yang baru dalam kehidupan aku.
Pernah juga aku mengenali wanita-wanita lain diluar,tetapi jauh berbanding Si dia. Amat berminat untuk aku melihat tutur katanya yang sopan santun dan gayanya yang lemah lembut.. ' PERASAAN ' inilah satu satunya yang tidak boleh kita tipu. Bermulanya aku berkawan,perasaan jujur datang kepada diri aku. Kata orang keikhlasan dan kejujuran itu amat penting untuk kita tempuh ranjau hidup yang panjang . . .

Azlan : SA'ADI SAADAN !

Sa'adi : Woooo ! Apa ni jerit2 kat rumah orang pepagi ni. Grrrr

Azlan : Aku panggil kauu dah berkali kau termenung lagi pahal kat situ ! Jom pergi !

Sa'adi : Heh ? hehe ye pun aku termenung janganlah macam tuu. Maaf bos ! Mohh !

Bersambung *

20111027

Nafas ( Satu )


Sa'adi Saadan .
Itulah nama yang diguna pakai aku Di dunia ini tetapi ramai yang memanggilku Sa'adi sahaja yang juga memberi maksud ' Bahagia ' didalam nama itu. Tinggal di Kota yang sedang meningkat naik,yang penuh dengan kesesakan orang ramai ,menetap dikota ini memang perlu cepat semuanya perlu cepat ! Susah untuk mencari tempat yang sebetul - betulnya untuk memberi ketenangan tetapi tidak mengapa kerana itulah salah satu erti kehidupan.

2001

18 Tahun.
Masih muda untuk aku hanya keseorangan. Tahun demi tahun menunggu saat masanya bilakan tiba setiap waktu yang selalu bermain diminda aku. Hari ini setelah 18 tahun menjadi sejarah hidup ditemukan untuk mengenali si dia. Pada November Ramadhan bulan yang amat baik tuhan telah memberi jalan hidup pada aku terus menemukan aku dan dia.
Aku tidak tahu apa tujuan sebenar takdir menemukan aku dengannya,adakah hanya untuk menghilangkan rasa keseorangan ini atau memberi nafas baru untuk nyawa ini.
Aku bingung untuk mendapatkan kata - kata yang bermain diakal fikirkanku

Seorang yang pernah aku kenal telah dulu telah datang untuk memberi jawapan kepada diri ini,seolah - olah memanggil kedatangan aku untuk mengenali dia lebih lagi. Jika nak diikutkan aku dan dia ' Umpama seekor burung yang telah lama tinggalkan sarangnya dan kembali bertemu semula ' Jika dibandingkan masa ibarat sebuah pondok yang telah usang,aku tidak pernah berbual dengannya,mahupun menegurnya. Takdir menemukan kami berdua setelah tujuh tahun saling tidak bertemu sua.

Saat indah bagi aku ialah dia menegur aku di satu laman sosial,pada mulanya aku benar-benar tidak mengenalinya malah untuk aku mengingati siapakah dia ohh siapakah dia. Itulah kali pertama dia menegur aku setelah dulu dikenalkan tetapi aku dia tidak pernah saling untuk menegur.
Apabila aku melihat raut wajahnya berkali-kali barulah daya ingatan aku menaluki kenangan,Aku seakan-akan tidak percaya yang dia masih dan boleh mengingati aku sedangkan aku tidak pernah terlintas difikiran untuk mengingatinya walaupun sesaat. Itu membuat aku merasa dunia ini akan bermula untuk Aku & Dia.

Kegembiraan tidak terhingga bila dihati mengungkapkan kata ' mencipta sejarah '. Aku seolah-olah menyelam ke dasar tanpa percaya yang itu benar-benar berlaku . Saat itu timbul satu perasaan yang luar biasa yang tidak pernah aku rasa .
Pada ketika dia menegur aku,aku tidak mahu melihat tanpa mata dan akal aku. Kemudian hari,setelah aku menggunakan mata dan akal aku barulah aku menegurnya semula. Aku memberanikan diri untuk meminta terus talian bimbitnya tanpa sebarang kata dia terus memberi . Ibarat pokok yang dapat menghirup udara segar tanpa kesulitan .

Bersambung*

LIBAS !

Aku baru habiskan tengok filem ' Libas ' . tahniah kepada pembikin filem ini , walaupun nampak ala2 kartun filem ni , tapi tersiratnya sangat bermakna ! pasal apa ? pasal filem ni menaikkan lagi semangat untuk pemain2 sepak raga ( Sepak Takraw ) Malaysia ! Bagus untuk pemain2 takraw malaysia cerita ni ! Kerana sepak raga adalah asalnya dari malaysia ! Yang cuba diambil oleh thailand ! kerana kita tengok berita takraw sekarang thailand menguasai permainan ni ! So jangan mudah mengalah Malaysia ! Come on ! Sepak Takraw milik kitaa ! GOO MALAYSIA !

p/s : semangat kejap aku tengok cerita ni . hikkkk ;D

20111026

' BadGuy '

Assalamualaikum ,

Aku baru habiskan drama korea yang bertajuk ' BadGuy ' ni . Okay GoodJob untuk penulis cerita ini ! Jalan cerita yang sangat baik,Jalan cerita yang lain dari yang lain . GoodJob ! Aku puji drama ni . Nak tahu kenapa aku puji cerita ni ? kenalah korang2 tengok sendiri . takboleh laa aku nak ceritakan,nanti tak gerek . haa 17epd cerita ni so 17jam aku tengok . ohh lama sungguh,banyak suspens cerita ni then ada part2 yang terrrgemmpakk punya wa cakap lu ! nak tau sila tengok sendiri dan faham apa erti kehidupan mereka,jalan kehidupan sangat menarik . kalau korang faham lagi cerita ni lebih dalam korang akan untung,kenapa ? pasal korang kena tengok sendiri . haha .

p/s : dalam 10 mata aku kasi 9.8 . mana lagi 0.2 heh ? adalah pasal . . . .

20111019

Untuk seorang kawan .


