20140130

Ceritera Saja Selamba


Assalamualaikum WBT

Syukur alhamdulillah selesai sudah kerja-kerja yang berat aku rasakan hampir 70%. Aduhai kesibukan melanda diri semester ini. Entah kenapa semester2 sebelum ni tak sesibuk semester ini. Kebarangkalian umur meningkat maka tanggungjawab pun meningkat. BARANGKALI ~
Alhamdulillah minggu ini selesai Tugasan yang diberi oleh penysarah-pensyarah setiap subjek. Sudah pun melaksanakan tugas pembentangan dalam minggu ini. Tidaklah kesemuanya, tapi boleh dikatakan 70 % tu alhamdulillah siap :D
Tugasan yang diberi pensyarah2 tu satu hal tau. Satu hal lagi dok sibuk pegang jawatan exco ni. Ohh~ Macam2lah dugaan dan rintangan yang menimpa. Tapi alhamdulillah 65% kerja untuk persatuan ni sudah siap. Almaklumlah dok sesi ke2 pegang jawatan ni dah. Bulan 3 ni dah nak letak jawatan dah. Dok kasi sajalah pada orang lain. Pening dah woii ~ Tapi syukur timba ilmu pengalaman yang tak dapat dimana2 :)

Cerita pasal exco persatuan HOMSSA ni, esok aku akan berangkat ke Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan. Ada KEM Kempimpinan di sana bersama MPM KUIM dan Persatuan2 setiap fakulti. 
Moga dipermudakan aktiviti2 di sana yang akan berlangsung selama 3hari2malam. Aamin ya rabbal alamin
JENUH AKU NAK NAIK GUNUNG TU NANTI WEH!
Pulang aku ke Johor Bahru ahad ni. Seterusnya cuti seminggu duduk di rumah sajalah. Wuhhhuuu tak sabaq nak balik JB :D Waaalaauuupun yang lain ramai dah pulang ke kampung halaman masing2. Sadisnya tapi tak mengapa ~

Ok di sini saja. Post seterusnya tunggu aku balik dari KEM nanti yo ~ 
Assalamualaikum. Boii ~

20140128

Sentiasa Ada Untuk Kita

Assalamualaikum WBT


Yakinilah dan Percayalah. Allah SWT sentiasa ada untuk kita, hati ini milik Allah. Doalah pada Allah melalui hati. Inshaa Allah jika diizinkanNya tertunailah doa kita tu. Alhamdulillah ya Rabb :)

20140125

Cerita Apa Dah & Akan Berlaku



Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah pengarang blog ni sihat2 saja. Resdung itu perkara biasa jadi jangan kaitkan dengan topik kesihatan disitu ya :)

Dah beberapa minggu tak update benda alah ni sebenarnya. Ok apa yang sudah berlaku? Urm... Oh ya sibuk dengan assignment yang belambak diberi oleh pensyarah2 KUIM ni. Sibuk dengan kelas dan Presentation dan menyiapkan tugas2 akhir semester sebagai seorang Exco Pembangunan Insan & Perpaduan HOMSSA. 
Jumaat sebelum ni punya program perarakan Maulidur Rasul peringkat KUIM. Petangnya pula aku ke Pusat Anak2 Yatim Fatimah Al-Zaharah di Bukit Katil Melaka bersama Hakim & Dent.... Selebihnya tak perlu cerita rasanya. Dok jalan2 je la ~

Nak kata sibuk memanjang tu tak adalah. Kemalasan melanda menyebabkan aku malas nak update. 
Program seterusnya dan apa yang akan berlaku? Inshaa Allah dalam minggu ni. 31-2 hb Febuari 2014 ni mungkin KEM di Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan bersama semua ahli2 yang memegang jawatan tertinggi termasuklah Exco2 setiap fakulti di KUIM ni dan juga bersama MPM KUIM. Doakan supaya kami semua selamat pergi menjalankan aktiviti dan selamat pulang.
Seterusnya cuti Midsem & Cuti hari raya Cina. 

Sekian. 

