20130429

Bicara Hati ( Keenam )


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum WBT

Dunia hari ini menunjukkan betapa hebatnya dugaan anggota, dugaan hati, tersimpul di dalam satu dugaan iaitu dugaan Zahir dan Batin. Mengapa aku memperkatakan sedemikian? Kerana dunia hari ini terlalu penuh dengan maksiat. Melampau-lampau sehinggakan lupa kita akan agama kita ISLAM. Maksiat dengan pelbagai cara. Akan aku ceritakan contoh2 maksiat di bawahnya nanti.

Cumanya aku rasa sungguh kecewa, Lainlah orang yang bukan islam tidak menutup aurat. Itu pun jikalau ditonton dengan sengaja kita sebagai ISLAM pun dapat dosa. Inikan pula kita yang dilahirkan dalam ISLAM tetapi sendiri tidak memahami konsep ISLAM itu sendiri. Kelmarin aku berjalan di sekitar bandar Johor Bahru. Iyalah, bukan aku mahu memperburukkan Negeriku sendiri. Tetapi aku sungguh takut pada Allah. Wahai rakan-rakan. Jikalau penuh dengan maksiat di bumi Johor ini, Apakah anda semua tidak terfikir  boleh jadi juga Allah akan menurunkan Bala di muka bumi ini. Maksiat berleluasa. Allah Maha mendengar, Allah Maha melihat, Allah maha segala2nya.

Aku sendiri tidak pasti bahawa mereka ini lupa atau sengaja lupa. Tetapi tidak sedarkah mereka kita ini ISLAM. Ya aku juga bukanlah hebat sangat untuk memperkatakan orang sebegitu. Allah sendiri mengetahui apa yang kita lakukan di dunia ini. Allah saja yang layak membandingkan siapa yang banyak pahala dan siapa yang tak banyak pahala.

Bukanlah aku ingin memperkatakan mereka yang memperlakukan maksiat sedemikian. Tetapi aku sebagai saudara sesama ISLAM, Sudah tentu ingin menegur mereka yang begitu. Apa gunanya turun Al-Quran. Apa gunanya lahirnya Nabi Muhammad di dunia ini, Jikalau perkara zaman Jahilliah masih ada di muka bumi ini. Lebih2 lagi malu pada orang Islam kita sendiri.


Maksiat Zahir : Mata,Mulut,Telinga,Tangan,Kaki,Hidung apa segalanya tentang anggota badan ini. Jagalah dengan sebaik2nya. Kerana ini adalah aset yang akan bersuara di akhirat kelak. Anggota-anggota inilah yang akan bersuara, Mulut hanya berkata tidak saja. Anggota2 yang lainnya inilah yang akan mengatakan kebenarannya. 

Mata : Melihatkan perkara yang sia-sia. Terutamanya kaum Hawa. Ya Allah, aku sendiri tidak sanggup melihat apabila sebagai perempuan ISLAM. Memakai pakaian ketat2,menampakkan susuk tubuhnya sendiri, pakai skirt di khalayak ramai, tidak memakai tudung dengan sempurna. Aku cukup sedih! cukup cukup sedih! Mengapa anda semua yang sebegini perlu menunjukkan harta anda sendiri?
Tidak terfikirkah anda bahawa rugi sungguh Suami anda kelak, Sangat-sangat rugi. Kebanyakan lelaki sudah melihat harta istimewa anda sebelum Suami anda yang sebenar2nya halal buat anda tonton. Tidak rasa kesian ke? Alahai. 

Telinga : Mendengar sesuatu yang sia-sia, Itu juga dikategorikan sebagai maksiat. Dapat dosa kering tau rakan-rakan semua. Tapi kalau dosa kering dikumpul banyak-banyak. Tidakkah basah kuyup dosa tu sehingga dijadikan berat? Iyalah seperti mendengar lirik2 yang sia2. Mendengar perbualan orang yang tidak ada faedahnya. Elakkan dari mendengar perkara yang bukan2. 

