20131226

Apa Berlaku Hari Ini




Assalamualaikum,

Cerita hari aku ini agak kebiasaan saja. Hanya melalui hari-hari yang selalunya aku lalui. Tapi apa yang aku katakan itu semua BOHONGAN semata-mata. Kerana apa? kerana aku fikir... Nampak sama Tapi tidak serupa. Macam kurang faham dengan maksudnya bukan? Ya! Aku tidak punya watak yang kebiasaannya hari ini bila kelas pertama semester ini aku mulakan. Tidak seperti watak2 yang pernah aku tonjolkan untuk semester-semester yang lepas. Mengapa? Kerana silalah baca post sebelum ini kebarangkalian faham. Jika tidak faham silalah menyanyakan aku di Ask Fm yang tertera kotak Ask Fm di celah kanan Blog ini.

Maaf pada rakan2 sekelasku. Bukan aku tidak mahu berperwatakan seperti selalunya. Sebab apa? Sebab aku rasa korang semua sudah tahu kenapa aku berpendirian macam tu. Ya! Aku kadang terasa MALU dan kadang aku terasa MARAH pada diri sendiri. Maaf bukan untuk masa yang terdekat ini.


Oh ya tadi petang dok jalan2 sempena hari terakhir Expo anjuran MPM KUIM ni. Beli2 makan dan aku pun dok fikir nak beli Kipas Laptop ni. Dan sudah pun melabur duit untuk membeli kipas laptopku~ 

Sekian hari ini.



20131224

Bila Mahu Mula Tapi Belum Sedia



Assalamualaikum.

Bila terbaca akan tajuk sebegitu rupa semestinya membuatkan anda tertanya apakah yang dimaksudkan dengan tajuk itu. Sebenarnya bila seminggu yang lepas aku tidak berada di KUIM ini walaupun kelas sudah pun mula seminggu dan atas sebab hendak merehatkan minda yang tak berapa nak rehat lagi ni sebenarnya. Tapi bila sudah seminggu aku pun pulanglah ke KUIM ini ahad hari itu, bila tiba saja hari isnin, selasa dan hari ini rabu mungkin esok khamis dan jumaat barangkali KELAS masih ditangguhkan lagi. Ya! memang aku stress pasal kenapa balik awal tapi tidak punya apa-apa kuliah lagi. Tapi kadang terfikir pula kalau kuliah sudah dimulakan, sudahkan aku ini bersedia nak  memasukkan segala apa yang dipelajari itu nanti dalam cabang2 otak ni? Sangat2lah tidak bersedia. Jadi Mar bersyukurlah sikit. Itu yang dimaksudkan di dalam tajukku itu.

Hari ini cuti umum, tapi punya program ceramah di Auditorium tajuknya "Syiah dan Bahayanya". Sayang sekali dua kali dan tiga kali di atas sebab terlajak tidur lambat bangun tidaklah dapat aku turut serta program di Audi tu. Ayoooo ~ Tidak mengapalah bukan rezekiku harini. 

Sekian. 


20131221

Bakal Kembali TERJAH !



Aku tahu semua yang jadi dalam dunia Allah SWT ini ada hikmahnya. Jadi aku akur aku redha aku cuba juga belajar bersabar dengan apa yang aku sendiri alami. Ya bukan sesi untuk luahan perasaan penulis yang bernama Ammar Ar Rasyid pemilik blog ini ya. Biasalah setiap insan di dunia ini punya masalah. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ya! Aku sekali lagi kena akur memang ada jalan penyelesaiannya. Cumanya yang bakal aku lalui adalah landasan yang serba sedikit ada baharunya. 
*Hekk elehh penulis ni nak main kalis2 pulak*
Bukan aku nak main kalis2 ke apa. Memang aku katakan itu ada sebabnya, sebabnya dunia bakal aku masuk ni dunia lama cuma ada cerita baharu. Inshaa Allah aku cuba aku usahakan walaupun liku-likunya ada sedikit pahit. Biasalah hidup, aku tidak percaya akan hukum Karma, tapi Karma itu seolah-olah wujud. 
Tunggu sajalah balasan dariNya.
Aku bukan marah aku cuma GERAM dan sungguh kurang faham apa sebenarnya keputusan yang dikeluarkannya itu.
Sudahlah banyak ngobrol pulak. Esok aku pulang ke KUIM setelah satu minggu dok bertafakur penuh ketenangan di rumah Johor Bahru ni. Indah di sini selama seminggu walaupun kelas dah mula. 
Lenjan sajalah bak kata sesetangah lelaki Melayu dalam Malaysia ni. 

Ya Rabb, Pinjamkanlah kekuatanMu kepada hambaMu ini untuk terus cekal dan tabah menimba IlmuMu Ukhrawi dan Duniawi ya Rabb... Aamin ya rabbal alamin


20131219

YES 4G (Huddle)



Assalamualaikum WBT

YES! Nampak bukan gambar di atas tu? Ya aku sebenarnya baru beli benda alah ni. Apa gunanya? Lebih kurang berukband (Broadband) je sebenarnya. Kelebihannya cuma boleh dibawa mana2. Dia guna bateri, kalau anda semua guna berukband dia kena cucuk masuk dalam Laptop atau PC enn? Jadi benda alah ni nama dia YES Huddle 4G Mobile Spot. Boleh dibawa kemana2 saja benda ni, senang masuk kocek pun boleh. Jadi anda online la di mana2. 
Tapi tengok juga quota mana yang anda semua beli, pasai pa? pasai kalau macam cheq ni cheq guno yang biaso je. Quota yang ala2 kada je. Aku bukannya guna selalu pun benda alah internet ni, kadang2 je. So Quota yang dibelinya sikit saja mampulah nak dibayar tiap2 bulan :)

Jadi sekian saja hari ini. Saja nak kongsi ni baru beli. Hehe. Yang penting Abang Amir belanja. 
La la la ~ :D

Jaga diri inshaa Allah Bicara Hati seterusnya update selepas ini! :D

20131207

Selesai Satu Minggu


Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih barulah dapat aku kembali menaip Blog ni, biasalah kesibukan masa aku di KUIM yang dimana menguruskan kerja-kerja sebagai Urusetia bagi Minggu Mesra Siswa KUIM sesi 2013/14 yang baru ini. Ditugaskan sebagai Unit Persegaran dalam masa 5hari itu membuatkan aku sibuk sementara, kadangkala sibuk ini bagus untuk aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebagai Urusetia Persegaran.
 
