20091124

Demam Campak Atau Dikenali Sebagai 'ChikenPox'


Ya Allah betul ke yang terjadi ni?Alaaaaaaaa :(( aku terkejut semalam apabila ibu kasi tau yang aku ni kena 'Demam Campak' Haaa? WT* ! Urghhhh ! patut lah sehari 2hari lepas badan aku rasa tak sihat je demam panas semacam jee.aku ingat demam biasalah sebab aku ni enn selalu demam,then malam semalam aku baring tgk tv,ayah pon masuk bilik tengok muka aku.
Ayah : Adik,adik ni kenapa muka mcm ni?lain ni ada merah2 ni?adik demam eh?
Aku : Entahlah demam laaa ayah.haihh :(
Ayah : Aaaa tu laa dia membebel sekejap bla bla bla...aaa muka adik ni bintik2 ni asal?selalu muka adik tkmacam ni.
Aku : Haaa kan?adik pon pelik kenapa tiba2 jadi mcm ni :(
Ayah : Pergi pergi ibu nak tengok muka adik sana
Aku pon terus keluar jumpa ibu.ibu tengok muka aku pon lain macam jee.then ibu suruh bukak baju tengok badan belakang aku ada bintik2 merah.Whuaaaaarrghh ! ibu pon cakap ni kena campak ni ! pergi klinik jumpa doktor ! haaaa alaaa :(
Ke klinik dan...
Pembantu doktor : Ammar Ar Rasyid masuk. Masuklah aku jumpa doktor dan duduk
Ayah : Dia ni demam ni kena campak agaknya ni aaa.
Doktor : Bukak baju kejap.haaa aku pon bukak laaa,nii baru nak kena ni baru tumbuh ni bla bla bla
Aku pon dh risau muka aku nii dh teruk jee haihh :( so doktor cakap dia kasi ubat sapu mcm lotion dulu lah enn dengan ubat demam&selsema dan juga ubat batuk.haaa.haihh.apalah nasib aku ni.Haihhh :((
p/s : Ya Allah Kau sembuhkanlah demam hambamu ini dengan segera Ya Allah :(

20091121

Again Glorious Manchester United !

Semalam petang aku jejak ke padang,apa lagi football time lah enn.weee ramai lah jugakk semalam main.tapi lepas tu hujan.woo ini lagi best nii haha terus main dan main sampai lah ke pukul 6.40.terus aku dan abangku amir balik ke rumah dengan si syamie jiran berdekatan dirumah aku :) balik basuh kaki semua then minum2 semua rehat kejap 10minit aku pon gerak ke bilik air memandi manda.ada ke ayat tu?* Haha.solat maghrib dan baring lah apa lagi badan dah sakit2 enn.ayah dengan ibu semalam keluar diorang pergi dating.whoaa abang abang ayah ngan ibu sekarang dah pandai pegi dating.HAHA.terus aku ke bilik sblh on pc online dan online.Masa tu tunggu si bedah mana dia ni kata nk tgk movie.aaa terus dia onl dan memancarkan sinaran movie.HAHA merepek meraban aku dah*ahaa lepas tu si bedah cakap tak jadi tgk sebab sedara dia ada datang.setelah membincangkan perkara ni lebih mendalam akhirnya kita orang memutuskan untuk tgk midnight karang :D aku onl sampai pukul 9.30 gitu lepas tu offl.