Assalamualaikum ,

Mungkin ini takdir yang ditentukanNYA . Apa pun yang jalan yang diberi pada kau . Kau kenalah redha tempuhnya . Tak semua diDunia ini indah Allah berikan pada kita,kadang - kadang ada pahitnya ada manisnya juga . itu harus kau faham wahai sahabat . Kita manusia biasa di Dunianya menjadi pelakon di muka bumi DIA . Maka berlakonlah bersungguh - sungguh untuk mendapat tempat disisiNYA . Ada kalanya memang patut kita bersedih adakalanya patut kita bergembira,Itulah erti kehidupan di Dunia ini sahabat . Jangan menyalahkan apa yang ditulis OlehNYA . DIA maha tahu segala - galanya . Apa yang boleh aku bantu,insyaAllah aku bantu . Jangan kau menyimpan sesuatu yang boleh luka dalam hati tu . okay sahabat ? Aku ada support kau ! :)

p/s : Jangan berfikir kau lemah dan orang itu lebih hebat dari kau . semua manusia sama sahaja,kau ada kelebihan kau dan masing - masing ada kelebihan masing - masing . Jangan lemahkan semangat kau !

20111016

Selamat Hari Jadi Nadzirah ;)

Selamat hari jadi ,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Nad,
Selamat hari jadi . . . .

;DDD Ewwaaahhh dah 18tahun yee Nad . Moga dipanjangkan umur & Ditambahkan lagi rezki :)
Tak sangka dulu sekolah rendah wish nad sampai sekarang pon wish nad jugak yoo ehehe ;D Semalam Ammar ada cakap yang Birthday yang paling Ammar ingat birthday Nad laa kan . Kenapa ? ******** Faham2 jee laa Nad kannn hoho :D

Nak Chocolate lagi tak Nad ? Wahaha . Maaflah Ammar takda apa nak kasi macam last year,pasal agak busy sedikit ehehe . Btw Jaga diri baik - baik yo Belajar Di negeri orang tu,GoodLuck to your study Take Care ;) Again Happy Birthday Nadzirah !

p/s : Maaf curi gambar Nad tu hihihi ;D Ehh lupa nak cakap ! Team kita semalam seri laa ! haha .

20111015

Lihat Dunia .


Assalamualaikum ,

Makin lama dunia ni makin kecil bagi semua manusia . kenapa ? kerana makin lama makin ramai yang mengenali antara satu sama lain , ohh sungguhlah kecil dunia ini . bila tanya kawan .

A : Weh B kau kenal tak C ni ?

B : Ehh kenal laa dia ni kawan aku . Kau kenal tak D ni ?

A : Mau tak kenal kawan dekat Facebook aku tu ! .

Haha kelakarkan ? kecilnya dunia . Lihat laa bila bertanyakan seseorang pada seseorang semuanya kenal antara satu sama lain,walaupun tak kenal rapat . tapi mereka kenal juga serba sedikit . Mungkin ada baiknya kenal untuk menghubungkan silaturahim tu . Tetapi korang tak rasa takut ke bila semua orang kenal korang , ye laa means kebanyakannya . hmm apalah ini juga untuk peringatan aku kadang - kadang takut jugakan mana tau ada orang buat kurang baik pada kita ke . Enthlah makin lama makin kecil dunia ni . hmm .

p/s : Mungkin ada baiknya , Mungkin ada buruknya . Fikir sendiri lebih baik :)

20111011

Waiting Of Love Part 10 ( Akhir )


Menyambut sekali lagi tahun baru iqbal sudah pun berusia 17Tahun ketika itu,fikirannya sudah pun meningkat matang tahu apa yang perlu dilakukan yang terbaik padanya . Segala apa yang difikirkannya membuatkannya lebih matang hari demi hari . berumur 17tahun adalah bukan senang bagi dirinya kerana pelbagai halangan & dugaan yang diterima bila berada di usia remaja ini . Baginya yang paling penting bila berumur 17tahun ini adalah untuk mengambil peperiksaan yang paling besar dalam hidupnya SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) .

Iqbal : Ohh aku dah 17tahun rupanya . Ohh aku dah remaja rupanya . Ingat lagi dulu masa aku kecil tengok abang dengan akak - akak sekolah menengah dan ingat mereka semua dah besar . Ohh rupanya aku pun sudah ke alam ini . ( Tersengih )

Apa perlu dilakukan iqbal adalah untuk meneruskan hidupnya seperti remaja yang lain,cuma dia tidak perlu untuk terjerumus ke alam remaja yang negatif . Syukur iqbal bukan seorang yang jenis begitu . Makin meningkat usianya makin pendiam orangnya iqbal ini . Dulu dia seorang yang petah berkata - kata ketika kecil . Terlintas dalam fikirannya berfikir balik apa yang pernah dikatakan oleh Uztazahnya ketika dulu berada di sekolah Agama .

Uztazah : Awak ini kecik - kecik banyak cakap,nanti dah besar mesti jadi pendiam punya . sama macam suami uztazah . ehe .

Iqbal : Apalah uztazah ni mana ada saya banyak cakap,saya suka cakap jee hehehe .

Bila dikenangkan waktu dulu itu Iqbal tersengih saja,entah serba sedikit betul apa kata uztazahnya itu . Perwatakan iqbal makin disimpan dan tidak selalu ditunjukkan pada kawan - kawannya . Mungkin perasaan yang baru datang kepadanya itu membuatkan dirinya seperti yang dikatakan oleh uztazah sekolah agamanya . Tentang perasaan yang tidak pernah pudar sedikit pun dalam hati iqbal walaupun hidup diusia remaja ini sangatlah luarbiasa cabarannya . Perasaan yang tidak perlu didatangi ke hidup iqbal,tetapi perlu ditempuhnya dan iqbal menerima perasaan itu sebagai jalan hidupnya .


Perlu apa lagi dalam hidup jika perasaa itu tiba - tiba datang dan tiada penyudah bagi perasaan yang lalu dan terus masuk ke dalam hidup iqbal . mungkin penyudah itu belum lagi sampai masanya,mungkin hari demi hari itu adalah jalan bagi penyudah perasaan yang diterima iqbal .

Cuma perasaan hatinya kepada Adlina saja belum pernah lagi berubah tidak sama sekali dalam hatinya untuk berubah,mungkin tidak begitu rapat lagi selepas setahun lebih itu . hubungan mereka makin jauh,tidak lagi berbalas email . cuma iqbal yang masih menunggu kehadiran Adlina yang masih dalam bayangan kisahnya disana .
Tidak pernah lekang hatinya untuk berubah,masih masih masih dalam hatinya ada seorang wanita yang bernama Adlina Afiqah itu .

Iqbal suka apabila menyambut tahun baru ini,kerana pada awal tahun jugalah ulangtahun harijadi Adlina . bila tiba hari itu iqbal memberi email pada adlina . . .

Iqbal : Haii Selamat Hari Jadi Adlina :) Moga2 dipanjangkan umur murah rezki yoo :)

Setelah beberapa jam kemudian Adlina pun membalas email dari iqbal . .