Persegaran disini bermaksud menjaga bahagian Makanan. Ya! Sebut pasal makanan sudah semestinya kunyah setiap kali bila bekerja! hehe sudah pastinya berat badan meningkat hari demi hari. Tapi rasanya tak juga, Pasal bukan sahaja makan, Tapi seperti biasa juga mengangkat barang2 makanan seperti Tray2 lauk-pauk, Bakul yang diisi Nasi (Bakul eh?), Tong2 Air, Lepas tu mengisi air basuh tangan dan sebagainya bagi membakar kembali lemak2 di dalam ni :D
Oh lupa sebenarnya aku dan separuh rakan Unit Persegaran menjaga bahagian Perempuan, Sama juga seperti musim MMS yang lalu juga menjaga bahagian perempuan. 
Cumanya yang berbeza disini musim ni hanya 3++ saja perempuan berbanding MMS yang lepas seramai 7++ perempuan. Sebahagian unit persegaran yang lain menjaga di kaunter Lelaki di Kafeteria KUIM.
Syukur selesai berjalan dengan lancar semuanya. Terima kasih kesemua 8 Unit yang ada. 

Hari ini aku berada di Tambun Perak sebenarnya. Bukan sampainya harini. Tapi sudah 2hari sampai di sini. Di rumah Hakim Ezani ni. Hakim ialah rakan Unit Persegaran sama dengan aku juga merangkap salah satu kawan baikku di KUIM ~ Saja je pi Perak rumah dia ni pasal buat apa nak duduk dekat KUIM tu? Seorang diri? BOSAN ada tahu? Baik dok ikut jalan2 dengan Hakim ni. Dalam erti kata senang nak release tension la katakan. Banyak tau aku punya keserabutan kepala ni. Almaklumlah dunia ni kadang penuh dengan dugaan yang diuji Allah SWT. So aku terpaksalah tempuh dengan redhanya. Hailaaaa~

Ok sudah sampai sini saja, Inshaa Allah Rabu aku pulang ke KUIM dan memulakan pengajian untuk semester seterusnya. Senior sudah sem ni enn hehe :D
Jaga diri pembaca2 semua!  :D

Assalamualaikum.

20131126

Serabut Bagai Nak Rak


Assalamualaikum WBT

Sudah pun mahu habis cuti semesterku untuk kali ini, Aduhai rasanya macam tak puas nak menenangkan diri bersama keluarga. Cuti semester yang agak biasa2 saja. Tapi yang biasa itulah tenang bagi aku. Tenang ke? Hehe. Allah uji setiap hamba2Nya tu tanda Allah sayang akan hamba2Nya. Jadi aku hanya redha apa ujian yang diberi cuti semester ini. Jika ada masalah, Sebab itu sebaik2 tempat mengadu, adalah pada Allah SWT. Untung kita sebagai ISLAM punya DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 
3 minggu pertama cuti semester aku mungkin menghabiskan masa di rumah saja, dengan paling2 pun malam keluar futsal bersama rakan2 di taman ni, di rumah adalah menonton tv dok baca Novel. KELABU karya Nadia Khan! Novel ni best tau! Tak cayo silalah beli dan baca dengan penuh tekun. Hehe.
Oh ada lagi! Aku sibuk mengunyah je kat rumah :D

Lepas saja 3 minggu itu aku membuat keputusan untuk berada di ibu kota Negara Kuala Lumpur. Duduk bersama keluarga Kak Ikin iaitu akak sepupuku yang disitu juga ada sepupu terbaikkkk aku yang umurnya sebaya dengan aku. Hadirin namanya tapi selalu dipanggilnya Dirin saja. Tapi dia buat nama special dia DYRIN. Lebih sedap mata memandang tulisan Y tu kot. Hahaha. 
Bersama Kak Ikin, Abang Wan, Dyrin dan baby kak ikin Niyaz yang pipi labuh tu bak kata Dyrin. Nak cubit2 je rasa si comel tu. 
Masa di sana juga aku sempat datang ke program Abang Uzair di Dewan Bahasa & Pustaka. Ada beberapa orang Sasterawan di sana dan beberapa orang ternama. Ada Dr, Professor, Dato' la apalah golongan VIP lah jugak. Melayankan saja malam itu. 

Sesudah seminggu aku disitu kembalilah semula ke Johor Bahru. Terima kasih Kak Ikin sekeluarga. I had great week there! Thanks for everything. Hello i type english ok. Mampu? Ok tahulah mampu dah aaa jangan aaa nak mengata aku. hehe :D

Kesudahannya, tinggal 2 3 hari saja lagi cuti aku di JB ni. Rasa macam tak puas je. Rasa nak cuti lagi je, Sebenarnya diri aku sendiri tak bersedia untuk pulang ke KUIM. KUIM tu ok, cumanya aku sendiri tak ok. Tapi inshaa Allah. Allah uji aku bersabar redha dengan ujianNya :)

Jumaat ini aku akan ke Pahang begitu juga hari Sabtu. Dan hari enam tu aku terus pulang ke Melaka dan minggu awal itu aku menjadi urus setia bagi siswa/wi baru yang akan masuk ke KUIM. Jadi selaku Exco Pembangunan Insan & Perpaduan Homssa akan aku lakukan kerja dengan sebaik mungkin. 
Mungkin ini juga post yang terakhir aku, barangkali 2 3 minggu atau pun lagi sebulan baru aku update. 
Konpermm sibuk naik KUIM ni. Jadi jaga diri pembaca-pembaca semua. Jaga hati :) 

Assalamualaikum :) 


20131124

Bicara Hati ( Ketujuh )


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum WBT

Dunia aku mungkin adalah sendiri dunia aku, Aku tidak mahu kacau akan dunia sesiapa. Iyalah setiap insan di muka bumi Allah SWT ini punya ceritera masing-masing. Dugaan hidup adalah masing2. Yang penting kita sendiri, yang menempuh segala dugaan diberi. Ingatlah dugaan yang diberi bukan tanda DIA marah pada kita, Tetapi DIA sayang akan kita. DIA suruh kita menjadi yang lebih baik, lebih baik untuk mengingati siapa sebenarnya Pencipta kita. Siapa yang patutnya kita meminta pertolongan dan siapa yang perlu kita berserah. pada DIA.