Tengok kejap match Liverpool lwn dengan Man city tu.woahh best jugakk laa.last2 seri jugakk.deyy pegi blah laa rafael benitez ! Hahaha.terus habis match tu je aku pon tgk lah chelsea dengan si arsenal lawan.lama2 aku bosan pulak tgk.si chelsea cnfirm2 menang dah star2 semua.aku pon txt lah si bedah cakap mau tgk movie bosan bosan.dia kata dia tgh onl.woo aku pon onl lahh.apa lagi sambung2 tgk movie.masa tu kan kita tgk 2part je cerita skrip 7707 haha.sebab nak sambung lagi 1part tu.bila aku bangun dari tido tgk2 je si bedah dah sign in mobile.Haa?dia ni on lagi ke tk?haiyyya.aku pon off je laa pc tu.then dia txt aku then aku tkbls kdit low bedahh.Haha.nanti je laa kita tgk ok.pukul 1.25 pagi.weehoo ! Man U against Everton.yeayy ini menarik ni.haa aku pon melayankan bola.sampai lah ke half time 1-0 Yeayy goal hebat dari Darren Flether gilalah TopCorner tuu bagusbagus.bila dah halftime aku pon ingat nak tidur kejaplah kunci jam pukul 2.30 bangun.last2 aku sedar pukul 4.30.Wuaaaaarghh ! gampang betol ! Haiyyya ! last2 pukul 4 u aku tgk Real Madrid lawan.haha.dan dan tidur.pagi nya aku tengok Maxis Football Extra.wow Man U menang 3-0,Arsengal Kalah 1-0 dengan si sunderland ! hahaha bedahh team kau kalah ! si chelsea mmg hebat 4-0 membantai Wolves.ahaha.apa apa pon Glorious Manchester United ! :D

p/s : La la la la la la

20091119

New Tagged From DyanaAkaNubies

Takpernah2 si dyana ni kasi tag enn?haha okayokayy kejap yee amar jawab :P


1)THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

* Amarillo
* Ammar
* Dollah
* Bangla - ni selalu geng2 aku yang turun dari luar negara yee.HAHA

2)THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE : (currently)

* 21June
* 3Jan
* 24May

3)THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

* Myspace
* Mencekik
* Membuta

4)THREE WAYS TO BE HAPPY EVEN IF YOU'RE STUCK AT HOME:

* Online
* Playing Game Online
* Buat Buat Pandai

5)THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

* Love
* Sweater Putih
* You think?haha

6)THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:

* Bercommento Di Myspace
* Tengok Movie2 hantu dengan Si Bedah
* Playing Futsal :)

7)THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:

* Mecca
* Paris
* Old Trafford Stadium

8)THREE FAVORITE DRINKS:

* Air Teh Bunga
* Syrup
* Air Kosong

9)THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG: (other than the usual wallet, keys and HP)

* Baju
* Tissue
* Gajah ! HAHA

10)THREE FAVORITE COLORS:

* White - Memang aku suka dari dulu
* Black - Nampak smart :)
* Yellow - Fav Kaler ibu nii :D

11)TOP THREE HANGOUTS

* City Square
* Rumah Membe
* London ! Haha

12)TOP THREE YOU LOVE SO MUCH:

* My family
* Friend
* My Love - Satu hari nanti lah :)

13)TOP THREE WHOM YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:

* ShafAkaBedah :)
* FarahEzaty :)
* Makcikkk Acha :)

14)TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:

* Myspace
* Rumah
* Kasih Sayang :)

15)TOP THREE THAT MAKES YOU HAPPY LATELY:

* Hope one day she will come :)
* Harap2 nubhan dapat masuk final Muzik2 ni yee Haha
* Nak hangout bersama kawan2 :D

16)TOP THREE TAGLINES:

* Ado Aku Kesah?
* Hahahahahahahaha
* Eccehh

17)TOP THREE REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

* Sebenarnya kalau taknak jawab pon takpe.habis aku bosan enn.haha
* Saja nak mengembirakan hati si Dyana tuu.HAHA
* Nak kasi korang bacalah ngekk.Ahaaa :P

The End .

20091117

Yesterday Many Things Happen To Me

Cerita ni semalam punya,memang ingat nak update semalam habis badan aku rasa panas jee tulang belakang sakit,otak pon tk fresh,letih semacam je kan semalam.tu yang tk update semalam hehe :D okayy semalam banyak jugaklah perkara yang berlaku kat aku ni.aku tak tahu lah semalam hari apa,maksud aku bukan hari isnin ke selasa ke rabu ke apa.yee lah semalam memang hari selasa,maksud aku semalam hari malang aku ke hari gempak aku ke hari apa ke.entah aku pon tk sure sebab banyak sangat yang berlaku.haha.okay aku mula kan satu per satu.ahaa