Tangan : Allah memberi kita tangan supaya memegang perkara yang baik2. Perkara2 yang Allah suka. Memegang Al-Quran, Memegang buku-buku ilmu yang baik-baik. Bersalaman dengan Ibu Ayah. Bukannya untuk memegang tangan girlfriend boyfriend, Bukannya untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan ( Anda faham maksud saya apa ) bukan itu semua. Dosa besar jikalau memperlakukan sebegitu rupa. 


Maksiat Batin : Inilah paling ditakuti kita, kerana yang batinnya hanya kita sendiri yang mengetahuinya, kerana kita sendiri memahaminya. Batin merujuk kepada Hati. Wahai rakan-rakan semua, Hati ini sesungguhnya milik Allah. Allah sahaja yang memahami hati kita sendiri. Jadi eloklah dengan hati. Kalau hati kita sendiri tidak elok, bagaimana Allah mahu menerimanya? Cinta. Sudah pun berbicara tentang hati. Ingatlah sekali lagi rakan semua, Cinta adalah perasaan maksiat hati yang paling dasyat. Cinta pada yang belum halal untuk kita. Dikira maksiat juga itu. Cinta boleh, tetapi berlandaskan kepada Cinta yang benar, bukan dizahirkan kepada perkara yang terjerumus kepada Zina. Nauzubillah, elakkan ya rakan2. 

Kita ini ada Syurga ada Neraka kelak. Mana satu yang kita nak pilih sebenarnya? Syurga ke Neraka? Siapa yang mahu Neraka? Taubat lahun tidak ada siapa yang inginkan Neraka. Semuanya mahukan Syurga.
Jadi senang saja. Jika mahukan Syurga, Lakukanlah perkara2 yang Diredhai Allah SWT. Jauh dari segala larangannya.

Apa yang dikarang oleh aku ini bukan sajalah untuk kamu semua, untuk aku juga, Iyalah kita sebagai insan biasa sering melakukan kesilapan, Apa yang baik datang dari Allah, Kekurangannya adalah dariku. Jadi mohon taubat dari Allah. Allah Maha Pengampun. Ambil yang jernih buang yang keruh. Sama-sama perbaiki diri masing2. Wallhualam.

Wahai rakan pembaca sekalian.... "Islam ini MUDAH, Islam ini sepatutnya BERJAYA!" 

p/s : Sama-sama kita menjauhi maksiat. Ingat! Segala penyakit ada ubatnya :)



20130427

NAFAS ( Tujuh )


2011


Perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris diantara Manchester United menentang Arsenal jam 8.45malam, Manchester United kini di pendahulu Liga 10 mata di hadapan Arsenal yang sekarang ini berkedudukan nombor empat di dalam Liga. Arsenal yang kini hanya baki empat perlawanan untuk menghabiskan Liga hanya mampu melakukan  yang sehabis baik untuk mencapai taktha Liga Perdana Inggeris. Tetapi Man U yang jauh dihadapan adalah pasukan yang berkemungkinan akan menjulang piala itu.

Tetapi tetap juga aku berharap agar Arsenal mampu mengubah situasi permainan agar menjadi yang lebih baik. Minat aku di dalam Arsenal sejak berumur 5tahun lagi. Masih di dalam memburu piala yang sudah beberapa musim tidak dijulang. Aku mengharap dan terus berharap. SATU HARI NANTI.

Termenung berbicara di dalam hati Sa'adi Saadan ketika sedang khusyuk matanya melihat skrin TV yang berukuran 40inci. Astro Byond HD yang jelas terang dan tidak kabur warnanya. Memperlihatkan aksi perlawanan di antara Manchester United dan Arsenal. Itulah dibicarakan di dalam hatinya yang masih mahukan yang terbaik untuk Arsenal. Perlawanan berkesudahan seri 8-2 di menangi .Man U

Kelmarin waktu itu aku seolah-olah membiarkan saja apa yang dikatakan oleh Abang Man. Benar kata hati 'Tidak selamanya mungkin akan sama, Dan benar kata hati tidak mungkin juga dapat mengembalikannya, Tidak untuk aku memikirkan perihal kelmarin, kerana jawapannya terungkap segala-galanya. Apa yang aku terima akan aku terima seadanya....'.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
2002

Dato' Imran : Mana Mak kau ni lambat sungguh, Mengalahkan anak dara dia saja bersiap. Ish ish

Syuhada : Biasalah Ayah, Macam tak biasa pulak Ayah ni. Sat lagi ado la tu.

