20140328

Kuala Kubu Selangor & Pulau Perhentian Terengganu

 

Assalamualaikum WBT

Kepada pembaca-pembaca... Esok Sabtu 29/3/2014 akan aku berangkat ke Kuala Kubu Selangor ada program pelancongan di sana bersama rakan-rakan semester 3 dan beberapa rakan semester 4 termasuk aku hingga Ahad 30/3/2014,Sehari je enn tapi pack!.
 Sebenarnya trip ke Kuala Kubu ni untuk students semester 3 Diploma Pelancongan je. Tetapi masih ada kekosongan dalam trip tu. Jadi aku,Tariq bersama Kak Su yang semester 4 ni gatal2 la nak pi turut serta sama :) 
Biasalah yang ketuai trip ni Mentor aku sendiri Puan Ima. So daripada aku TEDUNG bosan kat rumah minggu ni baik aku sekali pi sama. Perancangan last minute orang kata :)

Ok sekarang ke Pulau Perhentian di Terengganu pula. Memang ini adalah trip pelancongan untuk Dip Pelancongan sem 2 & 4 dan juga Dip Aturcara sem 3 juga. Ada dalam 70orang trip ini termasuk 3 pensyarah fakulti aku dan anak2 mereka. Inshaa Allah selepas habis trip di Kuala Kubu Selangor, selang 2hari lepas tu hari Selasa malam 2/4/2014 bakal aku berangkat pula ke Pulau Perhentian.
Dan Inshaa Allah akan pulang pada Jumaat 5/4/2014.
Semoga perjalanan pergi dan pulangku dilindungi Allah SWT. Moga selamat perjalanan ini. Doakan aku dan rakan-rakan yang turut serta ini ya pembaca2 sekalian :)

Sekian :)

No comments:

Post a Comment