Pagi aku bangun macam biasalah nak ke sekolah enn.tapi harini macam lain sikit.aku siap2 dengan pakai baju ragbi sekolah dengan seluar hijau sekolah bawak beg,exam kan dah habis so beg takdalah beban sangat nak bawak kan.then aku pon keluar rumah awal tunggu pakcik van aku datang amik.tapi yang aku peliknya aku tunggu punyalah lama tak sampai2.haiyo pakcik dah tak amik ke apa?kan belom habis sekolah cuma budak2 form3 jee enn dh habis ni yang tk amik apa pasal?aku pon balik ke rumah amik duet 50sen tambang bas.okay jalan kaki ke bustop yang amat gilaa jauh tu.perghh aku agak sabar jugak laa kan tunggu bas punya lama dari pukul 6.40 sampai pkul 7 haihh.sampai je sekolah terus aku beratur ohh okay Puan J harini bertugas aiyo.okayy puan J pon cakap la bla bla tapi harini tak ramai sangat murid kat sekolah.budak2 form4 dengan form 5 jee tapi tu pon budak2 form 4 3kelas je ada.so agak kekosongan sikit sekolah harini,okay Puan J pon cakap
Puan J : Ni siapa2 yang pakai T-shirt ni naik atas pentas sekarang,dan bla bla dia memberi ucapan.
Budak2 yang pakai T-shirt ni pon apa lagi naik lah.yang aku ni bebual aku pon kena jugak naik atas pentas.whoaa gila gila aku lah orang yang pertama sekali naik atas pentas,yeayy agak femes harini selamat lah tak ramai orang.agak cool sikit.takdalah malu sangat sebab yang naik atas pentas pon agak ramai lebih2 lagi budak perempuan arr.lelaki ada dalam 5orang je gitu.budak2perempuan amik kau mau tak berbelas.aha.masa tu kita orang kena duduk kat pentas tu,sambil2 tu enn aku nampak Si bedah jeling2 kat aku dari belakang.aku pon buat muka selamba jee laa.aha.Puan J pon suruh budak2 yang kat atas pentas tu ke Bilik Disiplin.whoaa gilalah lepas tu Puan J cakap amar awak selalu lari dari saya eh?Ahahaha aku jugakk ke yang kena?HAHA ohh okayy aku tahu ini pasal rambut nii.normal lah tu,so aku pon ke bilik disiplin,yang si Syafiq awal2 dah blah,takpe2 aha.masuk ke bilik disiplin beramai2 buat majlis besar besaran bak kata Puan J haha.so denda yang dikenakan adalah,
Kaum2 lelaki : Sebatan di Punggung 1kali dan tulis nama ke dalam rekod disiplin
Kaum2 perempuan : Sebatan ditangan dan tulis nama ke dalam rekod disiplin
Whoaaa aku rasa2 lah kan dari form 1 sampai form 4 ni sebatan di punggung aku dah kena agak2 12kali dh kot.haha.whoaa lepas tu Puan J pon bebual laa ngan budak2 ni dengan mesra2 sebelum kena hukuman.haha.lepas tu Cikgu Fidzamil datang whoaa tuan besar sudah datang,siap sedia rotan si kedah pon amiklah rotan then sorang2 kena.aku yang last kena,alaa apa lah sangat 1kali tu.selamat lah ada seluar lapis kat dalam.HAHA.


Okay keluar dari bilik disiplin aku terus menaikkan balik rambut aku.haha maklumlah degil.haha.so terus aku naik ke atas.eh budak2 ni mana?banyak yang aku tengok semua kelas digunakan utk Spm Esok.ohh a'ah enn Spm esok.eh eh kejap ada bilik H1N1 lahh.Muahaha.gereek habiss.haha,aku pon bingung sikit dalam masa 30minit aku kat tingkat 4 tu aku tak tau nak kemana sebab aku ngan 3orang budak lagi mencari kelas mana yang kita orang nak duduk ni?haiyo.ohh okay si Nafira panggil cakap amar duduk kat kelas 2b2 aaa?ohh tingkat 2 yee.okay okay aku po gerak ke kelas tu.dalam kelas apa lagi time untuk bergambar weeho ! agaga dengan suasana agak bosan ya amat gilaa dalam kelas tu.tapi kita orang amik2 gambar semua dengar lagu semua dalam kelas so takdalah bosan sangat kot.ahaa.cikgu hafizah pon masuk.whoaa rindu cikgu ni.cikgu cakap kat aku
Cikgu hafizah :Aikk amar?awak datang pulak sekolah?rajin pulakk yee?
Aku : Ehehh biasalaa cikgu nak akhir2 sekolah ni kita kena rajin2 lah diri kita ke sekolah.lagi pon mat nor cakap cikgu nak belanja makan tu yang saya datang tu.HAHA
Cikgu Hafizah : Ehh kejap2 tang mana cikgu kata nak belanja?ahaa cikgu kasi duit je laa sorang rm3 pandai2 lah korang yee
Budak2 kelas 4K : Whoaaa gilaaa gereeekkk ! Hahaha :D