Dato' Imran : Syu ni betul dah bersedia ke nak ke nak masuk Universiti ni? Nanti di sana jaga diri baik-baik. Di sana bukan tempat yang selalunya Syu boleh bebas macam di rumah, Syu kena pandai jaga diri di sana. Kalau apa-apa terus call Ayah tau!

Syu : Iyalah Ayah, InsyaAllah Syu dah sedia dah ni, Kalau tak... takdo maknonyo Syu nak terima tawaran untuk amik course Diploma Accounting ni. Doakan saja Syu di sana nanti

Datin  : Apa lagi tu, cepatlah, Saya dah kat sini dok menunggu dari tadi.


Dato' Imran punya syarikat hebat di dalam Malaysia ini, Syarikat yang menghubungkan bahagian di dalam dunia. Tinggi lampai orangnya hidungnya agak tajam dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak kacak juga. 
Datin Katijah isteri kepada Dato Imran yang juga menjadi  Penysarah di Universiti Putra Malaysia, Ala-ala tinggi perempuan Melayu biasa. Kulitnya bersih putih, hidungnya tidaklah mancung tetapi menampakkan rupanya yang masih lagi muda.


Terhenti perbualan diantara Dato' Imran dan anaknya Syuhada Iman dipanggil oleh Isteri kepada Dato' Imran dan Emak kepada Syu. Kaki kanan Syu langkah masuk ke kereta BMW hitam biru milik Dato' Imran. begitu juga dengan Datin Katijah yang mengambil kerusi depan. Lain pula pemandu Dato Imran yang melangkah kaki kirinya dan terus memandu keluar dari pintu pagar yang tinggi lebih dari 2kaki.

Datin K : Syu, Mak nak kau jaga diri kat sana. Engkau tu perempuan. Ingat pesan Mak. Jaga diri baik2 di sana. Lepas akak kau kahwin, Engkau adalah anak perempuan terakhir Emak. Di sana bukannya tempat yang kau boleh buat suka-suka. Faham?

Syu : Iyalah Mak insyaAllah, Apa yang Mak cakap itu semua Ayah dah kasi tahu adik dah tadi.

Berbalas senyum Mak dan Ayah Syuhada. Mereka berbual berkaitan perihal keadaan di sana dan segala-galanya tentang anaknya yang mahu berpindah ke dunia yang lebih tinggi.
 Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah Universiti yang dipilih sendiri Syuhada Iman untuk jurusan Diploma Accounting. Mengeluarkan semua barang-barangnya terus ke sesi pendaftaran. Hampir seribu juga yang mahu mendaftarkan diri di UKM sesi ini. Macam semut berlumba-lumba mendapatkan bangkai lipas umtuk dijadikan makanan. Tiba pula giliran Syuhada yang berseorangan untuk mendaftarkan diri. Sejurus selesai mendaftarkan diri di Kaunter 1, pergi pula ke kaunter kedua bagi mendapatkan bilik di hostel. Kolej Ibu Zain dan terus naik ke tingkat 2 bertemu dengan seorang rakan sebilik bernama Siti. Berbuallah mereka berkenalan satu sama lain.