Ok nampakkan? Intro post Bicara Hati kali ni agak mendalam? Tetiba je kan? Nampak macam banyak persoalan tak dekat admin blog ni? hehe. Iyalah saja nak kasi intro ala2 makan dalam sikit untuk dipersoalkan anda2 semua. Tapi setiap persoalan itu tidak akan dijawab aku. Sebab apa? Sebab aku rasa biar sendiri yang menerima dan menempuhnya sendiri. Jangan risau para2 pembaca. Ammar AR ni pandai jaga diri. Dont Worry Be Smile :)

DUGAAN 

SATU - Dunia

Hari ini dunia punya segala macam benda, yang menyebabkan kita lalai pada pencipta kita siapa. Kita lalai apa sebenarnya tujuan kita hidup di muka bumiNya ini. Dan apa tindakan kita sebagai insan yang kerdil di dunia ni untuk ke alam seterusnya. Kita sendiri lalai kita sendiri lupa atau boleh jadi kita sendiri buat-buat lupa. Aku? Mahu pun Kau? Kita sama, Tidak ada perbandingan darjat atau takhta. Cerita kita hidup di dunia ini satu matlamat satu tujuan. Iaitu mengejar dan mencari SyurgaNya kelak. Tetapi yang membezakan kita adalah dugaan yang diberi dan cara yang kita lakukan.
Ingatlah semuanya berbalik pada agama kita ISLAM. ISLAM itu penuh luas pengetahuannya. Carilah redha Allah SWT. Redha Allah adalah satu jawapan yang cukup untuk kita, Apa pun yang kita lakukan cuba ingat, Allah redha tak apa yang kita buat tu?  

DUA - Individu

Setiap orang punya impian masing-masing, punya cita-cita sendiri, punya caranya tersendiri. Aku juga begitu. Tetapi berbalikkan apa cara kita itu, kenalah ingat akhir sekali sama ada Syurga atau Neraka tempat kita kelak. Taubat lahum tak ada siapa yang nakkan Neraka sebagai tempat mereka selamanya. Nauzubillahminzalik.. 
Kita mahukan Syurga, Jadi? Jika kita mahukan Syurga. Didik diri untuk jadi insan yang Allah sayang. Allah redha, Allah suka. Kita mampu untuk jadi hebat pada pandangan Allah SWT. Sebab itu adalah yang pertamanya. Itu adalah sebenar2 Agungnya. ALLAH SWT.

TIGA - Masyarakat

Ustaz Kazim Elias pernah kata dalam ceramah beliau tentang Silaturahim. Aku cukup tersentuh aku cukup makan dalam tentang tajuk itu. Tapi takdalah aku nak beri ceramah sebijik macam Ustaz Kazim dalam Blog ni. Dalam erti kata mudahnya kita ambil kata "Habluminallah dan Habluminannas" Jaga hubungan kita dengan Allah SWT dan Jaga hubungan kita sesama makhluk. Jaga dua perkara ini inshaaAllah dalam kubur kita selamat :) 

SABAR, TABAH & REDHA lah dengan ujian Allah. Ingat sebaik2 tempat kita mengadu adalah padaNya. 
3 isi yang diberi adalah untuk aku sendiri dan dikongsi juga untuk para pembaca-pembaca sekalian.

Akhir kata untuk post ni ... Biar kita diri kita, peduli apa yang diperkatakan orang. Janji kita dengan Allah SWT tidak ada masalah. Itu kuncinya :)

Sama-samalah kita :)

20131106

Salam Maal Hijrah 1435



Assalamualaikum WBT 

Ola blogger! :D Udah lama tak mengunjungi blog sendiri. Kemalasan melanda diri menyebabkan aku meninggalkan sekian lamanya blog ni. Post terakhir bertajuk Salam Ramadhan. Helloooooo?! Syawal pun dah lepas. Dah masuk tahun baru Islam dah pun ni tauuu~ Ish ishh berbulan sudah tidak berada di sini. Masih ada yang mengunjungi dan sempat datang singgah baca ke? Jika ada alhamdulillah terima kasih ada juga yang sudi singgah.

Oh ya ! Selamat tahun baru semuanya! Satu Ribu Empat Ratus Tiga Puluh Lima Hijrah sudah! Tahun ini yang perlu kita ingat dan bulan2 dalam Islam sepatutnya kita tahu. Bukan didahulukan tahun2 Januari-Disember tu. Boleh yang tu tapi fokus kita Islam pertama :) 

Inshaa Allah seterusnya akan aku update untuk Bicara Hati. NAFAS barangkali aku tidak lagi akan sambung. Jika ada permintaan yang melampau barulah aku sambung. Kerana apa? Kerana hasil penulisan aku adalah fiksyen. Dan cerita apa yang aku karang itu mengikut hati dan buah fikiran aku. Bila pemikiran kosong idea pun banyak yang kunjung, jika fikiran penuh... aduhai maaflah sampai ke la ni tak update apa2 pasal NAFAS :) 
Jadi pembaca2 NAFAS. Jika anda mahukan sambungannya. Silalah Beritahu. Tapi jika seorang dua tiga saja yang mahukan. Entah macam tak tahulah nak sambung ke tidak. Tak janji tapi pasti akan sambung :) Dun worry be smile :)

p/s : Semoga tahun baru ini kita punya azam yang diredhaiNya. Aamin ya rabbal alamin.
Salam Maal Hijrah

20130711

Salam Ramadhan 1434 Hijrah


Assalamualaikum WBT

Tidak berada di kawasan blogger ini sudah sekian lamanya. Hari ini barulah dapat luangkan masa sedikit bersama blog tercinta. Maaf para pembaca kerana lama tak update. Sibuk di KUIM itu yang tak sempat nak update tu. Macam2 program dan macam2 pengalaman baru ditimba aku. Mudah-mudahan Allah redha dan berkati segala apa yang kita lakukan di duniaNya yang sementara ini.