20140117

Dunia Sosial Dibuang Satu-Satu


Assalamualaikum WBT

Tajuk aku berkaitan dunia sosial. Bukan dunia sosial korang pun sebenarnya. Tetapi disebaliknya iaitu dunia sosial aku sendiri. Ya, saja hendak nyatakan disini kenapa dan mengapa aku hendak mengurangkan dunia sosial aku sendiri ni. Cuma aku rasa bila lagi bukan? Contohnya permulaan aku deactivekan akaun Twitter ~ Satu2nya laman sosial yang agak digunapakai ramai hari ini. Aku deactive di atas sebab2 tertentu. Aku risau aku takut sebabnya terlalu banyak tweet2 yang lagha, memang ada tweet2 yang berunsurkan islamik berunsurkan kebaikan. Tapi lebih aku rasa TIDAK untuk aku teruskan, dunia akhir zaman ni Syaitan lagi berlumba-lumba nak sesatkan Islam ini sendiri. Jadi apa2 boleh terjadi kalau tak pandai mengawalnya. Di atas sebab2 tertentu aku pun tutup akaun Twitter aku serta merta :)

Sedangkan kita bersin pun Allah akan persoalkan di akhirat (Padang Masyar) kelak. Inikan pula perkara dan kata2 yang lagha kita buat dan katakan. Sungguh tidak mampu hambaNya ini mahu menjawab satu2. 

Teruskan jika kamu mahu, tapi ingat Allah Maha Melihat Allah Maha Mendengar Maha segala2Nya. 
Kalau perkara itu ke arah diredhai Allah. Teruskan :) 

Assalamualaikum.

20140113

Salam Maulidur Rasul





Ya Rasulallah salamun alaik 
ya rafi'assayani waddaraji 
'uthfatayya khairatal 'alami 
ya ahlaljuudi walkararami

Salam Maulidur Rasul. Sama2 kita perbanyakkan selawat kepada junjungan Nabi kita Muhammad SAW. Ingatlah Nabi Muhammad akan memberi kita syafaat utk kita kelak di akhirat. 
Selamat Ulang Tahun Hari Lahir wahai kekasih Allah. Kami merinduimu kami sentiasa ingatMu ya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


20140105

Minggu Taaruf Siswa (MTF) 2014

Assalamualaikum WBT


Bersama Tariq & Hakim


Sesi setiap ketua kumpulan melaporkan diri kepada Penghulu & Penghuluwati sebelum memulakan aktiviti :D


Amin,Kak Su,Tariq & Hakim ~



Urusetia2 dan Siswa/i sem 1


Explorace permainan campak belon air. (Katanya)


Khusyuk dengar soalan ni. Padahal kena telur lopeh ni. huhahuha



Yahoooooo~

Alhamdulillah selesai sudah MTF sesi 2014 kali ini. Syukur terima kasih kepada Warga Fakulti Pengurusan Hospitaliti & Warga Homssa ! Kepada siswa/i semester 1, anda semua memang terbaik! Tahniah! FPH HEBAT! :D

Alhamdulillah selesai semuanya :) 

20140102

Selamat Ulang Tahun Hari Lahir 21



Selamat Ulang Tahun Hari Lahir ke 21

Semoga hidupmu diberkati dan diredhai Allah SWT
Setiap kali itu doa yang dipinta. Moga doaku makbul padamu Inshaa Allah.

Tutup auratmu kerana Allah,
Jaga akhlakmu kerana Allah,
Tetapkan dalam hati pada Allah,
Juga perilakumu sebagai hamba Allah SWT

Aku jauh melihat dan hanya mampu mendoakan yang baik-baik untukmu :)

Assalamualaikum.

20140101

Selamat Tahun Baru 2014


Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah wa syukurillah kita sudah pun masuk ke tahun 2014 Masihi. Sudah berlalunya tahun 2013 untuk kita semua, segala kenangan telah kita tinggalkan untuk tahun lepasnya.

Masing-masing bila menceritakan akan tahun baru ini mesti punya azam dalam diri sendiri bukan? Jadi tanam dan ciptalah azam yang baik-baik. Yang paling baik adalah azam yang diredhai Allah SWT. Jika azam tu tak diredhai Allah macam mana nak mengatakan itu azam yang baik? kan? Jadi segalanya kerana Allah ok pembaca2 semua? :)

Aku? Aku tidak punyalah azam yang banyak untuk tahun 2014 masihi ni. Cuma adalah beberapa yang perlu dibaiki dari segi hati ini. Nak menjadi yang baik itu PASTI! Bagus dari sudut Agama ISLAM baik dari sudut Keluarga baik juga dari sudut Individu :)

Yang baik kita pertambah dan perbaiki dengan lebih elok. Yang kurang baik kita campakkan ia jauh2 dari hidup kita :)

Selamat Tahun Baru semua! :D