Adlina : Ehe terima kasih Iqbal :)

Terus iqbal tidak membalas apa apa email lagi,selepas beberapa hari lepasnya harijadi Adlina . Iqbal ternampak satu video yang di post oleh Adlina . pada mulanya iqbal tidak tahu video apakah itu,dia pun membukanya . Ohh rupanya video yang dirakam kawan adlina masa harijadinya . Itulah kali pertama iqbal melihat reaksi adlina yang dikejutkan oleh kawan - kawannya bila kawannya membawakan kek hari jadi untuk dia . Mendengar suara adlina buat kali pertamanya,iqbal bagai ditiup angin yang sayu dihatinya,raut wajahnya menampakkan keceriaan yang bahagia .
Itu tidak mengapa lagi,semasa penghujung video yang dirakam kawannya itu Adlina ada berkata . . . . .

Adlina : Yeaayyyyyy kita dah single ! . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . * TAMAT ( W - O - L ) * . . . . . . . . . . . . . . .

Kisah ini akan ada kesinambungannya . . . Terima kasih kerana sudi membaca ye semua ;) Terima kasih juga kepada yang membantu menjayakan W - O - L ini :)

Assalamualaikum .



20111005

Waiting Of Love Part 9 ( Resah )


Iqbal melihat gambar gambar Adlina Di Komputernya , ternampak juga gambar Adlina bersama Danny . Diwajah iqbal sentiasa tersenyum melihat raut wajah si dia senang tiada apa masalah . Lega hati iqbal tetapi disebalik lubuk hatinya hanya Tuhan saja yang tahu . Danny seorang yang baik,kacak,bergaya,tinggi dan seorang yang senang . Mungkin sebab itu Adlina terpikat pada Danny . Itu bukan menjadi masalah pada seseorang seperti iqbal . iqbal merasakan itu hanya sementara saja,dia tahu apa yang diperlakukannya ( Menunggu ) itu adalah satu kekuatannya .

Tahun ini menjadikan iqbal lebih mengerti apa makna kesabaran,yang mahu dicuba untuk perasaannya itu . Dia tahu dia perlu fikir yang akan datang,apa akan berlaku jika ingin menetapkan perasaan ( Menunggu ) dalam dirinya biarpun susah bagaimana sekalipun,sudah pun membuat keputusan sebegitu iqbal menyerahkan jalan hidupnya ditentukan olehNYA yang maha berkuasa .

Iqbal : Biarlah Allah saja yang menentukan jalan hidup aku ini . aku sedia menempuhinya .

. . . . . . . . . . . 10 Bulan kemudian . . . . . . . . . .

Iqbal tidak memberi satu email pun pada Adlina , sejak itu dia berdiam diri 10 bulan tidak menegur pun . cuma Adlina ada memberi ucapan selamat hari jadi pada Iqbal . itu membuatkan iqbal rasa yang adlina masih belum lupa akannya . bukan bermaksud tidak memberi apa - apa email pada Adlina itu untuk membuatkan iqbal hendak melupakan akan dia . bagaimana mahu dikatakan pon tidak tahu,mungkin Iqbal tidak mahu menganggu emosinya terhadap Adlina . Sejak itu mereka tidak begitu rapat seperti mula mereka kenali . berbulan mendiamkan diri . . .

Pernah salah seorang lagi kawan Iqbal masa dia berumur 16 tahun itu tanya soalan yang sama

Nor : Sampai bila ? lebih baik kau luahkan saja dari kau macam ini . kenapa kau bersusah payah untuk hati kau ni ? beritahu dia !

Iqbal : Takpayah laa lagipun dia dah ada Danny takpalah . Lagi sedih hati aku nanti kalau kena reject ( Gelak )

Nor : Kau ni aku cakap betul kau main main apalah kau ni Bal !

Iqbal : Iyee laaa bukan sekarang,nantilah aku kasi tahu . hehe

Nor : Suka hati kau laa bal,aku bukan apa . . . kau ni susahkan diri kau jee apalah !

Iqbal berdiam diri selepas tu tak membalas apa - apa jawapan pon . Pernah iqbal berkata jangan bertanyakan soalan itu padanya,dia tahu apa dia lakukan dia tahu . Walaupun itu perit dalam hatinya .

Iqbal : Buat apa aku ingin beritahu sekarang,Tiada gunanya kalau aku beritahu tapi hati aku masih dekat dia . hmm tunggu tunggu tunggulah . aku tak tahu apa mahu aku buat ni .

Resah tanpa malu bertandang ke hati yang tidak dikenali,meronta menyelubungi segenap hati,pembawa khabar nyata pada diri, gelisah mengungkap kebatilan .
Kadang - kadang menjadikan iqbal resah bila Adlina yang dirangkul oleh danny itu kelihatan agak mesra agak gembira . entah entah entah kenapa dia rasa macam ada sesuatu yang ingin mematahkan perasaannya itu . Terasa mahu cepat - cepat hilangkan sesuatu yang cuba menghalang perasaannya itu . Iqbal tidak sedari bahwa dia sedang cemburu akan Adlina bersama jejaka lain . . . .

Bersambung*


20111004

Waiting Of Love Part 8 ( Sampai Bila )


Iqbal : Aku pun tidak tahu sampai tahun bilakah akan aku menunggunya .

Hari hari iqbal menjadi sangat lain sejak dia memutuskan untuk menunggu seseorang yang tidak dia kenali . Tetapi hati kecilnya berkata yang dia akan capai apa yang hasrat hatinya mahu . Bukan memaksa tapi mengharap itu yang ada dalam isi kandung hatinya . Tiap detik , Tiap saat , Tiap minit , Tiap jam & mungkin Tiap hari itu bermakna bagi si jejaka Iqbal ini . pernah sekali iqbal mencuba untuk memilih bunga yang baru,tapi tidak akan bermakna baginya jika dihatinya memiliki seseorang yang sendiri belum memberitahu isi kandung hatinya .

Menunggu Pagi , Menunggu Siang , Menunggu Malam . Itu yang diperlakukan oleh iqbal setiap masa,biarpun hari hari dilaluinya adalah seperti insan yang lain tetapi hatinya tidak pernah berubah pada isi kata ' Menunggu ' . Bertanyalah seperti insan yang lain,iqbal akan membalas kata - kata itu seperti biasa,tetapi bila bertanyakan soal hatinya,tidak akan pernah dijawab olehnya kerana tersiratnya ' Menunggu ' itu masih didalam hatinya .