Oh rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menunaikan ibadah Puasa dalam bulan Ramadhan iaitu salah satu daripada rukun Islam kita. 
Semoga ramadhan kali ini lebih baik lebih bermakna untuk kita daripada ramadhan2 sebelumnya. BARAKAH! Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Bulan yang penuh dengan amal ibadat. Sama2lah kita menambahkan amalan2 kita di dalam bulan penuh BARAKAH ini. InsyaAllah

Alhamdulillah wa Syukurillah, Sampai juga kita sekali lagi dalam bulan Ramadhan. Aku bersyukur kerana dapat bersama keluarga pada Ramadhan pertama ini, Sebab tahun lepas tidak dapat bersama keluarga pada awal Ramadhan, Akhir2 Ramadhan barulah pulang. Kerana sibuk di KUIM. Hehe. Apa pun selamat berpuasa! :)

Satu lagi pesanan saya, Allah Maha Mengetahui tentang hamba2Nya, Janganlah kita sombong pada Allah, Mintalah petunjukNya berdoalah padaNya tidak kira susah mahu pun senang. Bersyukur kerana kita adalah ISLAM. Alhamdulillah. 

p/s : NAFAS & Bicara Hati ditunda sebentar ya para pembaca. Maaf.

20130524

Salam Ulang Tahun Yang Ke 5






Selamat ulang tahun hari perkenalan yang ke 5 tahunnya. Sepertinya aku ingin tahu mengapa sebegini lama dilalui hidupku.Bukannya aku mahu bermadah hati atau apa.
Cumanya bingung memikirkan tentang perihal yang ke 5 tahun ini, Mengapa masa berlalu begitu pantas saat hari pertamanya aku kenang. Hari pertamanya yang menjadi setiap tahun akan aku kenang, Kenangan mungkin? Entah, Aku hanya lalui dengan apa yang aku rasa benar kata hati. Jika ianya silap, Ya Allah 

Ampunkanlah hati hambaMu ini jika ianya benar2 silap kelak.
Tetapi aku mohon janganlah kau sia2kan hati ini, Moga dengan kurniaanMu ini aku terus mencari keredhaanMu ya Allah hambaMu ini terus beribadah kepadaMu. Aamin ya rabbal alamin

Barangkali dunia hati ini hanya permainan jiwa sahaja, Barangkali juga ianya pengubat untuk kehadapannya, Mungkin juga ada silap ada betulnya. InsyaAllah saya doakan saja kebaikan awak di sana, Moga2 Allah berkati hidup kita, moga Allah memberi Taufik & Hidayah pada kita. 

Akhir kata saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Perkenalan yang ke 5 Tahun untuk kita. Sengaja permainan gila ini dilakukan sendirian aku yang tepuknya hanya sebelah tangan. 
Jaga Diri Jaga Hati Jaga Islam. 

Cinta itu milik Allah,
Mohon Pada Allah,
Cinta itu milik Allah,
Moganya mendapat redha Allah Swt.

Salam.

20130429

Bicara Hati ( Keenam )


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum WBT

Dunia hari ini menunjukkan betapa hebatnya dugaan anggota, dugaan hati, tersimpul di dalam satu dugaan iaitu dugaan Zahir dan Batin. Mengapa aku memperkatakan sedemikian? Kerana dunia hari ini terlalu penuh dengan maksiat. Melampau-lampau sehinggakan lupa kita akan agama kita ISLAM. Maksiat dengan pelbagai cara. Akan aku ceritakan contoh2 maksiat di bawahnya nanti.

Cumanya aku rasa sungguh kecewa, Lainlah orang yang bukan islam tidak menutup aurat. Itu pun jikalau ditonton dengan sengaja kita sebagai ISLAM pun dapat dosa. Inikan pula kita yang dilahirkan dalam ISLAM tetapi sendiri tidak memahami konsep ISLAM itu sendiri. Kelmarin aku berjalan di sekitar bandar Johor Bahru. Iyalah, bukan aku mahu memperburukkan Negeriku sendiri. Tetapi aku sungguh takut pada Allah. Wahai rakan-rakan. Jikalau penuh dengan maksiat di bumi Johor ini, Apakah anda semua tidak terfikir  boleh jadi juga Allah akan menurunkan Bala di muka bumi ini. Maksiat berleluasa. Allah Maha mendengar, Allah Maha melihat, Allah maha segala2nya.

Aku sendiri tidak pasti bahawa mereka ini lupa atau sengaja lupa. Tetapi tidak sedarkah mereka kita ini ISLAM. Ya aku juga bukanlah hebat sangat untuk memperkatakan orang sebegitu. Allah sendiri mengetahui apa yang kita lakukan di dunia ini. Allah saja yang layak membandingkan siapa yang banyak pahala dan siapa yang tak banyak pahala.

Bukanlah aku ingin memperkatakan mereka yang memperlakukan maksiat sedemikian. Tetapi aku sebagai saudara sesama ISLAM, Sudah tentu ingin menegur mereka yang begitu. Apa gunanya turun Al-Quran. Apa gunanya lahirnya Nabi Muhammad di dunia ini, Jikalau perkara zaman Jahilliah masih ada di muka bumi ini. Lebih2 lagi malu pada orang Islam kita sendiri.


Maksiat Zahir : Mata,Mulut,Telinga,Tangan,Kaki,Hidung apa segalanya tentang anggota badan ini. Jagalah dengan sebaik2nya. Kerana ini adalah aset yang akan bersuara di akhirat kelak. Anggota-anggota inilah yang akan bersuara, Mulut hanya berkata tidak saja. Anggota2 yang lainnya inilah yang akan mengatakan kebenarannya. 