Loceng rehat pon berbunyi budak kelas aku semua harini turun rehat.tapi kan harini 4k punya kaum tak ramai yang datang,so yang datang ni smua budak rajin2 jee termasuk aku.Ahaha.harini makan nasi ayam.lepas selesai makan semua aku pon gerak ke koperasi.aku,asrol,musa dengan si abey.terserempak lagi dengan si nuryn.lepas tu si nafira kata dia nak belanja makan.whoaa aku pon amik coklat safari 4haha.terima kasih nafira oii.naik ke kelas uztazah masuk,so aku tolong2 uztazah kira markah paper Agama.lepas je uztazah keluar aku pon apa lagi amik hp bukak lagu amik kerusi susun dan baring tidoo time ! Haha.lepas aku bangun si musa dengan si abey pon amik hp aku dengar2 lagu.sampai lah ke waktu balik.sambil2 tu aku txting dengan si bedah.maklum laa dia ni lah suruh aku bawak hp ke sekolah.weh thanks yaww bedah kalau kau tk suruh aku bawak phone ke sekolah sure aku bosan tahap gilaa punya ! Haha.
okay time balik,whoaa pakcik sure tak amik lagi kan?haihh aku pon balik naik bas adehh dh lah panas aku pon terus ke bustop tunggu bas adalah dalam 10minit gitu.turun je dari bas jalan lah kaki sampai rumah.then aku sampai ke rumah.Masya-Allah punya lah letih harini aku pon bukak beg aku terus gedebushh ! jatuh aku ke katil.haihh penat2.


Petang dalam pukul aku keluar ke cc kejap jumpa si tajesh.ahaa then budak2 ni ajak main bola?aaa?aku letih arr malas sehh so aku pon duduk kat padang tu tengok budak2 ni main.eh eh kejap apa pasal ramai yang jatuh ni?HAHAHA aku naik guling2 ketawa maklum laa padang basah.then kan bola pergi ke jalan raya.ada mamat india kedai depan nak kasi bola kat kita orang.lepas tu dia nak sepak bola tau last2 dia jatuh kat jalan raya.bola ke mana dia kemana.Wakakaka.budak2 ni gila jahat ketawa terbahak2 takbole bla sungguh.ahaha.malam pula aku rasa badan aku kurang sehat.txting lagi dengan shafakabedah.dia cakap aku jangan gerak kecuali kalau2 ibu aku panggil.Haha okok puan bedah.HAHA.so malam tu aku rehat je laa kat bilik dan The End :)

p/s : Badan aku sakit2 otak pon dh biul suara dh takda plus plus aku selsema.haiyo.

20091114

Aku hari ini.

Pagi sedar aku pukul 8.30.tapi ditundakan keranan mimpi best so aku bangun pukul 9.30.tapi ditundakan lagi kerana aku malas nak bangun dan akhirnya pukul 10 aku bangun.dan duduk sebentar di atas katil dan membuat senaman.haha.dan terus aku kemas2 katil dan bilik setelah 5hari tk kemas akibat sekolah,ini kerana setiap pagi aku bangun pernah pulakk aku kemas katil enn.aha.weekends je laa aku kemas bilik aku selalu.hehe :D

Dan pagi aku ke dapur nampak2 ada putu mayan.whoaa ini menarik ni.dah lama jugak aku tk telan putu mayam ni,dh memang pagi ni tekak aku rasa nak makan sumthin yang manis2 tapi sedap utk sarapan pagi.haha.okay bawak putu mayam masuk ke bilik dan menonton tv.lepas dah selesai makan semua aku pon terus ke pc dan dan on kan nyaa.yeayy onl time ! weeho ! Lol.
Aku bukak myspace dan juga facebook sambil2 tu melayan jugakk Ym dengan si Sue.okay sambil2 aku bercommentho tiba2 kedengaran suara ayah dari pintu dan berkata
Ayah : Adikk,adik dah mandi belom?
Aku : Belomm.nanti kejap lagi.malas mau mandi.haha

