Kesyunyian. Apa erti kesunyian? Sunyi? Apa erti sunyi? Sunyi boleh dikaitkan dengan pelbagai maksud. Diberi maksud sunyi itu terlalu luas. Sunyi boleh juga dipisahkan pada bahagian-bahagian tertentu. Contohnya sunyi yang gembira, sunyi yang tiada maksud, sunyi yang memakan perasaan dalam hati & mungkin ada pelbagai lagi maksud sunyi yang difahami oleh hati. Cumanya hendak dihuraikan tidak tahu bagaimana. Telah pun aku kata pada Bicara Hati bahagian pertama sebelum ini. 'Hanya hati memahami hati.' Jadi begitulah maksudnya jika sunyi ini hanya hati sendiri yang memahami. Yang lainnya hanya mampu memikirkan dalam bentuk dari segi fahaman sendiri.
Contoh Situasi 1 : Sunyi yang gembira -
Seorang wanita sedang sarat mengandung 7bulan. Ketika itu pula si wanita ini dunianya kosong. Kosong apabila Ayah pada si anak yang bakal dilahirkan itu sudah pun dijemput untuk kembali ke rahmatullah. Dan si Wanita ini mencari-cari dimana kegembiraan itu akan dilahirkan. Kesunyian yang melanda dirinya tanpa ada siapa yang hadir di sisinya. Padanya dunia ini kosong apabila dipisahkan sementara di dunia nyata ini dengan seseorang yang pernah dicintainya. Kesunyian lagi lagi dan lagi dalam hidupnya. Dan suatu ketika dia akan memikirkan bahwa ada insan yang akan menemaminya tidak lama lagi. Timbullah perasaan gembira yang amat sangat. Walaupun sepanjang waktu sarat mengandung itu kehidupan yang dilaluinya amat sunyi. Mungkin itu perasaan yang dirasai oleh wanita itu. Kebarangkalian*
Contoh Situasi 2 : Sunyi yang tiada maksud -
Nurul Haifa. Cuti pada ujung minggu bagi Haifa telah menjadi rutin yang biasa dalam kalender dalam kehidupannya. Mencari-cari dimana tempat yang membolehkan ia untuk tidak sunyi pada ujung minggu kali ini. Dan bila tiada tempat/cara untuk menghilangkan rasa sunyi. Haifa merasakan dirinya kosong. Sunyi yang kosong. Sunyi yang tiada apa-apa. Perasaan yang ditimbulkan dalam sunyi yang kosong yang telah Haifa hadapi ini ada perasaan yang mungkinnya marah atau geram ataupun benci. Diberikan tiga perasaan itu dalam konteks yang hampir sama. Dimana Haifa perlu mencari jalan untuk menghilangkan rasa sunyi itu. Tapi jika tiada. Sunyi yang kosonglah akan dia hadapi. Kebarangkalian*
Contoh Situasi 3 : Sunyi yang memakan perasaan dalam hati -
Di dalam kebahagian yang telah Syiffa Humaira lalui dalam perasaan dirinya bersama si jejaka bernama Ahamad Nazrin. Mereka berdua melalui alam perasaan yang terulung dari segala perasaan dalam dunia ini. Iyalah perasaan Cinta dikatakan ramai insan bahwa perasaan itu adalah perasaan yang paling unggul dalam dunia manusia. 90% akan bersetuju dalam hal ini. Telah pun mereka ini menyelami alam cinta selama bertahun-tahun lamanya. Dan belum cukup 5tahun mereka meraka di alam ini. Syiffa tiba-tiba tersentap apabila Sang pemilik jiwanya selama ini telah meninggalkan dia tanpa berita yang kukuh. Berita yang diberikan sangat mudah dan dilepaskan perasaan yang bertahun itu dengan mudah dari Nazrin. Mengapa? Kenapa terjadi begini? Itu selalu disoalkan pada hati Syiffa. Inilah perasaan Wanita. Tidak mudah melupakan seseorang dan Syiffa memutuskan untuk menunggu Nazrin dengan memerlihatkan ayat-ayatnya yang tersirat pada si Nazrin. Kegembiraannya selama ini bertukar kesunyian yang memakan hatinya sendiri. Amat perit dan terlalu perit. Apakah terjadi pada Si Syiffa? Maka dia perlu kuat pada dirinya jika Allah memakbulkan doanya untuk menunggu Nazrin. Kesunyian dan sunyi dan perlulah tabah. Kebarangkalian*
Yah ! Itu saja menurut pandangan aku dari segi kesunyian. Mungkin pada yang membaca ini punya pandangan tersendiri atau lebih baik dan lebih memahami maksud isi kesunyian itu sendiri. Aku hanya memberi situasi saja. Kebarangkalian itu telah pun terjadi. Dan hendak memahami sepenuhnya. Bukanlah kita menentukan. Allah lebih memahaminya. Maka berbicaralah bersama Allah jika kesunyian melanda pada diri itu :)
Salam.
p/s : Aku menulis dari sudut pandanganku. Maaf jika ada tersalah maksud atau tersalah kata. Cerita2 di atas tidak ada kena mengena pada yang masih hidup ataupun sudah pergi. Hanyalah rekaan semata-mata :)
No comments:
Post a Comment