Iqbal : Hidup aku adalah hidup aku . Pahal aku boleh terrrrssyokk dekat dia ? Mungkin Tuhan menjadikan cerita ini untuk jalan hidup aku . Tak pernah aku kesal diberi cerita begini . Memang kadang2 itu rasa sukar,tapi lebih tenangkan hati aku . aku suka hidup dengan cara aku begini . Aku tak tahu apa akan datang,tetapi aku sedia menempuhinya ( tersenyum )

Memang kisah cinta Iqbal sangat sulit . kadang - kadang terfikir mengapa begitu . Tetapi itu jalan hidup yang telah dipilih oleh iqbal,usah bertanyakan soalan itu lagi,Iqbal mengharap doa dari kawan kawannya sahaja . Sehingga sekarang Al - Iqbal Putra menunggu Adlina Afiqah dalam hatinya entah sampai bila sampai bila sampai bila .
Mungkin bila bila . . . .

Bersambung *

20110927

Waiting Of Love Part 7 (Permulaan Menunggu)


Tahun baru menjadikan iqbal lebih bersabar bila Adlina dipunyakan oleh seseorang yang lain . Entah disaat itu iqbal rasa dia tidak mahu mengenali lebih isi hati wanita lain,baginya dia dah dikenalkan oleh seorang wanita yang dia inginkan . walaupun dia tidak pernah tahu lebih dalam siapakah adlina sebenarnya,tetapi dia tahu apa yang akan diperlakukannya itu akan menjadi sangat bermakna kelak . mungkin perkara ini ' Bodoh ' bila diperdengarkan seseorang telah jatuh hati dengan orang yang dia belum pernah jumpa & sanggup menunggu walaupun duduk berjauhan .

Mungkin ramai mempertikaikan bahwa menunggu itu adalah sia - sia saja . tak kemana pun jika menunggu tu . Tapi bagi Iqbal itu adalah sesuatu yang berharga dalam hidupnya . sebelum ini dia tidak pernah dapat apa yang besar dalam hidupnya . Keluarga & Teman2nyalah perkara yang besar untuk dirinya . Selain itu iqbal hanya seorang yang biasa . Akedemiknya tidaklah begitu bagus hanya sederhanya saja . maksud dia tidak dapat sesuatu yang berharga itu bukanlah dia tidak hidup senang,dia bersyukur dengan hidupnya cuma mungkin sesuatu yang berharga itu adalah ' Perasaan ' . Sebelum ini dia tidak tahu apa yang mahu dia buat untuk dirinya,hanya menjalankan hidup seperti biasa ibaratkan mengikut lebuhraya yang tiada 'Papan Tanda Jalan'

Kerana itu Iqbal berani mengambil Perasaan itu sebagai cabaran hidupnya,ingin memasukkan perasaan itu didalam hidupnya . Menunggu dan terus menunggu mula dari dia kenal Adlina . hatinya takpernah terlintas untuk berubah fikiran kepada yang lain . Mungkin ini sesuatu yang berbeza bagi hidup seseorang .

Iqbal : Setiap insan ada cara hidupnya tersendiri,Aku punya cara hidup aku .

Sejak hari bila dikhabarkan Adlina telah berpunya,iqbal langsung tidak menghantar apa - apa email sekalipun tidak . Hanya berdiam diri menunggu sehingga satu hari yang iqbal rasa dia yakin untuk beritahu . bukan tidak ' gentlemen ' bagi iqbal sesuatu yang akan menjadi berharga dalam hidupnya perlu disimpan dahulu tidak perlu untuk diluahkan begitu saja kerana ada prosesnya . Bukan Sekarang *

Ketika berumur 16tahun iqbal meneruskan hidupnya seperti biasa pergi ke sekolah belajar membuat seperti hari - hari biasa manusia lain yang kadang2 itu ada sibuknya adakalanya keluar bersama teman2nya yang lain lepak bersama menjalankan hidup seperti biasa . Tetapi Cintanya dalam hati jarang untuk diluahkan pada seseorang ketika itu yang tahu hanyalah teman2 rapatnya saja,itupun tidak mengetahui ceritanya yang lebih dalam .

Pernah sesekali itu iqbal terlambat bersiap untuk ke sekolah,dia tertinggal Van Sekolahnya pagi itu seolah - olah dia menjadi Gila seorang diri membayangkan dirinya berjalan berdua bersama Adlina pergi ke sekolah walhal dia bersendirian saja . Entah mengapa difikirannya waktu itu bercakap sorang2 jalan tanpa memikirkan orang yang lalu lalang didepannya yang kononnya berbual bersama Adlina .

Iqbal : Ohh aku gila sekarang ! haha aku gila ! Hahaha ( Tersengih sendiri )

Bersambung *



20110925

Waiting Of Love Part 6 (Dalam Hati)


Saat Iqbal menghabiskan masa - masa cuti sekolahnya dia sering teringatkan bila dia selalu berbalas email dengan Adlina . sesuatu yang dia rasa takdapat luahkan dalam isi kata hatinya,sesuatu perasaan yang tidak pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini,datang dengan penuh dugaan & cabaran . Tentang perasaan yang tidak semua orang dapat dalam sesebuah kehidupan duniawi ini . Tentang kisah yang amat sulit jika diberitahu kepada seseorang yang lain,kisah yang permulaannya agak sulit & agak pelik .

'Berlaku tanpa sebab untuk timbulkan perasaan itu,Rasa cemburu dalam diri , tiba-tiba muncul di saat Iqbal menyaksikan langsung Adlina di rangkul oleh seseorang selainnya, Iqbal tak mampu berbuat apa-apa, tidak juga mampu mematahkannya'

Saat itu iqbal mula memahami maksud perasaan yang diterimanya itu,sungguh ingin tahu apa liku - liku yang akan ditimpanya jika dia mengambil risiko untuk berhadapan dengan kisah yang diambilnya .
Kata Iqbal jangan dipersoalkan lagi kenapa dia memilih jalan hidup sebegitu,jangan dipersoalkan lagi mengapa sanggup berhadapan dengan semua itu . Kerana dia merasakan sesuatu perasaan yang begitu rapat dengannya .
Iqbal tahu apa yang dipilih dalam hidupnya,sebelum melakukan sesuatu yang berat akan datangnya itu dia sudah memikirkan apa jalannya untuk dia pilih kehidupan yang sebegitu . Usah persoalkan lagi tentang perasaannya . Dia mahu orang tahu apa kisahnya & dia mahu orang mendoakannya .

