20111030

Nafas ( Dua )


2011

Dikala hujung minggu Sa'adi tidak berkerja.
Awal pagi lagi Sa'adi sudah bangun & menyempurnakan solat subuh. kawannya Azlan mengajaknya untuk pergi berjoging dipagi hari ini. memang selalu itu yang dilakukan Sa'adi & kawannya dikala hujung minggu yang lengang waktunya.
Duduk ditepi pintu menunggu Azlan mengambilnya,menjenguk suasana di luar rumah,melayankan karenah kucing yang sedang bergurau dengan bola yang diberi oleh Sa'adi,lalu mengusap - usap badan si kucing itu. Sedang menunggu sa'adi pula termenungkan sesuatu . . .

2002

Pada tanggal tersebut telah genap dua bulan aku berkawan dengan dia. Sedang itu terus memberi mesej bertanyakan khabar pada dia & terus membalas mesej. Ada kalanya aku & dia gembira,berkongsi pengalaman,bergurau seperti lumrah alam biasa,Saat itu membuatkan aku lebih rasa indah untuk merasai sesuatu kehidupan yang berbeza. Sebelum melangkah lebih jauh aku memberitahu dia yang aku merasakan sesuatu iaitu perasaan ' SEGAN ' untuk berkawan dengannya tetapi dia memberikan aku semangat untuk mengenalinya apabila dia memberitahu pada aku yang dia tidak segan untuk berkawan dengan aku.

Sebelum itu,aku terlebih dahulu telah menghantar bunga kepada keluarganya. Maksudnya,aku sudah tahu hidup sehari keluarganya bagaimana. Boleh dikatakan dikalangan orang-orang yang penuh dengan kehebatan ilmu dunia. Itulah punca sebenar yang membuatkan manusia seperti aku segan untuk berkawan dengannya. Bukan niat aku untuk tidak mahu mengenalinya lebih dalam,sebagaimana aku katakan tadi aku segan untuk berkawan dengannya. Mungkin tiada sebab yang kukuh untuk mematahkan hubungan ini.

Terlalu mudah aku menerima sesuatu perasaan itu. Oleh sebab dirinya sempurna bagi pandangan mata aku. Sedangkan terlalu awal untuk aku mengungkapkan sesuatu yang tidak perlu diungkapkan. Mungkin . . . Itu sesuatu perasaan yang ikhlas dari aku,memang tidak boleh untuk aku menipu diri aku sendiri untuk menyatakan bahawa dia membawakan sesuatu yang baru dalam kehidupan aku.
Pernah juga aku mengenali wanita-wanita lain diluar,tetapi jauh berbanding Si dia. Amat berminat untuk aku melihat tutur katanya yang sopan santun dan gayanya yang lemah lembut.. ' PERASAAN ' inilah satu satunya yang tidak boleh kita tipu. Bermulanya aku berkawan,perasaan jujur datang kepada diri aku. Kata orang keikhlasan dan kejujuran itu amat penting untuk kita tempuh ranjau hidup yang panjang . . .

Azlan : SA'ADI SAADAN !

Sa'adi : Woooo ! Apa ni jerit2 kat rumah orang pepagi ni. Grrrr

Azlan : Aku panggil kauu dah berkali kau termenung lagi pahal kat situ ! Jom pergi !

Sa'adi : Heh ? hehe ye pun aku termenung janganlah macam tuu. Maaf bos ! Mohh !

Bersambung *

20111027

Nafas ( Satu )


Sa'adi Saadan .
Itulah nama yang diguna pakai aku Di dunia ini tetapi ramai yang memanggilku Sa'adi sahaja yang juga memberi maksud ' Bahagia ' didalam nama itu. Tinggal di Kota yang sedang meningkat naik,yang penuh dengan kesesakan orang ramai ,menetap dikota ini memang perlu cepat semuanya perlu cepat ! Susah untuk mencari tempat yang sebetul - betulnya untuk memberi ketenangan tetapi tidak mengapa kerana itulah salah satu erti kehidupan.

2001

18 Tahun.
Masih muda untuk aku hanya keseorangan. Tahun demi tahun menunggu saat masanya bilakan tiba setiap waktu yang selalu bermain diminda aku. Hari ini setelah 18 tahun menjadi sejarah hidup ditemukan untuk mengenali si dia. Pada November Ramadhan bulan yang amat baik tuhan telah memberi jalan hidup pada aku terus menemukan aku dan dia.
Aku tidak tahu apa tujuan sebenar takdir menemukan aku dengannya,adakah hanya untuk menghilangkan rasa keseorangan ini atau memberi nafas baru untuk nyawa ini.
Aku bingung untuk mendapatkan kata - kata yang bermain diakal fikirkanku

Seorang yang pernah aku kenal telah dulu telah datang untuk memberi jawapan kepada diri ini,seolah - olah memanggil kedatangan aku untuk mengenali dia lebih lagi. Jika nak diikutkan aku dan dia ' Umpama seekor burung yang telah lama tinggalkan sarangnya dan kembali bertemu semula ' Jika dibandingkan masa ibarat sebuah pondok yang telah usang,aku tidak pernah berbual dengannya,mahupun menegurnya. Takdir menemukan kami berdua setelah tujuh tahun saling tidak bertemu sua.

