20140219

Minggu-minggu Yang Sibuk

Assalamualaikum WBT


Setelah habis program minggu lepas Homssa Bersama Fatimah Al-Zaharah, bukan bermakna program seterusnya atau aktiviti seterusnya akan terus senyap dan tidak akan ada lagi ya. Sebaliknya terrrrrsangat-sangatlah sibuk. Ya, minggu ini aku sibuk dengan MidTerm empat subjek. Pertama dah lepas subjek Account, kedua pun dah lepas subjek Akidah, Ketiga pun sudah selesai baru je tadi pagi subjek Transportation. Dan makanya esok hari keempat Midterm subjek Tourism Geography. Oh~ terus menerus Midterm kelas aku ni. 
Dalam masa yang sama jugak sibuk menyiapkan kerja-kerja sebagai exco dan sebagai unit Protokol untuk Festival Tradisional & Keusahawanan Hospitaliti yang akan berlangsung 24-27hb Februari 2014. Inshaa Allah moga Allah permudahkan segala urusan ini. Aamin ya rabbal alamin.

Baiklah itu saja. Post seterusnya barangkali selepas minggu Festival. BARANGKALI. 


20140216

Homssa Bersama Fatimah Al-Zaharah

Assalamualaikum WBT

Syukur alhamdulillah, Semalamnya aku dan rakan2 dari KUIM dan persatuan fakulti Homssa telah selesai mengadakan program Homssa bersama anak2 yatim Fatimah Al-Zaharah di Bukit Katil Melaka. Aku sebagai dok jadi timb pengarah ni dok sibuk minggu lepas untuk selesaikan program ni. Syukur semalam dah selesai program yang dicadang 2bulan sebelumnya ni. Walaupun letih tapi cukup memuaskan. Terima kasih kepada warga Kompleks Anak2 Yatim Fatimah Al-Zaharah juga adik2 FAZ yang sama2 memeriahkan lagi sukaneka yang Abang2 dan Akak2 KUIM buat tu ~
Ok nak diceritakan pasal semalam, dok jadi Timb Pengarah pun sebenarnya kena main game2 yang diberi oleh Urusetia2 yang ada tau~ dalam kumpulan aku tu adalah 3orang dari warga fakulti aku juga junior aku dan 4orang anak2 yatim FAZ. Semuanya sempoi2 semuanya sporting. Ahh nak cerita rasanya macam banyaklah. Biarlah cerita disimpan menjadi kenangan hidup ni :)

Beberapa keping gambar utk tatapan anda

 

YDP (Kak Ain), Dent dan Kak Su :D


Inilah ahli kumpulanku ~ 


Dok main game BOM ~ Walaupun tewas ~ Tapi PUAS!


Aku & Dent bersama anak2 buah masing2 ~



Lari kejar tepung kee adik2 oii~


Tiup cari gula ye


Dok bisik kat adik ni cakap "Pokok2 janganlah merajuk, saya sayang awak"


Last2 aku yang kena jadi leader...


Buat aksi Gyiomi ~



Sesi pemberian hadiah bersama Penysarah fakulti~



Yeaaayy :D

Terima kasih kepada Pengarah Hakim, Timb Pengarah Ammar , YDP Kak Ain, Pegawai Pengiring, Urusetia serta Peserta2 dari kalangan HOMSSA, FPH & Anak2 Yatim Fatimah Al-Zaharah. Syukran jazilan :)

Alhamdulillah sangat menyeronokkan :)









20140208

Bicara Hati ( Kelapan )


Assalamualaikum WBT

Apa yang kita cari dalam hidup kita sebenarnya wahai sahabat semua?

Nampakkan bukan main push lagi intro aku. Hehe. Ya aku, engkau yang membaca atau siapa pun, kita semua tidak sempurna hendak dibicarakan tentang sifat atau apa yang ada dalam diri kita, dalam diri sendiri ada kelemahan masing2. Terserah, diri sendiri boleh menilai apa yang kurang pada diri. Itu boleh kita ubah sebenarnya pembaca2 sekalian. Itu adalah sifat dalam diri ini. 
Ingat pada pepatah 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih'. Aku taknaklah ulas panjang lebar pasal sifat-sifat manusia yang kurang enak ni yang sudah tentunya boleh diperbaiki kalau dengan usaha.
 Ok 
berbalik pada tajuk besar aku iaitu "Apa yang kita cari dalam hidup kita?". Bila fikirkan kembali walhal kita hidup ni hanyalah sementara, mahu saja jadi terngiang atau pun boleh jadi juga ternganga. Sebab apa? sebab memikirkan soal akhirat kelak. Dan lebih penting sekali waktu di padang Masyar. Ahh sebelum kita dibangkitkan di padang Masyar pun kita akan mati selepas kiamat untuk kesekian lamanya barulah dibangkitkan semula di padang Masyar.