Pernah suatu ketika Koo Chua bertanyakan pada iqbal

KC : kenapa kau pilih jalan hidup sebegitu Bal ?

Iqbal : Jangan bertanyakan aku soalan macam tu pasal aku tiada jawapan lagi . aku pilih jalan ni pasal aku tahu aku dah tersangkut dalam perasaan aku . Aku taknak perasaan ini berubah . Aku tahu apa yang aku lakukan ( Senyum )


Pernah suatu ketika iqbal berdoa & memohon pada Allah supaya jangan hilangkan perasaannya itu walaupun itu bukan jodohnya . jangan hilangkan perasaannya itu sehingga dia dapat menemukan dirinya dengan Adlina .

Bersambung *

p/s : Memahamilah yang tersirat isi diatas akan lebih memahami situasi sebenar :)




20110922

Waiting Of Love Part 5 ( Keliru )


Iqbal : Apaaa ! ? Kau kasi tau dia yang aku ada hati dengan dia ! ? Hurrmmmm . . .

Fatin : Alaa Bal aku kesian tengok kau laaa,selalu macam ni murung sorang sorang itu pasal laa aku kasi tau.

Iqbal : Haihhhh habis dia kata apa ?

Fatin pon memberitahu Iqbal apa yang dijawab Adlina . Diberitahunya yang Adlina baru saja berkenalan dengan sorang jejaka ni dan mereka mula rapat . Bila saja Fatin memberitahu hal itu pada Iqbal . . . semua perasaan yang ada didalam hati iqbal mula bercelaru tak tentu arah,adanya perasaan sedih , marah , perit , kecewa semuanya bercelaru . Iqbal tak tahu dia seolah2 keliru apa perasaan yang dihadapinya itu .

Iqbal : AKU ! AKU ! Kenapa ! hmmm . . . ( Air mata )

Hatinya tidak tenteram apabila mendengar kata2 dari Fatin . Sejak hari itu dia tidak membalas email dari Adlina dan Iqbal berdiam diri duduk dibilik murung seorang diri . entah kenapa dia terasa sesuatu dalam hatinya bila dapat tahu Adlina sudah bersama seseorang yang lain .

Sudah dua minggu iqbal tidak membuka komputernya dia tidak tahu apa perkembangan adlina . lepas sudah dua minggu itu hati iqbal mula rasa tenang dia cuba untuk bertanyakan khabar adlina yang sudah lama dia tidak memberi email tu . . . .

Iqbal : Siapa mamat ni ? ( Tengok gambar adlina bersama lelaki lain ) hurmmm . mungkin dia ni lah rasanya yang adlina dah rapat tu . hurmm

Bila saja iqbal nampak gambar adlina dengan seorang lelaki lain dia tidak memberi apa2 email pada adlina dia terus berdiam diri . beberapa hari kemudian ada seorang lelaki yang namanya Danny ' Add ' iqbal sebagai friend listnya .

Iqbal : Macam ku kenal ini orang siapa heh ? ooooo ! Dia ni ! Adlina punya buah hati kononnya tu ! ohh okok boleh tahan macho jugak ni . furhh alaaa relek sudah ( sengih sorang2 )

Iqbal pun pelik kenapa Danny add iqbal . iqbal rasa mungkin adlina listkan iqbal dekat list kawan2 baiknya . Iqbal kata ' kawan ke aku ni hihihi ' terus iqbal tidak kisah . dia rasa hubungan tu sementara saja ( Cinta remajalah katakan )

Farah yang juga tahu perasaan iqbal pada adlina tu selalu memberi nasihat supaya iqbal putuskan je harapan pada adlina

Farah : Alaa iqbal macamlah takda perempuan lain dalam dunia ni . ramaiii lagi bal .

Iqbal : Memanglah ramai memang ramai . tapi tidak seperi yang satu I kenal ni . memang I baru kenal . tapi kenapa hati yang baru kenal ni rasa sepeti ingin bersama lama .

Farah : I tahu apa you rasa i pun pernah berharap tapi akhirnya lepas juga .

Iqbal : You berharap berapa tahun ? 1 2 3 4 5 tahun ? hmm

Farah : Alaa you kan baru kenal dia berapa bulan jee . Iqbal iqbal suka hati you laaa .

Esoknya keputusan Pmr nak keluar,tapi iqbal tidak pergi mengambilnya pasal dia berada di kampung halamannya ketika itu . beberapa hari kemudian dia balik barulah dia ambil keputusan pmr tu . Tidaklah sebaik mana dan tidaklah seteruk mana keputusannya . Alhamdulillah iqbal capai apa yang dia ' target '
Adlina hebat ! Dia dapat 6 A dalam pmr !

Iqbal : Huhh hebat sungguh buah hati aku ni kann ish ishhh ( sengih sorang )

Bersambung *

p/s : Maaf kepada pembaca2 kalau aku lambat post untuk part seterusnya . ini kerana aku agak busy seketika ;D

' Yo've Fallen For Me '


Yeahh aku baru habiskan 15Epd Drama ni malam tadi . Hurmm okay ceritanya boleh laa mula2 tengok tak berapa nak best . lama lama bestlaa jugak . Aku bukan pencinta drama korea yee,Aku tengok ceritanya dulu baru aku decide tengok ke tak . bukan sebab aku ni suka sangat korea haha . Cerita ni tentang Sekolah Seni laa ada menyanyi,menari,belajar music haa.then buat persembahan depan juri laa plus ada kisah2 cintanya sikit enn kalau tak,taknamanya drama korea haha .
Hurmm dari 10 aku kasi 8.5 laa untuk cerita ni .

p/s : Hero dengan heroin dia takda handsome dan tak lawa sangat . hahahahahaha

20110919

Waiting Of Love Part 4 ( Peperiksaan )


Sejak kebelakangan ini Iqbal sibuk dengan Komputernya sehingga hampir lupa akan peperiksaan besar yang mahu dihadapinya ( PMR ) . Iqbal duduk dikelas ke 4 dari 8 buah kelas yang ada,dia tidaklah sepandai mana jika nak dibandingkan dengan Adlina yang mempunyai kepandaian yang lebih baik.Ibunya Khairina selalu menasihatkan Iqbal supaya jangan leka untuk bermain komputer sahaja dan memberi nasihat pada iqbal supaya belajar dan ingat bahwa peperiksaan ( PMR ) yang bakal dia ambil .

Ibu Khairina : Iqbal ! jangan duduk sibuk menghadap Komputer tu je ! Pergi belajar PMR nak dekat !