Mata : Melihatkan perkara yang sia-sia. Terutamanya kaum Hawa. Ya Allah, aku sendiri tidak sanggup melihat apabila sebagai perempuan ISLAM. Memakai pakaian ketat2,menampakkan susuk tubuhnya sendiri, pakai skirt di khalayak ramai, tidak memakai tudung dengan sempurna. Aku cukup sedih! cukup cukup sedih! Mengapa anda semua yang sebegini perlu menunjukkan harta anda sendiri?
Tidak terfikirkah anda bahawa rugi sungguh Suami anda kelak, Sangat-sangat rugi. Kebanyakan lelaki sudah melihat harta istimewa anda sebelum Suami anda yang sebenar2nya halal buat anda tonton. Tidak rasa kesian ke? Alahai. 

Telinga : Mendengar sesuatu yang sia-sia, Itu juga dikategorikan sebagai maksiat. Dapat dosa kering tau rakan-rakan semua. Tapi kalau dosa kering dikumpul banyak-banyak. Tidakkah basah kuyup dosa tu sehingga dijadikan berat? Iyalah seperti mendengar lirik2 yang sia2. Mendengar perbualan orang yang tidak ada faedahnya. Elakkan dari mendengar perkara yang bukan2. 

Tangan : Allah memberi kita tangan supaya memegang perkara yang baik2. Perkara2 yang Allah suka. Memegang Al-Quran, Memegang buku-buku ilmu yang baik-baik. Bersalaman dengan Ibu Ayah. Bukannya untuk memegang tangan girlfriend boyfriend, Bukannya untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan ( Anda faham maksud saya apa ) bukan itu semua. Dosa besar jikalau memperlakukan sebegitu rupa. 


Maksiat Batin : Inilah paling ditakuti kita, kerana yang batinnya hanya kita sendiri yang mengetahuinya, kerana kita sendiri memahaminya. Batin merujuk kepada Hati. Wahai rakan-rakan semua, Hati ini sesungguhnya milik Allah. Allah sahaja yang memahami hati kita sendiri. Jadi eloklah dengan hati. Kalau hati kita sendiri tidak elok, bagaimana Allah mahu menerimanya? Cinta. Sudah pun berbicara tentang hati. Ingatlah sekali lagi rakan semua, Cinta adalah perasaan maksiat hati yang paling dasyat. Cinta pada yang belum halal untuk kita. Dikira maksiat juga itu. Cinta boleh, tetapi berlandaskan kepada Cinta yang benar, bukan dizahirkan kepada perkara yang terjerumus kepada Zina. Nauzubillah, elakkan ya rakan2. 

Kita ini ada Syurga ada Neraka kelak. Mana satu yang kita nak pilih sebenarnya? Syurga ke Neraka? Siapa yang mahu Neraka? Taubat lahun tidak ada siapa yang inginkan Neraka. Semuanya mahukan Syurga.
Jadi senang saja. Jika mahukan Syurga, Lakukanlah perkara2 yang Diredhai Allah SWT. Jauh dari segala larangannya.

Apa yang dikarang oleh aku ini bukan sajalah untuk kamu semua, untuk aku juga, Iyalah kita sebagai insan biasa sering melakukan kesilapan, Apa yang baik datang dari Allah, Kekurangannya adalah dariku. Jadi mohon taubat dari Allah. Allah Maha Pengampun. Ambil yang jernih buang yang keruh. Sama-sama perbaiki diri masing2. Wallhualam.

Wahai rakan pembaca sekalian.... "Islam ini MUDAH, Islam ini sepatutnya BERJAYA!" 

p/s : Sama-sama kita menjauhi maksiat. Ingat! Segala penyakit ada ubatnya :)



20130427

NAFAS ( Tujuh )


2011


Perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris diantara Manchester United menentang Arsenal jam 8.45malam, Manchester United kini di pendahulu Liga 10 mata di hadapan Arsenal yang sekarang ini berkedudukan nombor empat di dalam Liga. Arsenal yang kini hanya baki empat perlawanan untuk menghabiskan Liga hanya mampu melakukan  yang sehabis baik untuk mencapai taktha Liga Perdana Inggeris. Tetapi Man U yang jauh dihadapan adalah pasukan yang berkemungkinan akan menjulang piala itu.

Tetapi tetap juga aku berharap agar Arsenal mampu mengubah situasi permainan agar menjadi yang lebih baik. Minat aku di dalam Arsenal sejak berumur 5tahun lagi. Masih di dalam memburu piala yang sudah beberapa musim tidak dijulang. Aku mengharap dan terus berharap. SATU HARI NANTI.

Termenung berbicara di dalam hati Sa'adi Saadan ketika sedang khusyuk matanya melihat skrin TV yang berukuran 40inci. Astro Byond HD yang jelas terang dan tidak kabur warnanya. Memperlihatkan aksi perlawanan di antara Manchester United dan Arsenal. Itulah dibicarakan di dalam hatinya yang masih mahukan yang terbaik untuk Arsenal. Perlawanan berkesudahan seri 8-2 di menangi .Man U

Kelmarin waktu itu aku seolah-olah membiarkan saja apa yang dikatakan oleh Abang Man. Benar kata hati 'Tidak selamanya mungkin akan sama, Dan benar kata hati tidak mungkin juga dapat mengembalikannya, Tidak untuk aku memikirkan perihal kelmarin, kerana jawapannya terungkap segala-galanya. Apa yang aku terima akan aku terima seadanya....'.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
2002

Dato' Imran : Mana Mak kau ni lambat sungguh, Mengalahkan anak dara dia saja bersiap. Ish ish

Syuhada : Biasalah Ayah, Macam tak biasa pulak Ayah ni. Sat lagi ado la tu.

Dato' Imran : Syu ni betul dah bersedia ke nak ke nak masuk Universiti ni? Nanti di sana jaga diri baik-baik. Di sana bukan tempat yang selalunya Syu boleh bebas macam di rumah, Syu kena pandai jaga diri di sana. Kalau apa-apa terus call Ayah tau!