Ayah pon terus chow dari situ,aku pon sambung syok kan diri onl.jam pon nak dekat masuk waktu zohor azan pon sudah berkomandang aku masih dekat depan pc lagi,ayah pulaa masuk lagi, dan berkata
Ayah : Adikk ! dah mandi belom?dah zohor dah ni tak mandi2 ! Nada dia agak tegas tapi tk menunjukkan aksi marah pon
Aku : Yeee yee adik nk off dh nii.ish ish amar ni dh kena tgur lagi baru nk off apa nak jadi?*HAHA

Aku terus ke bilik sebelah dan bukak tv.ahaha.aku tgk cte apa ntah tadi astro ria.haha.dan aku pon tgh syok2 tgk jam dah pukul 2.haha mandi tak lagi smyg tk lagi.apaaa lagii sbelom aku kena tegur kali ke3 baik aku amik towel mandi.Haha.terus gerak ke bilik air dan mandi.lepas je aku mandi terus aku onl balik.hehe.sampai je pukul 4 gitu aku pon off.pukul4.30 si saha cal ajak ke cc.aaa?okok aku pon gerak ke cc lamaa dh tk jejak cc en?Lama tkmain game kat cc.HAHA.layann.aku pon apa lagii sambunglah main game BlackShot ! Yeayy hebat2 aku dah naik pangkat 4 ! whoaa gerek2 ! aha :D
Habis main pukul 6 ada budak ajak main bola kat padang.oh okay aku pon apa lagi.bolaa mana boleh ditinggalkan.aha.terus aku jejakkan kaki ke padang dan memulakan perlawanan dan seterusnya.okay main agak baik harini bagusbagus :) balik dalam pukul 6.40 gitu,terus aku basuh kaki dan bla bla mandi semua.

7.30 aku dapat msg dari si Si syiqin ahaa dia menanyakan soalan2 yg gerek dan aku kena jawab laa enn bla bla bla txt lah dengan dia.hehe :D dia cakap dia ada bbq dan ada karoke.haaa g lah sana have fun yee.lepas tu aku pon onl.then tiba2 aku dapat lagi msg,haa kali ni dari si bedah.aaa shaf apa mau?dia cakap.whoaaa aku sedih,pelik jugak aku asal pulak ni?dia cakap tiket cte 2012 SoldOut kat TebrauCity.Muahahaha :)) padanmukaa.Wakakaka.haha apaa daa dh mungkin tk nasib kau.takpe2 bak kata kau Rabu ada lagi enn?Ahaa lol txt lah dengan dia bla bla bla dan The End.ahaha :)

p/s : Tokakkk den sakit pulakk nii aaaa,Ubat batok please !

20091112

Bermain Uno Dikelas? Nuryn Walfiah Sayang Aku?

Hari ini pagi ayah kejutkan sebab semalam malam aku suruh ayah kejotkan sebab malas mau kunci jamAhaha.ayah pon kejut sebab ayah pon nak pergi kerja.so aku solat subuh.tapi time pagi maklumlah nyanyok2 sikit masa bangun tu.then terus pergi mandi gosok gigi basuh muka dan apa2 yang patut dilakukan apabila hendak bersiap kesekolah harini hehe.lepas memakai pakaian2 sekolah semua aku amik beg jejak keluar dari rumah.naik van dan terus ke sekolah.sampai je sekolah macam biasalahkan aku mesti duduk tempat port aku area kan tempat area2 kantin situ ada tempat duduk 4persegi.Wakakaka.gerek enn aku cipta nama tempat tu sendiri.hehe.aku pon pelik jugak kenapa si Vijay harini tk ada pagi2?selalu dia bukan sampai awal ke?ahaa.aku pon lupakan balik,so perut pon agak2 lapa enn aku pon ke kantin terus aku beli Nugget.woaahh mmg tiap2 pagi aku beli Nugget tu pon sebab panas2 sedap tuu.nak beli?Rm1 dapat 4.Haha.aku pon makan2lah.si Vijay pon sampai dan macam biasa berbual lah kita berdua.Ahaa nak jugak cerita sikit pasal si Vijay nii.aha.dia ni aku kawan dari darjah 5.ahaa.dia pindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2(SKSP2) yaww sekolah rendah terbaikk aku ! Aha,masa darjah 5.then aku tak sangka pulak dia duduk rumah dekat2 je dengan rumah aku but sekarang dia dh pindah ke Bkt Indah,berjauhanlah kita.dia ni kawan India aku yang terbaikk dan terapat dan terhandal sekali.Wakakaka.tak sangka aku kawan dengan dia dah bertahun-tahun lamanya enn.aha.okay sikit jee laa aku nk cerita tadi hehe.so sambung balik cerita sekolah tadi,aaa cikgu pon dh berkomandangkan suaranya diDataran apa lagi aku gerak laa ke dataran.Hmm baca2 doa semua terus naik ke kelas.