Iqbal : Hurmm . . . ( Sibuk melayan komputernya lagi )

Iqbal : ( Dalam hati ) pmr tinggal lagi beberapa bulan je,aku masih tak sedia apa2 pun untuk pmr aku ni . Hurmm .

Sebulan sebelum Pmr dijalankan Iqbal memberitahu Adlina bahwa dia tidak akan membalas email kerana dia mahu fokus pada Peperiksaannya nanti . sebulan itu mereka tidak berhubung langsung walaupun dengan bertanya khabar,Ya iqbal tidak mempunyai HandPhone ketika itu dan Adlina pun begitu .

Iqbal : Esok paper BM ! Hurmm minta2 boleh buat ( macam mana dengan Adlina ) Ehh ! Aku taknak fikir pasal dia ! Pmr ni Bal ! hmm .

Iqbal memulakan peperiksaannya dengan tenang tanpa memikirkan apa - apa yang buruk . hari demi hari menghabiskan kertas - kertas peperiksaannya dan 1minggu lebih sudah pun berlalu . lega hati Iqbal kerana dia tidak perlu fikirkan tentang pelajarannya untuk seketika selepas ini .

Iqbal : Ohh Alhamdulillah paper dah habis ! Enjoylah aku lepas ni . huhh . boleh Online lama lepas ni ( Senyum lebar )

Esok malam selepas habisnya Pmr Iqbal terus hantar email pada Adlina bertanyakan khabar & menanyakan bagaimana Peperiksaan .

Adlina : Saya baik je . Awak ? Pmr okay jee wuhhuuu happyyy nii !

Iqbal : Ehe pon sama sihat walafiat ni haa,Cehhh confirm2lah happy kann .

Hari demi hari perasaan dihati iqbal makin terasa semacam dia rasa perasaan jatuh hatinya lain sekali,Entah mungkin dia takpernah jatuh hati dengan mana - mana wanita sebelum pasal itu perasaan jatuh hati untuk pertama kalinya itu sangat berbeza ( Cinta Pandang Pertama )
Ketika itu iqbal masih tak meluahkan lagi perasaannya pada Adlina,mungkin dia rasa waktu tu dia muda lagi masih ramai lagi perlu dipelajarinya dan dia rasa perasaan itu mungkin hanya sementara sahaja.
Tapi lama kelamaan iqbal tidak sedar yang dia telah tersangkut dengan perasaannya itu terbayang - bayang wajah Adlina yang dia belum pernah jumpa lagi hanya melihat kepingan gambar di Website adlina saja . bila tiba satu hari tu dia mengadu pada fatin

Iqbal : Weh kenapa dengan aku ni ? aku terrrr suka dia laa hmm ( muka sedih )

Fatin : Alaa apa susah kau kasi je lah tau dia . Ke nak aku kasi tau ? ehe

Iqbal : Ahh kau jangan nak mengader ! biar je lah aku macam ni takpayahlah .

Fatin lihat air muka iqbal dengan perasaan sedih,dia tidak sampai hati melihat sahabatnya begitu dan dia dengan tidak sengaja telah memberitahu Adlina tentang perasaan iqbal

Fatin : Assalamualaikum . ni Adlina kan ? kita kawan iqbal,bukan apa kita nak cakap ni tapi awak jangan kasi tau iqbal heh yang kita kasi tau awak ni . Selama ni iqbal simpan perasaan suka dekat awak . kesian kita tengok dia pasal tu kita kasi tau awak .

Adlina : Waalaikumusalam . Alaaaaa kenapa tak kasi tau awal - awal ? Betul ke ? hmm bukan apa Adlina dah ada yang punya baru je kita orang sama sama . Hmm .

****************************************************************************
Bersambung




20110917

Waiting Of Love part 3 . ( Dia )


Bercerita pula pasal Adlina Afiqah,
Dia seorang yang lemah lembut , pemalu , sopan santun , punya suara yang merdu , orangnya juga agak kecil . Pendek kata dia adalah igauan kebanyakan remaja muda . entah mungkin termasuk Iqbal yang mula jatuh hati kepadanya.pernah suatu ketika Iqbal duduk keseorangan di Kantin dan berfikir apakah menyebabkan dia jatuh hati dengan Adlina ni ( tersengih )

Ya Adlina seorang remaja yang cemerlang dalam pelajarannya dia berada dalam kelas yang pertama di sekolahnya . selalu cepat tangkap ilmu2 yang diajar oleh cikgu2nya . Tidak hairanlah dia dikejar oleh remaja - remaja muda dengan adanya rupa & kepandaiannya itu .
Selalunya jika Adlina ada waktu lapang dia selalu menghabiskan waktu lapangnya itu dengan komputer ribanya membalas email teman - temannya dan ketika itu tidak sah jika satu hari tak membalas email yang dihantar oleh Iqbal . Adlina juga suka berjalan2 keluar tengok wayang bersama2 temannya untuk ' Release Tension ' kerana itu lebih baik katanya .

Farah antara kawan Adlina yang sangat rapat masa dia berumur 15 tahun . Segala cerita dia semua dikongsi dengan Farah . baik mengadu,marah,sedih,gembira,senang,susah Farah lah tempatnya . baginya ketika itu Farah adalah teman setianya yang selalu memberi kata2 semangat & selalu teman Adlina kemana saja .
Perangai Adlina tidak tentu kadang - kadang moodnya ada kadang - kadang moodnya hilang ( biasalah wanita ) tapi dia juga cepat sedih mudah ambil hati apabila orang mengatanya,suka senyum kerana baginya senyum itu adalah sedekah .

Ada satu hari tu Adlina baru sahaja pulang dari shopping dia terus membuat email pada Iqbal berkata ' Saya macam nampak awak dekat Mall sini tadi ! ' Padahal Iqbal tinggal berjauhan takkanlah pula dia boleh perasan . ' Mungkin pelanduk dua serupa agaknya tu ishh ishh awak ni pon takkanlah sekejapan saya boleh sampai sana '
( Iqbal dapat rasa bahwa pada masa itu Adlina merasakan Iqbal bukan sekadar kawan biasanya, hati Iqbal rasa tenang sangat pada masa tu )

Bersambung *

20110916

Waiting Of Love Part 2 . ( Perasaan )


'Entah ! kenapa aku berperasaan begini ? ' kata Iqbal dalam hatinya . Dia seolah-olah telah angau dalam dirinya.tetapi dalam usianya yang muda dia tidak seharusnya untuk berperasaan sedemikian.Iqbal mula berkhayal seperti orang yang tidak jejak di bumi nyata dia memikirkan perasaannya terhadap remaja wanita yang baru dikenalinya itu ( Adlina ) 'Baru beberapa minggu aku berbalas email dengan dia kenapa aku harus berperasaan begini ?' Iqbal mula berfikir apakah yang dilakukan oleh perasaannya itu. ( Hati kecilnya juga berkata bahwa dia harus merapati Adlina )

Adlina mungkin rasa yang Iqbal hanya kawan biasanya . Dia juga senang berbalas email dengan Iqbal . Ohh lupa hendak beritahu yang Iqbal duduk berjauhan dengan Adlina . mereka bukan satu negeri yang sama . Tapi itu bukan penghalang untuk mereka berdua ini berkenalan .