Syu : Iyalah Ayah, InsyaAllah Syu dah sedia dah ni, Kalau tak... takdo maknonyo Syu nak terima tawaran untuk amik course Diploma Accounting ni. Doakan saja Syu di sana nanti

Datin  : Apa lagi tu, cepatlah, Saya dah kat sini dok menunggu dari tadi.


Dato' Imran punya syarikat hebat di dalam Malaysia ini, Syarikat yang menghubungkan bahagian di dalam dunia. Tinggi lampai orangnya hidungnya agak tajam dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak kacak juga. 
Datin Katijah isteri kepada Dato Imran yang juga menjadi  Penysarah di Universiti Putra Malaysia, Ala-ala tinggi perempuan Melayu biasa. Kulitnya bersih putih, hidungnya tidaklah mancung tetapi menampakkan rupanya yang masih lagi muda.


Terhenti perbualan diantara Dato' Imran dan anaknya Syuhada Iman dipanggil oleh Isteri kepada Dato' Imran dan Emak kepada Syu. Kaki kanan Syu langkah masuk ke kereta BMW hitam biru milik Dato' Imran. begitu juga dengan Datin Katijah yang mengambil kerusi depan. Lain pula pemandu Dato Imran yang melangkah kaki kirinya dan terus memandu keluar dari pintu pagar yang tinggi lebih dari 2kaki.

Datin K : Syu, Mak nak kau jaga diri kat sana. Engkau tu perempuan. Ingat pesan Mak. Jaga diri baik2 di sana. Lepas akak kau kahwin, Engkau adalah anak perempuan terakhir Emak. Di sana bukannya tempat yang kau boleh buat suka-suka. Faham?

Syu : Iyalah Mak insyaAllah, Apa yang Mak cakap itu semua Ayah dah kasi tahu adik dah tadi.

Berbalas senyum Mak dan Ayah Syuhada. Mereka berbual berkaitan perihal keadaan di sana dan segala-galanya tentang anaknya yang mahu berpindah ke dunia yang lebih tinggi.
 Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah Universiti yang dipilih sendiri Syuhada Iman untuk jurusan Diploma Accounting. Mengeluarkan semua barang-barangnya terus ke sesi pendaftaran. Hampir seribu juga yang mahu mendaftarkan diri di UKM sesi ini. Macam semut berlumba-lumba mendapatkan bangkai lipas umtuk dijadikan makanan. Tiba pula giliran Syuhada yang berseorangan untuk mendaftarkan diri. Sejurus selesai mendaftarkan diri di Kaunter 1, pergi pula ke kaunter kedua bagi mendapatkan bilik di hostel. Kolej Ibu Zain dan terus naik ke tingkat 2 bertemu dengan seorang rakan sebilik bernama Siti. Berbuallah mereka berkenalan satu sama lain.

Ditinggalkan keluarga pada hari itu ada suatu perkara yang sukar baginya, Suatu yang merasakan dirinya keseorangan disini tanpa diteman siapa pun. Waktu itu Siti yang juga satu fakulti dengannya, tetapi berlainan course  menemani Syu ketika orientasi bagi pelajar-pelajar junior semester satu. Seperti biasa bagi senior-senior yang menjaga waktu orientasi ini selalu memberi taklimat kepada junior yang baru masuk, Apa yang bakal dilakukan oleh junior-junior mereka ini dan apa aktiviti-aktiviti bakal dilaluinya.
Agak gementar apa yang dirasakan oleh Syu buat kali pertamanya melakukan segalanya seorang diri, Selama ini Ayah dan Maknya yang melakukan segalanya untuk Syu, dan kali ini dia hanya melalui hidupnya sendiri sebagai Mahasiswi yang baru mahu mengenali dunia luar, dunia yang berdikari, dunia yang lain dari  dunia lamanya.

Setelah seminggu selesai orientasi di UKM, Siti,Nurul & Fatimah bersama Syu untuk ke Fakulti bagi sesi suai kenal bersama diantara Jumior semester 1 dan juga Pensyarah-penysarah di Fakulti masing2. Ketika itulah jejaka yang bernama Syah Putra muncul dihadapan Syuhada Iman, yang pada waktu itu sibuk mencari buku di dalam beg yang dibawanya, JATUH! buku miliknya Syu. Tunduk Syah Putra mengambil buku yang jatuh tadi kembali kepada empunya buku Syuhada Iman. Ketika itulah mereka bertemu dengan secara tidak sengaja, ketika itulah bayangan Syah Putra bermain diminda. Entah mengapa saat itu Syu merasakan dia hidup barunya di UKM sudah bermula.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ahhh! Bayangan minda saja itu semua! Ini semua tidak benar!".  Kembali Sa'adi berfikir tentang kejadian kelmarin. Tidak lama untuk dia cuba melupakan hal yang terjadi, Dia sudah pun memikirkan perihal kembali. Mana mungkin dia boleh melupakan seseorang yang sudah mengubah cara hidupnya dengan begitu mudah. Mana mungkin dia dapat melupakan insan yang membuatnya mengenal erti hati ke hati. Mana Mungkin!

Seperti hari-hari biasanya Sa'adi terus ke pejabatnya menguruskan segala perjumpaan beliau bersama pekerjanya. Menguruskan meeting dan itu lebih senang untuk beliau kerana dapat melupakan segala apa yang terjadi. Tidaklah dia terlalu memikirkan apa yang sudah difikirkan sebelum ini, Mainan mindanya tertumpu kepada projek-projek bakal dibangunkan. Fikirannya mahu jauh dari perasaan hati yang selama ini bermain di mindanya. JAUH JAUH JAUH!