Ditinggalkan keluarga pada hari itu ada suatu perkara yang sukar baginya, Suatu yang merasakan dirinya keseorangan disini tanpa diteman siapa pun. Waktu itu Siti yang juga satu fakulti dengannya, tetapi berlainan course  menemani Syu ketika orientasi bagi pelajar-pelajar junior semester satu. Seperti biasa bagi senior-senior yang menjaga waktu orientasi ini selalu memberi taklimat kepada junior yang baru masuk, Apa yang bakal dilakukan oleh junior-junior mereka ini dan apa aktiviti-aktiviti bakal dilaluinya.
Agak gementar apa yang dirasakan oleh Syu buat kali pertamanya melakukan segalanya seorang diri, Selama ini Ayah dan Maknya yang melakukan segalanya untuk Syu, dan kali ini dia hanya melalui hidupnya sendiri sebagai Mahasiswi yang baru mahu mengenali dunia luar, dunia yang berdikari, dunia yang lain dari  dunia lamanya.

Setelah seminggu selesai orientasi di UKM, Siti,Nurul & Fatimah bersama Syu untuk ke Fakulti bagi sesi suai kenal bersama diantara Jumior semester 1 dan juga Pensyarah-penysarah di Fakulti masing2. Ketika itulah jejaka yang bernama Syah Putra muncul dihadapan Syuhada Iman, yang pada waktu itu sibuk mencari buku di dalam beg yang dibawanya, JATUH! buku miliknya Syu. Tunduk Syah Putra mengambil buku yang jatuh tadi kembali kepada empunya buku Syuhada Iman. Ketika itulah mereka bertemu dengan secara tidak sengaja, ketika itulah bayangan Syah Putra bermain diminda. Entah mengapa saat itu Syu merasakan dia hidup barunya di UKM sudah bermula.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ahhh! Bayangan minda saja itu semua! Ini semua tidak benar!".  Kembali Sa'adi berfikir tentang kejadian kelmarin. Tidak lama untuk dia cuba melupakan hal yang terjadi, Dia sudah pun memikirkan perihal kembali. Mana mungkin dia boleh melupakan seseorang yang sudah mengubah cara hidupnya dengan begitu mudah. Mana mungkin dia dapat melupakan insan yang membuatnya mengenal erti hati ke hati. Mana Mungkin!

Seperti hari-hari biasanya Sa'adi terus ke pejabatnya menguruskan segala perjumpaan beliau bersama pekerjanya. Menguruskan meeting dan itu lebih senang untuk beliau kerana dapat melupakan segala apa yang terjadi. Tidaklah dia terlalu memikirkan apa yang sudah difikirkan sebelum ini, Mainan mindanya tertumpu kepada projek-projek bakal dibangunkan. Fikirannya mahu jauh dari perasaan hati yang selama ini bermain di mindanya. JAUH JAUH JAUH!

2,3,4,5,6,7,8,9...... Sepuluh minit kemudian bila waktu meeting dijalankan, datang seorang pemuda yang berkulit cerah, cerah dari Sa'adi. Tampannya mungkin lebih dari Sa'adi...
Sekali lagi berbicara Sa'adi dalam fikirannya "Dia ni!..... Dia ini... haritu! Dia ke?! Betullah! Syah Putra tunangnya Syuhada Iman.... Apa yang dia buat dekat sini, Apa dia buat dalam perjumpaan dengan syarikat aku ni, kenapa dia memakai pakaian formal? mengapa dia duduk sebelah staff aku tanpa rasa segan silu?".
Terkedu Sa'adi dengan pe
lbagai soalan yang ditanyakan dan dipersoalkan dia sendiri. Dia sendiri bingung memikirkan apa yang sedang tunangnya Syu disitu.

Karim : Bos! Ini saya kenalkan. Rakan saya Tengku Syah Putra Bin Tengku Syahir. Dia ni arkitek yang hebat di Tanah Air kita, dan dia jugalah yang bakal menjadi arkitek untuk projek Kondominium 20tingkat itu nanti. Dia jugalah yang dah design projek yang tuan inginkan itu.

Syah Putra : Assalamualaikum, Saya Syah Putra, tuan boleh saja panggil saya Syah dan seperti mana yang Karim kata tadi, sayalah yang sudah mengirimkan beberapa design itu kepada Tuan.