Saat indah bagi aku ialah dia menegur aku di satu laman sosial,pada mulanya aku benar-benar tidak mengenalinya malah untuk aku mengingati siapakah dia ohh siapakah dia. Itulah kali pertama dia menegur aku setelah dulu dikenalkan tetapi aku dia tidak pernah saling untuk menegur.
Apabila aku melihat raut wajahnya berkali-kali barulah daya ingatan aku menaluki kenangan,Aku seakan-akan tidak percaya yang dia masih dan boleh mengingati aku sedangkan aku tidak pernah terlintas difikiran untuk mengingatinya walaupun sesaat. Itu membuat aku merasa dunia ini akan bermula untuk Aku & Dia.

Kegembiraan tidak terhingga bila dihati mengungkapkan kata ' mencipta sejarah '. Aku seolah-olah menyelam ke dasar tanpa percaya yang itu benar-benar berlaku . Saat itu timbul satu perasaan yang luar biasa yang tidak pernah aku rasa .
Pada ketika dia menegur aku,aku tidak mahu melihat tanpa mata dan akal aku. Kemudian hari,setelah aku menggunakan mata dan akal aku barulah aku menegurnya semula. Aku memberanikan diri untuk meminta terus talian bimbitnya tanpa sebarang kata dia terus memberi . Ibarat pokok yang dapat menghirup udara segar tanpa kesulitan .

Bersambung*

LIBAS !

Aku baru habiskan tengok filem ' Libas ' . tahniah kepada pembikin filem ini , walaupun nampak ala2 kartun filem ni , tapi tersiratnya sangat bermakna ! pasal apa ? pasal filem ni menaikkan lagi semangat untuk pemain2 sepak raga ( Sepak Takraw ) Malaysia ! Bagus untuk pemain2 takraw malaysia cerita ni ! Kerana sepak raga adalah asalnya dari malaysia ! Yang cuba diambil oleh thailand ! kerana kita tengok berita takraw sekarang thailand menguasai permainan ni ! So jangan mudah mengalah Malaysia ! Come on ! Sepak Takraw milik kitaa ! GOO MALAYSIA !

p/s : semangat kejap aku tengok cerita ni . hikkkk ;D

20111026

' BadGuy '

Assalamualaikum ,

Aku baru habiskan drama korea yang bertajuk ' BadGuy ' ni . Okay GoodJob untuk penulis cerita ini ! Jalan cerita yang sangat baik,Jalan cerita yang lain dari yang lain . GoodJob ! Aku puji drama ni . Nak tahu kenapa aku puji cerita ni ? kenalah korang2 tengok sendiri . takboleh laa aku nak ceritakan,nanti tak gerek . haa 17epd cerita ni so 17jam aku tengok . ohh lama sungguh,banyak suspens cerita ni then ada part2 yang terrrgemmpakk punya wa cakap lu ! nak tau sila tengok sendiri dan faham apa erti kehidupan mereka,jalan kehidupan sangat menarik . kalau korang faham lagi cerita ni lebih dalam korang akan untung,kenapa ? pasal korang kena tengok sendiri . haha .

p/s : dalam 10 mata aku kasi 9.8 . mana lagi 0.2 heh ? adalah pasal . . . .

20111019

Untuk seorang kawan .


Assalamualaikum ,

Mungkin ini takdir yang ditentukanNYA . Apa pun yang jalan yang diberi pada kau . Kau kenalah redha tempuhnya . Tak semua diDunia ini indah Allah berikan pada kita,kadang - kadang ada pahitnya ada manisnya juga . itu harus kau faham wahai sahabat . Kita manusia biasa di Dunianya menjadi pelakon di muka bumi DIA . Maka berlakonlah bersungguh - sungguh untuk mendapat tempat disisiNYA . Ada kalanya memang patut kita bersedih adakalanya patut kita bergembira,Itulah erti kehidupan di Dunia ini sahabat . Jangan menyalahkan apa yang ditulis OlehNYA . DIA maha tahu segala - galanya . Apa yang boleh aku bantu,insyaAllah aku bantu . Jangan kau menyimpan sesuatu yang boleh luka dalam hati tu . okay sahabat ? Aku ada support kau ! :)

p/s : Jangan berfikir kau lemah dan orang itu lebih hebat dari kau . semua manusia sama sahaja,kau ada kelebihan kau dan masing - masing ada kelebihan masing - masing . Jangan lemahkan semangat kau !

20111016

Selamat Hari Jadi Nadzirah ;)

Selamat hari jadi ,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Nad,
Selamat hari jadi . . . .