2,3,4,5,6,7,8,9...... Sepuluh minit kemudian bila waktu meeting dijalankan, datang seorang pemuda yang berkulit cerah, cerah dari Sa'adi. Tampannya mungkin lebih dari Sa'adi...
Sekali lagi berbicara Sa'adi dalam fikirannya "Dia ni!..... Dia ini... haritu! Dia ke?! Betullah! Syah Putra tunangnya Syuhada Iman.... Apa yang dia buat dekat sini, Apa dia buat dalam perjumpaan dengan syarikat aku ni, kenapa dia memakai pakaian formal? mengapa dia duduk sebelah staff aku tanpa rasa segan silu?".
Terkedu Sa'adi dengan pe
lbagai soalan yang ditanyakan dan dipersoalkan dia sendiri. Dia sendiri bingung memikirkan apa yang sedang tunangnya Syu disitu.

Karim : Bos! Ini saya kenalkan. Rakan saya Tengku Syah Putra Bin Tengku Syahir. Dia ni arkitek yang hebat di Tanah Air kita, dan dia jugalah yang bakal menjadi arkitek untuk projek Kondominium 20tingkat itu nanti. Dia jugalah yang dah design projek yang tuan inginkan itu.

Syah Putra : Assalamualaikum, Saya Syah Putra, tuan boleh saja panggil saya Syah dan seperti mana yang Karim kata tadi, sayalah yang sudah mengirimkan beberapa design itu kepada Tuan.

Waktu itu Sa'adi hanya mampu mengangguk, senyum dibibirnya sedikit saja ke kanan. Diam memberi respon tanpa bersuara hanya mengangguk. Entah apa yang sedang difikirkan Sa'adi waktu itu. Yang mahu ditanyanya adalah apakah motif dunia ini begitu kecil?!

Bersambung*

20130424

Cuti Semester Bermula


Assalamualaikum,



HORRRAYYYYYYYYY!

Selesai sudah Pengajian Islam, Ticketing & Airlines Reservation, Elementry Economy, Fiqh Ibadah, CSC, Bahasa Arab2 & ELP 7 kertas peperiksaan akhir semester kali ini! Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur pada Allah. Selesai segalanya. Kerana segalanya sudah pun dilepaskan. Segala perasaan gugup getar nerrrbesss semua sudah tiada. Iyalah aku fikir sudah pun aku melakukan yang terbaik. InsyaAllah selebihnya tawakkal pada Allah. Untuk aku keputusan apa pun bakal aku terima dengan seadanya. Kerana itu adalah hasil usaha aku  selama ini. Tetapi kita juga mahukan yang terbaik untuk apa kita lakukan. InsyaAllah. Doakan untuk saya & rakan saya supaya keputusan yang bakal dikeluarkan adalah baik dan insyaAllah cemerlang! :D

Baiklah, cuti semester aku kali ini. Berfikir sejenak sebelum habis peperiksaan hari itu. Apakah mahu aku lakukan dalam cutiku Sebulan ini. Ya berfikir tentang kerja sementara ini... Bukanlah aku tidak mahu kerja, Cumanya kemalasan di minda ini sahaja. Dan mungkin aku mahu berehat saja di rumah. Berfikirkan tentang cara lain untuk aku membuat perkara yang lebih baik di rumah ini seperti mengarang blog yang sudah lama terbiar berhabuk semua ini. Mungkin tidak masuk akal bila difikirkan aku memutuskan untuk tidak bekerja dengan alasan sebegini bukan? Ya aku MALAS. Maaf kata. Malas untuk cuti sem sahaja untuk Kerja saja. Hihi.

Apa yang mahu aku lakukan lagi untuk cuti semester kali ini? Ya aku mahu DIET! Eh kejap! Diet Mar? Ibu masak sodap2 hari2 kau boleh ke diet? haha. Tidak mengapalah akan aku cakap dengan ibu supaya jangan masak sedap2 sangat. Muahahaha. Iyalah terpaksa jugalah aku makan kerana masakan seorang Ibu tiada tandingannya. Lagi2 Ibuku yang memang PAKAR masak. Jika diikutkan kalau masuk di dalam MasterChef DUNIA pun boleh menang. La la la ~ 
Apa yang boleh dilakukan hanyalah menjaga nafsu, bersukan(futsal), mengarang blog(NAFAS,Bicara Hati) & mungkin bakal aku akan mengarang satu cerita tentang aku dan Kolej Universiti Islam Melaka KUIM ini. InsyaAllah. Sudah 2 semester aku disini. Punya banyak Ilmu dan pengalaman dapat dipelajari. InsyaAllah.

Itu sahaja yang untuk kali ini. Untuk pembaca2 sekalian. Selepas ini jangan kata kenapa lambat update ya! Kerana aku bakal berada di sini selama 5minggu lagi! Klik saja www.ammararrasyid.blogspot.com ini untuk membaca kisah seterusnya. 

Wasalam :)

20130410

Peperiksaan Akhir Semester


Salam,

Sudah jarang untuk aku update blog ini kepada para pembaca yang sentiasa sudi membacanya tatkala aku sibuk dengan kehidupan harian aku di KUIM ini. Maaf ya pada pembaca, InsyaAllah 22hb ini pulang aku ke Johor Bahru dan kemudiannya akan aku update iyo.

Kepada pembaca-pembaca NAFAS & Bicara Hati. Tunggu sahaja ya kesinambungan cerita saya itu. 
Sekali lagi maaf, Semoga anda semua sihat selalu dirahmati Allah Swt. 

Wasalam.

20130207

Bicara Hati ( Kelima )


Assalamualaikum WBT

Haii semuanya! Apa khabar? Ada sihat semuanya? Mesti merindui blog ni kan? Ke rindu penulis blog ni? la la la~ Layan pula korang nak rindu penulis blog ni kan~ Hehe :D Pertamanya macam biasa, maaf kerana lambat untuk post apa2 berita baru dalam blog ni. Anda semua sudah maklumkan saya sibuk di KUIM belajar. Assigment belambak. Assigment pun last minit buat~ la la la :D

Bismillahirahmanirahim. 
Baiklah. Sedang dibualkan oleh ramai orang dari dulu sehinggalah ke hari ini dan mungkin hari-hari akan datangnya tentang perasaan paling hebat hati. Apa yang ditajukkan dalam ni pun Bicara Hati kann~ Makanya inilah tajuk Hati yang paling hebat yang akan saya kongsikan pada anda semua.