Waktu itu Sa'adi hanya mampu mengangguk, senyum dibibirnya sedikit saja ke kanan. Diam memberi respon tanpa bersuara hanya mengangguk. Entah apa yang sedang difikirkan Sa'adi waktu itu. Yang mahu ditanyanya adalah apakah motif dunia ini begitu kecil?!

Bersambung*

20130424

Cuti Semester Bermula


Assalamualaikum,



HORRRAYYYYYYYYY!

Selesai sudah Pengajian Islam, Ticketing & Airlines Reservation, Elementry Economy, Fiqh Ibadah, CSC, Bahasa Arab2 & ELP 7 kertas peperiksaan akhir semester kali ini! Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur pada Allah. Selesai segalanya. Kerana segalanya sudah pun dilepaskan. Segala perasaan gugup getar nerrrbesss semua sudah tiada. Iyalah aku fikir sudah pun aku melakukan yang terbaik. InsyaAllah selebihnya tawakkal pada Allah. Untuk aku keputusan apa pun bakal aku terima dengan seadanya. Kerana itu adalah hasil usaha aku  selama ini. Tetapi kita juga mahukan yang terbaik untuk apa kita lakukan. InsyaAllah. Doakan untuk saya & rakan saya supaya keputusan yang bakal dikeluarkan adalah baik dan insyaAllah cemerlang! :D

Baiklah, cuti semester aku kali ini. Berfikir sejenak sebelum habis peperiksaan hari itu. Apakah mahu aku lakukan dalam cutiku Sebulan ini. Ya berfikir tentang kerja sementara ini... Bukanlah aku tidak mahu kerja, Cumanya kemalasan di minda ini sahaja. Dan mungkin aku mahu berehat saja di rumah. Berfikirkan tentang cara lain untuk aku membuat perkara yang lebih baik di rumah ini seperti mengarang blog yang sudah lama terbiar berhabuk semua ini. Mungkin tidak masuk akal bila difikirkan aku memutuskan untuk tidak bekerja dengan alasan sebegini bukan? Ya aku MALAS. Maaf kata. Malas untuk cuti sem sahaja untuk Kerja saja. Hihi.

Apa yang mahu aku lakukan lagi untuk cuti semester kali ini? Ya aku mahu DIET! Eh kejap! Diet Mar? Ibu masak sodap2 hari2 kau boleh ke diet? haha. Tidak mengapalah akan aku cakap dengan ibu supaya jangan masak sedap2 sangat. Muahahaha. Iyalah terpaksa jugalah aku makan kerana masakan seorang Ibu tiada tandingannya. Lagi2 Ibuku yang memang PAKAR masak. Jika diikutkan kalau masuk di dalam MasterChef DUNIA pun boleh menang. La la la ~ 
Apa yang boleh dilakukan hanyalah menjaga nafsu, bersukan(futsal), mengarang blog(NAFAS,Bicara Hati) & mungkin bakal aku akan mengarang satu cerita tentang aku dan Kolej Universiti Islam Melaka KUIM ini. InsyaAllah. Sudah 2 semester aku disini. Punya banyak Ilmu dan pengalaman dapat dipelajari. InsyaAllah.

Itu sahaja yang untuk kali ini. Untuk pembaca2 sekalian. Selepas ini jangan kata kenapa lambat update ya! Kerana aku bakal berada di sini selama 5minggu lagi! Klik saja www.ammararrasyid.blogspot.com ini untuk membaca kisah seterusnya. 

Wasalam :)

20130410

Peperiksaan Akhir Semester


Salam,

Sudah jarang untuk aku update blog ini kepada para pembaca yang sentiasa sudi membacanya tatkala aku sibuk dengan kehidupan harian aku di KUIM ini. Maaf ya pada pembaca, InsyaAllah 22hb ini pulang aku ke Johor Bahru dan kemudiannya akan aku update iyo.

Kepada pembaca-pembaca NAFAS & Bicara Hati. Tunggu sahaja ya kesinambungan cerita saya itu. 
Sekali lagi maaf, Semoga anda semua sihat selalu dirahmati Allah Swt. 

Wasalam.