Okay harini ada paper Pjk lepas rehat.apa lagi budak2 ni sebelum memekak je lahh kat kelas.eh kejap.aaa Uztazah masuk apa lagi semua diam dan menumpukan perhatian.ada budak yang tk masuk enn?ahaa maklumlaa angkara memonteng2 kelas ni dh normal bagi2 budak2 ni.sama je mcm aku sebenarnya*Ahaha.tapi masa kelas Uztazah tadi aku masuk sebab aku tau Uztazah mesti tanya pasal Paper Tassawur semalam,memang aku nak dengar soalan2 dan jawapan tu.so berbincanglah pasal Paper Tassawur kat kelas tadi :) lepas dah bincang semua Uztazah pon berbual biasa2 dengan kaum2 perempuan.budak2 lelaki buat hal masing2.ada yang tanya 'Eh tak baca buku Pjk apa?'haha aku pon jawab buat apa nak baca Pjk tu ibaratkan Kita makan dengan Tidur jee Simple Dan Kacang.HAHA.okayokayy sebelum rehat jugak cikgu Bi pon masuk,eh siapa nama cikgu Bi aku eh?lupaa laaa adehh.Muahahaa.dia masuk dia bagi kertas utk buat Oral 2 yang belom selesai.so kita orang kena hafal.aku buat dengan si Asrol.Weehoo aku dh hafal dah tinggal nk baca je.hehe :D Krriinnggg ! masa rehat woo.si asrol ajak aku pergi pejabat amik Sijil Pmr.haha gilaa lahh Pmr last year.nak habis sekolah baru dapat.ayoo.aha.lepas dh amik2 semua aku pon ke atas.All rite siap sedia pen pensel anda semua.Paper Pjk nak dimulakan.Lol.Soalan Pjk agakkk sempooiii baikkpunyaaa.haha senang2sususah.haha.kringg loceng dh bunyi woo.Wuaahh harini baru betol2 merdeka takda lagi paper ! Yeaahh !


Pukul 12.budak2 dikelas berterabur macam semut.aku,syapiq,musa,abey dan juga si Tuek ke kelas 4Inovatif.apa lagii enn.Uno time ! Ahaa aku rasa yang main Uno tadi nak dekat 9orang,haha aku Uno game num 5 haha.maklum laa tk pro enn.tapi kan dalam2 aku tengah main Uno tadi dengan suasana macam pasar kipmart tadi,ada pulak aku terdengar ada bau budak dari kelas 4S ni.haha.boleh bau ni?ahaha.Lol.Si Nuryn Walfiah panggil aku.terus arr aku keluar si syaril menyebok.aha.aku pon keluar tengok ada 4manusia disitu.dan Paling Femes Manusia yang aku kenal kat situ NurynWalfiah dan juga ShafAkaBedah ! Ahaha.yoo shaf ! muka2 suka jee diorang.so si nuryn nk kasi tau sumthin.tadi aku pon dh macam blurr sikit enn apa kena dengan si nuryn ni?datang dengan 4orang,pelik2 jee.ish ish.si nuryn pon berkata 'Amar sebenarnya aku sayangkan Ezue tapi aku terpaksa cakap' aaa aaa si bedah pon paksa ckp.aha.'Amar aku sayang kau'Aaa?buntu aku kejap.aaa aaa si nuryn ni pon cakap sebenarnya kita orang ni main game 'Truth Or Dare' so aku kena Dare aku terpaksa kena cakap.haha.oooo ingat kau sayang aku mcm mana tadii.haha.Ayoo so si bedah pon ckp aaa tu jee.ahaha.aku pon dengan keadaan pelik dan hati yang agak nak ketawa berguling2 ni terus balik kelas 4I.woo macam siot tengok kad aku.wakluu !.ahaa.