Ya Iqbal tidak boleh menipu dirinya lagi bahwa dia sudah mula suka pada Adlina,tetapi hatinya berdegil untuk tidak memberitahu Adlina hal itu.katanya dia baru sahaja berkenalan takkan pulak nak suka terus . Hmm Iqbal terus mendiamkan diri dan dia tidak memberitahu Adlina tentang perasaan didalam hatinya .
Ketika itu Al Iqbal Putra punya 2orang kawan yang rapat bernama Nurul Fatin & Koo Chua . Mereka berdua ini sajalah pada masa itu yang tahu apa perasaan Iqbal terhadap Adlina . Fatin & Koo ni sahajalah yang faham keadaan Iqbal yang suku angau terhadap Adlina .

Pernah satu hari itu Fatin memberitahu Iqbal ' Apa kata kau luahkan saja perasaan kau dekat dia Iqbal,kesian aku tengok kau.selalu bercerita pasal dia.sebelum ni kau tak macam ni kan Iqbal ? kenapa tiba2 kau jadi begini ? ' ( Merungut ) . 'Kelak akan aku beritahu' Kata Iqbal kepada Fatin . Koo Chua pula berkata 'Takpayah laa Iqbal,ramai lagi bunga kat luar sana kau tinggal nak petik je' .

Aku tahu apa erti kesabaran aku pernah alaminya dan aku tahu pengalaman kesabaran itu akan membantu aku InsyaAllah ( Kata2 dalam hati Iqbal )

Bersambung *

20110915

Waiting Of Love Part 1 . ( Perkenalan )

Assalamualaikum ,

Al - Iqbal Putra , Seorang remaja berumur lingkungan 15tahun yang berkulit coklat cerah , tidaklah terlalu tinggi , bermisai , berambut panjang , bibirnya ala2 merah menawan . Iqbal adalah seorang remaja biasa yang menjalani kehidupan seperti insan biasa yang lain . Keluarganya tidaklah kaya dan nak dikata miskin pun bukan juga , keluarganya adalah sederhana . seperti biasa Iqbal balik saja dari sekolah dia terus menghadap komputer baru yang dibeli oleh Ayahnya .

Pada hari itu Iqbal telah berkenalan dengan seorang remaja wanita yang seusia dengannya di Internet . Namanya Adlina Afiqah berkulit putih gebu , kening yang cantik , berambut panjang kerinting dihujungnya , matanya mempersonakan dan senyumannya yang menawan .
Entah kenapa haritu Iqbal terasa sesuatu dalam hatinya . Hatinya berkata ' Perasaan apakah ini Ya Allah ' masih ragu2 dalam hatinya bila berkenalan dengan Adlina ini . Tapi didalam hati Iqbal juga berkata yang dia sangat gembira bila berbalas email dengan Adlina ni .

Mulai hari itu Iqbal bila balik sekolah je selalu membaca email yang dibalas oleh Adlina , hari demi hari demi hari mereka berbalas email . semenjak hari itu Iqbal rasa senang sangat hatinya , Dipendekkan cerita hari harinya dipenuhi dengan raut wajah yang sangat gembira . . .

Bersambung*

20110907

Gambar Aidilfitri 2011 .

Assalamualaikum ,
Lihatlah gambar2 di bawah ini ;)


Bersama family di Singapura *



Mari minumm !



Marii Makann ! haha


Yeahh masa ni buat BBQ kat Temerloh woo sodaapppp ! ;D



Ketika bersama2 dengan cousin2 ;)



Masa ni kann Ibu masakkk sedaappppp . Ini yang dikatakan makan beramai - ramai ! aha



Boooo ! haha



Halamakk kalah sudahhhhh ! *





Konon buat aksi GOALLLLL ! *




Saja layan Angry Bird sebentar *



Yeaaa ada lagi banyak sebenarnya banyak sangat , sempat aku postkan yang ni sajalah yee . kang tengok banyak2 gambar sangat tak terlayan korang .
So ini lah Raya aku pada tahun ni . Mulanya ingat tak semeriah mana tahun ni , Tapi Alhamdulillah Meriah rupanya :) Aku dapat jumpa kesemua Ahli2 keluarga ku yang sangat ramai ni ohh sungguh aku rindu detik2 ni semua ;D

p/s : Thanks Allah I love You ;)
p/p/s : Credit to Kak Lela , Ira & Kak Iqin to the picture ;)

20110831

Salam Syawal 1432 .


Assalamualaikum ,
Dengan ini aku nak mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam & terutama sekali kepada pembaca2 blog aku yang setia ni . cehh haha . Maaf zahir & batin semua yoo . maaf juga pasal lambat update pasal raya ni ehe ;D

p/s : InsyaAllah kalau ada gambar2 raya saya masukkan yoo ;)

20110824

Bilik Ku Macam Bilik Pengantin ;D

As Salam ,
Yoo geng ! Amacam ? ada sihat semuanya ? Confirm lah sihatkan semua almaklumlah nak raya semua nak sihat jee,time puasa lemah laa penat laa alasannya puasa.Haha.
Okay bukan itu yang aku nak cerita malam ni,hmm nampak tajuk saya tu tak ? ehehe

Yess ! Malam semalam Ibu,Aku & Abang Uzair mengemas rumah dan bilik ;D Pasang langsir bilik and pakai sarung katil yang baru segala2nya baru ehe.woo woo lawaaaa bilik aku , sambil2 tu aku tuka position katil & Tv bilik aku . wooo lawaaa dah lah cat colour bilik pon baru enn , perghh memang terbaikk aaa ! haha ;D Alhamdulillah Bilik sudah siap ;D Yeahh macam bilik pengantin , so siapa nak jadi pasangan pengantin aku ni ? bilik dh siap ni . Muakahkahkah :))

20110820

Persiapan Aidilfitri .