C+I+N+T+A = ? Cinta. Apa itu Cinta? Hebatkah perasaan Cinta? Apa bentuk Cinta? Bagaimanakah cara Cinta? 
Semuanya dipersoalkan. Dan mungkin semuanya sudah mengetahui dan rasa2nya yang baca ni pun sedang atau pernah rasa Cinta inikan? Menipu sajalah kalau takda. Sedangkan budak Darjah 3 pun sanggup tulis surat pada yang disukanya sehinggakan kena rotan dengan cikgu disiplin di sekolah sebab kantoi~ takkan laa kita yang dah lepas sekolah ni tak pernah :D

Baiklah, Disini konteks CINTA itu tersangatlah luas dan seluas-luasnya.  Saya pun pernah bercinta. Ya saya mengaku saya sedang bercinta. Dan sesiapa nak tahu juga cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan saja nak sampai lima tahun ini. Ya. Tapi itu semua hanyalah dugaan Allah. Jadi disini saya akan mungkin akan berikan pendapat CINTA

Satu : Cinta pada Allah : Inilah adalah cinta yang paling-paling agung dan tersangatlah agung. Kerana apa? Kerana dialah yang mencipta kita manusia dan dialah segala2nya yang mengetahui segala isi Hati kita. Soal hati soal cinta soal segala2nya. Dia Maha Mengetahui. Hati kita Manusia adalah milik dia. Segala2nya adalah milik dia. Jadi apa yang diperolehi dari hati ini hendaklah kita bersyukur. Usah ragu tentang apa yang diberi olehNya. Kerana dia Maha mengetahui tentang segala isi hati kita. Cerita padaNya, DIA menjadi yang Pertama untuk kita sampai bila2.

Dua : Cinta pada Rasulullah SAW : Nabi Muhammad SAW. Ya memang kita tidak pernah ketemu Nabi kita, tetapi ingat. Dialah yang diberi wahyu oleh Allah untuk menyebarkan ISLAM. Sega la2 tentang Islam adalah datang dari Muhammad SAW. Dia jugalah yang memberi kita Syafaat di akhirat kelak. Bukan Ibu bukan Ayah bukan Pakcik Makcik Kawan2 mahu pun Suami Isteri Boypren Girlpren kita. Hanya Dia yang akan memberi Syafaat pada kita. Lakukanlah segala2nya tentang Sunnah Rasulullah. Ya Rasullah kami merinduiMu.

Tiga : Keluarga : Ibu Ayah ini sangat2lah penting untuk kita. Ya saya dan rakan2 saya yang baca ini mesti sayang dan cintakan Ibu & Ayah masing2kan? Ibu, Ibu adalah segala2nya untuk Adik. Kalau Ibu takda apalah nasib adik. Adik sayangkan Ibu walaupun Ibu garang. hehe :D
Ayah, Adik sayangkan Ayah. Ayah paling manja dengan adik ketika kecik2 dulu. Sekarang pun sama. Walaupun waktu dulu kecik2 Ayah pukul adik sambil tercampak bagai. Adik tak kisah. Kerana adik sayangkan Ayah.  Ibu & Ayah banyak berkorban untuk adik sehinggalah adik jadi begini. Adik bersyukur diberi Ibu & Ayah seperi ini. Alhamdulillah. 

Empat : Barulah yang lainnya. Anda semua faham apa yang lainnya? Amboi? Masih tidak mengerti? Barulah Abang2 kita Akak2 kita Saudara sesama islam kita :)

Tetapi saya tahu. Segalanya tentang Cinta sebenarnya pada kekasih sama kekasih. Itulah nikmat perasaan yang diberi oleh Allah SWT. Nikmat. Ya! Perasaan yang sangat luar biasa sehingga segala2nya menjadi bahagia. Cinta kepada kekasih ini punya pelbagai jenis dan ternyata pelbagai jenis. Tetapi ingatlah rakan-rakan pembaca. Saya menasihati dan meminta tolong sangat. Anda bercinta tu bercintalah. Tidak ada yang menghalang pun kerana itu adalah nikmat diberi Pencipta kita. Tetapi ingat, Janganlah bercinta ke arah Maksiat. Sehingga berpegangan tangan berpelukan dan perkara2 lain menyebabkan terlebih batas kita sebagai umat islam. CINTA adalah sesuatu yang datang dari hati, Cinta adalah suci dan jangalnah diperlakukan sehingga ke arah maksiat.

Lagi satu. Pada yang perempuan. Jangan terlalu percaya lelaki. Kerana apa saya berkata begini. Kerana saya juga adalah lelaki. Kerana lelaki yang sebenar2nya ikhlas terhadap cinta. Dia akan membawa wanita itu  membina sebuah masjid yang indah sehingga ke Syurga bersama ahli keluarganya :) 


Kepada kaum adam pula, Kita tahu apa niat kita. Sesama kita sendiri tahu kita mahukan Isteri yang baik solehah taat pada perintah Allah. Jadi janganlah leka mempermainkan jika anda tidak punya niat untuk memperisterikan seseorang itu. Saya merayu sungguh. Kerana cinta itu adil. 

Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut 'Kalau kamu mendapat seorang Isteri yang SOLEHAH. Seolah-olah kamu telah mendapat seluruh perhiasan dunia'
Bertaqwalah pada Allah. Muhasabah diri. Kerana itu adalah jalannya untuk kita bersama2 diredhai cinta dari Allah.


Wallahualam.

Aku hanya insan biasa,
Insan yang tidak jauh dari melakukan kesilapan,
Aku hanya insan biasa,
Insan yang leka dengan segala perintahNya,
Aku hanya insan biasa,
Insan yang memerlukan hidayah petunjukMu
Aku hanya insan biasa,
Insan yang memerlukan ketenangan dariMu
Aku hanya insan biasa,
Hidup Matiku hanyalah keranaMu ya Allah,
Aku hanya insan biasa,
Cintaku ku serah jua padaMu yang Maha segalanya.

Renung2kan dan selamat beramal.