Loceng berbunyii,aku rasa harini loceng bunyi macam kedengaran kuat pulakk kat telinga aku ni.muahahaha.biasalah dh habis exam.Haha.terus aku gerak keluar dengan si Azmir.tunggu pakcik sampai,bebual2 semua pukul 1.30 van pakcik pon sampai.sampai rumah aku pon apalagi Terus onl pc bukak Myspace dan Melayan Ym,eh bedah onl ahaa chat dengan si bedah dan bla bla bla.Ahaaa The End :D


p/s : Bedahh aku sayang kauu ! Wakakaka.Bak kata si nuryn*.Weh nuryn aku perli kau tau ni ! HAHA :D

20091110

Weehoo ! paper sudah habis ! Merdeka ! Weehooo ! :D


Weehooo ! exam sudah habiss weehooo ! hari ini last paper Tassawur Islam,but esok sebenarnya ada lagi paper tapi Pjk so apalah sangat enn.kira dah settle lah semua paper2 yang memecahkan,memenatkan,mengkecohkan,meng-takstabilkan dan memerah segala apa yang ada di otak aku ni.whoaa refresh balik otak aku ni setelah melalui semua perkara2 yang diatas itu.aissehh kepenatan yang tidak terhingga dari 27October - 11November 2009 ! ahaha.

Akhirnya semua bebanan menghafal dan membaca semua buku2 yang ada akhirnya selesai.Alhamdulillah.apa apa pon mari kita sama2 melafazkan kata merdeka beramai2 kepada aku dan budak2 yang sama habis paper dengan aku jom ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Yeaayyyy ! ahaha.akhirny..perkataan inilah aku tak sabar2 nak sebut tahu?Muahaha.tapi aku rasa tahun ni dan dalam masa 1month lebih ni laa aku kena enjoy puas2 wooo sebab apa?sebab nextyear gua sudah SPM gilaaa ! Ahaa masa depan tuu.Ahaa aisehh agak arr aku boleh buat ke tak enn.harap2 next year aku study smart anda bijak.HAHA.doa2kan laa aku nextyear belajar bersungguh2 nanti :D so apa apa pon aku dh merdeka sekarang ! so bak kata Bedah kita boleh tengok movie hantu hari2 dan kita boleh tulis lirik hari2 dan kita boleh onl selalu ! Yeayy enjoy yaww ! Hahaha.

Okayy hari ni pagi sebelum aku merdeka dan mengambil paper Tassawur,pagi didataran kejat.sambil2 cikgu memberi ucapan2 semua aku bebual laa ngan membe2 aku.then cikgu pon tegur cakap 'saya masih nampak budak2 yang pakai t-shirt lagi' mcm ditujukan kat form4 lah almaklumlah kita orangkan exam.so kenapa perlu memakai t-shirt enn.tapi aku tergolong dalam orang2 yang memakai t-shirt itu.wakakaka :)) alaaa malas woo nak pakai uniform sekolah.haha tu pasal aku pakai t-shirt sukan.hehe.so kenalah panggil diri kat depan enn.ramai jugakklah yang diri kat depan masa tadi.hehe.aku buat muka takbersalah je aaa enn kat depan.hehe then si pyp tegur aku ckp kau kena jugak?aku pon membuat muka.ahaha.lepas tu ada puan J dekat2 situ jugal.then aku pon tunduk kepala.haha.normal lah kalau ada masaalah disiplin sure orang tertunggu2 dia.haha.aku bukan apa rambut jee ni aku seram2sejuk.hehe.so lepas tu kita orang kena tulis nama kat buku.dh tulis2 nama semua aku dengan si fendy pon naiklah.The End.Hahaha


p/s : Sekali lagi Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! HAHA :D

20091108

Amr Diab - Ba3teref



Akhirnya aku jumpa jugak lagu Amr diab yang bertajuk Ba3tref ni haha,gila kau dalam banyak2 lagu si amr diab ni aku minat lagu yang ni woww gilaaa besstt ! Ahaha dari 2bulan lepas aku cari lagu ni.tapi cari2 takdapat sebab salah eja.HAHA gilalah lagu ni best woo.ahaha.so korang2 ni kalau2 bosan ke atau takda apa nk buat dgr2knlah lagu ini.

p/s : Fav song aku ni ! :D

Super Sunday !

