20120504

Bicara Hati (Pertama)

Assalamualaikum.



Ya Allah, Apakah berat dosa yang hambaMu ini lakukan. Mahu juga hambaMu ini tahu seberat mana dosa itu dipikul sehingga beratnya bebanan yang diterima hati ini di dalam bumiMu ini. Bukan maksudku ingin menyesalkan apa yang diberikan dugaanMu ini padaku Ya Allah. Tapi aku mohon ringanlah bebanan hati ini. Sungguh aku tak terdaya apa yang melimpah di hati ini. Aku redha Ya Allah. Aku redha dengan ketentuanMu. InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah.

Manusia, manusia punya macam-macam karenah. Ada yang begini. Ada yang begitu. Inilah dinamakan kehidupan di alam nyata. Pengalaman membezakan setiap insan itu sendiri. Mungkin. Bagi aku setiap insan ada matlamatnya sendiri. Memiliki sesuatu dalam diri untuk perkembangkan hidupnya. Punyai satu impian yang mahu dicapainya. Mungkin sejak kecil, mungkin juga diberinya ketika sudah matang. Barangkali itu sebenarnya ada pada setiap insan.

Aku? Entah. Masih belum menemui jawapan pada soalan yang diberikan pada aku dalam dunia nyata ini. Masih belum jumpa. Liku-liku yang tajam bagi hati yang menerima ini. Sendiri selalu berkata apakah manusia yang lainnya juga sebegini. Aku pula menyangkakan sama! Tapi mungkin liku-likunya berbeza. Maksudnya disini cerita yang diterbitkan untuk seseorang itu lain dan berbeza. *Bingung* selalu bermain difikiran. Ya ! Tak perlu sebenarnya bingungan di kepala ini. Menyusahkan saja. Tapi aku sendiri mahu menelitinya dan memasuki untuk semua ceritera hidup yang lainnya. Mahu juga aku memahami tiap-tiap insan itu.

Mengambil pengalaman? Iya ! Pengalaman mendewasakan seseorang. Pengalaman yang aku lalui ini juga mendewasakan aku. KEJAP! Dewasa ke? Hmm. Entah dewasa untuk hati mungkin? hmm. Tak mengapalah ada yang memahami, ada juga tidak. Ya aku ada beri satu ayat pada sahabat2 aku 'Hanya Hati memahami hati & Hanya Jiwa memahami gelora hidup sendiri.' 
Maksudnya? Mahu tahu apa maksudnya? Ada disebalik hati itu sendiri. Tanya pada hati tanyalah pada jiwa. Dan kerana itu Hanya Hati memahami hati & Hanya jiwa memahami gelora hidup ini.

Masih belum khatam. Ya! Masih lagi belum untuk aku meneruskan hidup tanpa banyak lagi pengalaman yang perlu aku sendiri lalui dan pelajari. Tapi aku cukup bangga dengan apa yang ada pada diri aku sekarang. Lebih dalam lagi apa yang dibicarakan aku adalah hati. Hati aku, aku cukup bangga dengan ada sikap hati yang Allah beri pada aku ini. Alhamdulillah.

Mahu diulaskan saja lebih lanjut apa yang dibicarakan sebenarnya. Tapi tidak mengapalah. Ada yang berkata 'Kadangkala berahsia itu adalah senjata yang hebat untuk diri sendiri' 
*Memahami isi kata dan fahamlah apa yang dikarangkan*

p/s : Pembaca2 NAFAS. InsyaAllah dalam masa terdekat akan diterbitkan bahagian ENAM. Bersabar ya ! :D

No comments:

Post a Comment