As Salam ,
10Hari lagi untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadah puasa ni kan.macam kejap je rasakan ? sedih tak wahai kawan2 semua ? Ramadhan nak tinggalkan kita ni ! woo wooo.amacam puasa penuh tak geng ? Aku ? korang tanya pasal aku ? Alhamdulillah penuh setakat ni takda tinggal ;D

Haa cakap pasal nak habis bulan puasa ni , apa lagi raya nak dekat kan ? Semua mesti ramai prepare untuk raya punya kan ? pasang langsir baru,cat rumah,beli baju raya,segala2 tentang raya semuanya nak yang baru ! aha ;P kepada bapa2 yang belom bayar zakat fitrah silalah buat pembayaran segera,jangan ditangguh2kan ahaa ;D

Haa lagi satu ! Sibuk2 kita nak sambut raya kelak,janganlah kita lupa,kepada negara2 islam yang lain.negara islam yang sedang berjuang demi mengegakkan agama Islam kita ni ! Jangan lupa Doakan kepada mereka agar mereka menyambut Aidilfitri yang akan datang ni dengan keadaan yang selamat.janganlah ada apa2 bencana kepada negara2 islam Ya Allah.Aminn :)

p/s : apa2 pon puasa habiskan dulu.jangan dok sebok ingat raya sangat yoo.haha.mari dengar lagu raya di Blog aku ;)


20110817

Online Paling Lama .

As Salam ,
Haa nampak entry tu ? begini al kisahnya.malam tadi aku online dari pukul 9.30 malam - 8 pagi . wahaha lama tak ? aha sungguh tak tidur sampai ke pagi ehehe ;D Bukan apa malam online chat dgn bdk2 kelas sekolah dulu 5Kreatif laa katakan , layan laa kepala Apit dgn Aizat ni . kita orang layan bahasa kita orang yang bermaksud begini 'HsoqnnsqpppnnakkaIIKawaaaibb !' hahaha ada faham ? ahakkk ini bahasa budak 5K khususnya kaum2 Adam 5K Haha ;D

Secondly , Malam tu jugaklah online sambil layan cerita Predator yang baru tu , then chat lagi dgn bdk2 ni . . . Then Apit dgn aku dh memang cadang nak tengok game bola Barca Vs Real;D Ohh akhirnyaa barca menang dengan agregat 4-3 . saboo jee laa aku memang nak potong kaki messi tu ! aha.sampai pagi aku pon sahur terus ;D Roti jee ehhe .

Lastly , Pagi tu jugaklah aku layan ShafAkaUcuAkaBedah ;P haa kita orang share2 lagu dkat skype,amacam ? okay tak lagu2 aku kasi ? hahaha.
Ku fikirkan taknak tidur terus , tapi si shaf ni nak tido pulak apa lagi aku pon join ZZZzzzzZZZzzz skali laa enn ;D Sedar2 jee pukul 1.15 hehehe ;D

p/s : Masa itu adalah emas jika digunakan sebaik-baiknya ;D

20110812

Teringat Masa Lampau .


Ohh aku rindu Sekolah Agamaku,Sekolah Agama Taman Perling 2 ! Wooo ! Aku rindu menjadi pengawas ! Aku rindu untuk membaca doa dihadapan rakan2 ketika perhimpunan pagi ! Ohh aku rindu Uztaz Uztazah ku ! Oh aku rindu kawan kawan ku ! Ohh aku rindu untuk hafal ayat2 suci Al-Quran ! Oh aku rindu kitab2 yang aku belajar itu ! Ohh sesungguhnya sekolah agama adalah syurga bagiku ! Itu hanya seketika dulu . . . Hmm haihhh . . . Kalau lah boleh diputarkan balik masa itu aku nak sangat balik ke sekolah agamaku ! yang aku belajar dari darjah 1 hingga ke darjah khas ! Sekolah agama inilah yang memberi aku banyak kesedaran dari segi dalaman ataupun luaran .

Ingat lagi waktu aku darjah 6 ! utk mengambil periksa SDEA ( Sijil Darjah Enam Agama ) aku antara yang lain berlawan untuk menghabiskan baca Surah Al-Quran antaraya Surah at Tariq Surah al-Mulk dan macam2 lagi.Furhh kuat ingatan aku masa tu.rindunyaaa laa haii.Alangkah indah kan kalau dapat putarkan balik masa ni . . . .

p/s : Aku rindu saat itu .

20110808

Cerita cerita & cerita .


Yess nampak je Geylang Rd punya signboard confremm laa dekat s'pore tempatnya itu ! ahaa Sabtu lepas Ibu,MakBi,Abang,Kaklela,Abang Iman,Amir & Aku ke sana.yeahh apa lagi beli laa apa yang patut enn.saja jalan2 sana tengok2 baju tengok2 makan woo sedappppp . . .

Yeahh lebih kurang beginilah suasananya tapi ni sikit jee padahal omakk ramainya orang furhh pening aku pusing pasar geylang ni ! . Hmm then ada time ' Buka ' pon dekat sini jugak boleh tahan laa makanan dia sedaapppp aha ;D

Haa gambar atas ni pulak time dekat Restoran Mamak area Bugis malam tu kita orang makan lagi haha.muka masing2 cool jee lagi2 yang dopan tu alamakk ! hahaha.

20110805

Bukan Memaksa Tapi Mengharap .


Bukan senang untuk menerima apa yang terjadi selalu dalam dunia ni.mungkin ada yang benar kata2 mereka untuk aku teruskan hidup tanpa memikirkan perkara yang aku rasa tak mudah untuk aku lepaskan itu.
Wahai sahabat bukan aku tidak untuk meninggalkan perkara tu,mungkin ada caranya. . . Allah saja yang tahu apa kemungkinan akan berlaku selepas itu nanti InsyaAllah :)

20110804

Cerita Petang Hari .


As Salam,yo kawan2 ! Macam mana puasa ? ada okay ? ada tinggal ? apa ? ada tinggal ? alamak relek laa baru hari ke 4 apa barang tak puasa enn,yang perempuan boleh laa terima kan ada sebab,ni yang lelaki ni apa hal beb relek laa hari ke 4 baru.Cergas lagi ni ! 26hari lagi akan datang kenalah bersemangat melawan hawa nafsu segala ni ! ahaa.


Okay apa lagi nak cerita ni hmm . . . Wesley Sneijder ! come on lah pergi je Man U ! Kau akan lebih success kat Man U nanti ! haha lagi pon Inter dh beli Gago boleh gantikan tempat kau ! mintak2lah kau pergi Man U ! Aminnn haha ;D