Wow wow wow ! Negeri sembilan tahniah tahniah kerana memenangi Piala Malaysia tahun ini ! Yeayy syabas syabas ! ahaha sebenarnya aku tengok kelantan main malam tadi pon macam ala2 tk gerekk jee madah negeri sembilan je serang enn ahaha.lepas tu penyokong2 kelantan dah macam apa dah nak baling2 mercun laa botol laa apa laa.yang aku dengar semalam jurukamera Rtm kena baling dengan batu kepala pecah.Ayoo siapa yang baling?Itu Wallahualam lahh kan :D
Tapii sekali lagii tahniah negeri sembilan ! Hidup JOHOR ! Ahahaha :))



Harini pertembungan antara 2kelab gergasi inggeris yes yes siapa lagi kalau bukan Chelsea Dan juga Manchester United ! Yeaayy ! malam ni bertempat di Stamford Bridge london stadium chelsea ! jam 12malam/pagi Ahaha.so aku rasa kan Man U maybe terima je laa kekalahan tuu.walaupun aku sokong Man U sebab aku rasa chelsea dh power2 dh team dia tu lagi2 coach baru yang datangnya dari AcMilan kelab gergasi Itali tu enn.takpe takpe yang penting apa yang aku nak malam ni bukan saja kemenangan malah aku nak tengok 2dua team membuat perfomance yang hebat ! baru laa gempakk enn ni kalau madah chelsea jee hebat Man U main mcm gampang mmg aku tutup tv tuu aha.takpe aku tau chelsea menang takpe2 yang penting Man U forever and ever bebbb ! haha. so apa apa pon aku takkan terlepas peluang nak tengok match malam ni.Man U kalau kau kalah aku rasa tittle Premier League tahun ni memang tkda chance laa nak menang,tapi kena berusaha arr enn ! :D apa apa pon kita tunggu dan lihat jee malam ni weehooo Super Sundayy ! :))

p/s : Syabas negeri sembilan ! Go go go Manchester Untited ! :D

20091107

Malam Nii Ada 2 Match Final ?

Yawww sudah lama tk mengupdate ini blog yaa.haha.so exam dah nak dekat The End ! yeayy hari rabu sudah MERDEKA ! ahaha.suka pulakk aku tk sabar ni nak SchoolHoliday ! :D hehe
Okayy malam ni kan Football ada 2perlawanan Final.Ahaa antara Al Ihtihad Vs Pohang Steelers(Afc Champion) whuaaa gilaa gempakk tuu.aku sokong Al-ihtihad ! haha sebab cara main dia gerek.hehe.dan dan lagi satu antara Negeri Sembilan Vs Kelantan (Piala Malaysia) yeayy yang ini aku sokong aaa aa entah ehh aku rasa negeri sembilan banyak pemain2 muda kebangsaankan?dan aku dengar sepanjang piala malaysia ni dia tkpernah kalah kan?ahaa bagus boleh juara.dan dan kelantan ada Indra Putra tuuuu huiyoo ahaha kelantan pon hebat ! so aku sokong JOHOR ! Ahaha ehh ada ke johor?Tak tau johor pusingan suku akhir dah kena tendang awal2.HAHA tapi takpa johor tetap boleh bebb ! Ahaha.aku sokong 2dua lahh tapi asalkan masa kat stadium tu jangan ada yang baling2 besi ke papan tembok ke sudahlahh kan.nak bergaduh2 pulakk apa hal bebb.haha.so malam ni semua rakyat2 malaysia supportlah BolaSepakMalaysia ini ! Yeayyy Enjoyy yaww ! :D

p/s : Final Final Footbal ! :D