Sejenak aku terfikir apabila....

Pernah tak korang semua terfikir yang apa kita dah buat kat dunia ni? Dalam surah Al-Baqarah ayat 165 Allah ada befirman maksudnya "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
Allah kata dalam ayat ni seakan-akan contohnya kita ni melebihkan Allah atau mencintai yang lain lebih daripada Allah. Siksanya tu Allah beri sampai kita tak sanggup lebihkan cinta kita dari Allah. Aku sendiri risau wahai pembaca2 semua. Aku sendiri tidak sempurna, aku sendiri ada silap aku dalam dunia. Tak terbayang ke kita sebenarnya tujuan kita hidup ni sebenarnya mahukan Redha Allah SWT. Kalau Allah tak redha? Apa boleh kita lakukan? Dan juga redha Ibu & Ayah kita juga penting. 
Pembaca2 semua, singkat saja kalau kita kira kembali amalan kita ni. Sepatutnya hobi kita adalah beribadah padaNya, Cita-cita kita adalah mahu dapat keredhaanNya dan Impian kita sepatutnya adalah mahu gapai SyurgaNya. SubhanAllah.

Cukup sampai sini untuk kita bicara akan hati kita dalam erti kata lain muhasabah diri kita. Aku menulis juga untuk aku dan juga untuk pembaca2 sekalian. Inshaa Allah sama2lah kita. 
Manusia tak lari melakukan silap, Tapi cuba ubah kesilapan itu dengan ingat akhirnya nanti adalah perhitungan di akhirat. Wallahualam.

Salam




20140206

Kem Kempimpinan Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah syukur penulis blog ni masih berkesempatan untuk berkongsi cerita dalam blog ni. Masih diberi nafas hidup dan masih diberi ruang menikmati keindahan duniaNya ini. Syukur.

Ok, nak saja aku mula intro ni dengan terus menceritakan pengalaman menjalani Kem Kempimpinan di Gunung Datuk ni. Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui betapa besarnya pengalaman ini bagiku dan rakan2 kempimpinan yang menjalani kem di Gunung Datuk ni. Banyak pengalaman ditimba dan banyak input yang diperolehi bila masa berada di Kem ni selama 3 hari 2 malam.
Biar sajalah pengalaman ini disimpan dan dipahat di dalam hati aku dan rakan2 yang menjalani ni.

Tonton sajalah beberapa keping gambar yang sempat diambil untuk tontonan anda semua, inshaa Allah.




Ohhooii kena tutup mata weh main game ni ~


Bersama Hafiz 


Bersama Fizi, Mubin & Pak Bilal 



Sesi tolong masak memasak. hokk alohh gaul tepung je kot enn ~


Kami dari Kumpulan TIGA ! Merah uollss ~



Rehat di checkpoint puncak gunung. 


TIGA ~


Waktu makan beramai2 bersama (Kump kami masak sendiri ya)


Kumpulan Merah yang diberi nama "Laksamana Cheng Ho"




Suku daripada jejaka2 yang bersama di Kem Kempimpinan :D


Apakah?


Di Puncak gunung beramai2.


Abaikan mukaku~


Mendaki dan terus mendaki



Ini adalah tempat di mana tangga yang perlu dipanjat sebelum ke puncak gunung. 


Ini tangga terakhir sebelum sampai ke puncak gunung ~


*Betapa di Gunung Datuk*


Suasana hutan Gunung Datuk ~

Alhamdulillah selesai tonton gambar yang ada? Sebenarnya banyak lagi gambar2 ada. Ni adalah suku dari yang hadir. Ramai lagi dari kumpulan2 yang lain. Saja nak perbanyakkan gambar kumpulan aku ni je :D

Kumpulan TIGA dapat nombor Dua untuk keseluruhan permainan. Syukur2. Apa pun aku rindu semuanya, semuanya yang terlibat di dalam program Kem Kempimpinan Gunung Datuk ni.

Terima kasih kepada Fasi2 dari Titian Insan Kamil yang memimpin dan membuat permainan2 yang menarik kepada kita pemimpin-pemimpin KUIM sesi 2013/14 ni. Walaupun letih tetap hati ini puas dalam keletihan tu.
Kami dengar cerita bahawa siswa/wi kuim adalah yang terawal sampai ke puncak ke Gunung Datuk memakan masa hanya 1jam40minit saja. Sebelum ni paling awal 2jam. Hehe :D

Kami Rela Dipimpin Demi Untuk Memimpin. Inshaa Allah. Syukran Jazilan.