20140208

Bicara Hati ( Kelapan )


Assalamualaikum WBT

Apa yang kita cari dalam hidup kita sebenarnya wahai sahabat semua?

Nampakkan bukan main push lagi intro aku. Hehe. Ya aku, engkau yang membaca atau siapa pun, kita semua tidak sempurna hendak dibicarakan tentang sifat atau apa yang ada dalam diri kita, dalam diri sendiri ada kelemahan masing2. Terserah, diri sendiri boleh menilai apa yang kurang pada diri. Itu boleh kita ubah sebenarnya pembaca2 sekalian. Itu adalah sifat dalam diri ini. 
Ingat pada pepatah 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih'. Aku taknaklah ulas panjang lebar pasal sifat-sifat manusia yang kurang enak ni yang sudah tentunya boleh diperbaiki kalau dengan usaha.
 Ok 
berbalik pada tajuk besar aku iaitu "Apa yang kita cari dalam hidup kita?". Bila fikirkan kembali walhal kita hidup ni hanyalah sementara, mahu saja jadi terngiang atau pun boleh jadi juga ternganga. Sebab apa? sebab memikirkan soal akhirat kelak. Dan lebih penting sekali waktu di padang Masyar. Ahh sebelum kita dibangkitkan di padang Masyar pun kita akan mati selepas kiamat untuk kesekian lamanya barulah dibangkitkan semula di padang Masyar.

Sejenak aku terfikir apabila....

Pernah tak korang semua terfikir yang apa kita dah buat kat dunia ni? Dalam surah Al-Baqarah ayat 165 Allah ada befirman maksudnya "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
Allah kata dalam ayat ni seakan-akan contohnya kita ni melebihkan Allah atau mencintai yang lain lebih daripada Allah. Siksanya tu Allah beri sampai kita tak sanggup lebihkan cinta kita dari Allah. Aku sendiri risau wahai pembaca2 semua. Aku sendiri tidak sempurna, aku sendiri ada silap aku dalam dunia. Tak terbayang ke kita sebenarnya tujuan kita hidup ni sebenarnya mahukan Redha Allah SWT. Kalau Allah tak redha? Apa boleh kita lakukan? Dan juga redha Ibu & Ayah kita juga penting. 
Pembaca2 semua, singkat saja kalau kita kira kembali amalan kita ni. Sepatutnya hobi kita adalah beribadah padaNya, Cita-cita kita adalah mahu dapat keredhaanNya dan Impian kita sepatutnya adalah mahu gapai SyurgaNya. SubhanAllah.

Cukup sampai sini untuk kita bicara akan hati kita dalam erti kata lain muhasabah diri kita. Aku menulis juga untuk aku dan juga untuk pembaca2 sekalian. Inshaa Allah sama2lah kita. 
Manusia tak lari melakukan silap, Tapi cuba ubah kesilapan itu dengan ingat akhirnya nanti adalah perhitungan di akhirat. Wallahualam.

Salam




No comments:

Post a Comment