;DDD Ewwaaahhh dah 18tahun yee Nad . Moga dipanjangkan umur & Ditambahkan lagi rezki :)
Tak sangka dulu sekolah rendah wish nad sampai sekarang pon wish nad jugak yoo ehehe ;D Semalam Ammar ada cakap yang Birthday yang paling Ammar ingat birthday Nad laa kan . Kenapa ? ******** Faham2 jee laa Nad kannn hoho :D

Nak Chocolate lagi tak Nad ? Wahaha . Maaflah Ammar takda apa nak kasi macam last year,pasal agak busy sedikit ehehe . Btw Jaga diri baik - baik yo Belajar Di negeri orang tu,GoodLuck to your study Take Care ;) Again Happy Birthday Nadzirah !

p/s : Maaf curi gambar Nad tu hihihi ;D Ehh lupa nak cakap ! Team kita semalam seri laa ! haha .

20111015

Lihat Dunia .


Assalamualaikum ,

Makin lama dunia ni makin kecil bagi semua manusia . kenapa ? kerana makin lama makin ramai yang mengenali antara satu sama lain , ohh sungguhlah kecil dunia ini . bila tanya kawan .

A : Weh B kau kenal tak C ni ?

B : Ehh kenal laa dia ni kawan aku . Kau kenal tak D ni ?

A : Mau tak kenal kawan dekat Facebook aku tu ! .

Haha kelakarkan ? kecilnya dunia . Lihat laa bila bertanyakan seseorang pada seseorang semuanya kenal antara satu sama lain,walaupun tak kenal rapat . tapi mereka kenal juga serba sedikit . Mungkin ada baiknya kenal untuk menghubungkan silaturahim tu . Tetapi korang tak rasa takut ke bila semua orang kenal korang , ye laa means kebanyakannya . hmm apalah ini juga untuk peringatan aku kadang - kadang takut jugakan mana tau ada orang buat kurang baik pada kita ke . Enthlah makin lama makin kecil dunia ni . hmm .

p/s : Mungkin ada baiknya , Mungkin ada buruknya . Fikir sendiri lebih baik :)

20111011

Waiting Of Love Part 10 ( Akhir )


Menyambut sekali lagi tahun baru iqbal sudah pun berusia 17Tahun ketika itu,fikirannya sudah pun meningkat matang tahu apa yang perlu dilakukan yang terbaik padanya . Segala apa yang difikirkannya membuatkannya lebih matang hari demi hari . berumur 17tahun adalah bukan senang bagi dirinya kerana pelbagai halangan & dugaan yang diterima bila berada di usia remaja ini . Baginya yang paling penting bila berumur 17tahun ini adalah untuk mengambil peperiksaan yang paling besar dalam hidupnya SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) .

Iqbal : Ohh aku dah 17tahun rupanya . Ohh aku dah remaja rupanya . Ingat lagi dulu masa aku kecil tengok abang dengan akak - akak sekolah menengah dan ingat mereka semua dah besar . Ohh rupanya aku pun sudah ke alam ini . ( Tersengih )

Apa perlu dilakukan iqbal adalah untuk meneruskan hidupnya seperti remaja yang lain,cuma dia tidak perlu untuk terjerumus ke alam remaja yang negatif . Syukur iqbal bukan seorang yang jenis begitu . Makin meningkat usianya makin pendiam orangnya iqbal ini . Dulu dia seorang yang petah berkata - kata ketika kecil . Terlintas dalam fikirannya berfikir balik apa yang pernah dikatakan oleh Uztazahnya ketika dulu berada di sekolah Agama .

Uztazah : Awak ini kecik - kecik banyak cakap,nanti dah besar mesti jadi pendiam punya . sama macam suami uztazah . ehe .

Iqbal : Apalah uztazah ni mana ada saya banyak cakap,saya suka cakap jee hehehe .

Bila dikenangkan waktu dulu itu Iqbal tersengih saja,entah serba sedikit betul apa kata uztazahnya itu . Perwatakan iqbal makin disimpan dan tidak selalu ditunjukkan pada kawan - kawannya . Mungkin perasaan yang baru datang kepadanya itu membuatkan dirinya seperti yang dikatakan oleh uztazah sekolah agamanya . Tentang perasaan yang tidak pernah pudar sedikit pun dalam hati iqbal walaupun hidup diusia remaja ini sangatlah luarbiasa cabarannya . Perasaan yang tidak perlu didatangi ke hidup iqbal,tetapi perlu ditempuhnya dan iqbal menerima perasaan itu sebagai jalan hidupnya .


Perlu apa lagi dalam hidup jika perasaa itu tiba - tiba datang dan tiada penyudah bagi perasaan yang lalu dan terus masuk ke dalam hidup iqbal . mungkin penyudah itu belum lagi sampai masanya,mungkin hari demi hari itu adalah jalan bagi penyudah perasaan yang diterima iqbal .

Cuma perasaan hatinya kepada Adlina saja belum pernah lagi berubah tidak sama sekali dalam hatinya untuk berubah,mungkin tidak begitu rapat lagi selepas setahun lebih itu . hubungan mereka makin jauh,tidak lagi berbalas email . cuma iqbal yang masih menunggu kehadiran Adlina yang masih dalam bayangan kisahnya disana .
Tidak pernah lekang hatinya untuk berubah,masih masih masih dalam hatinya ada seorang wanita yang bernama Adlina Afiqah itu .

Iqbal suka apabila menyambut tahun baru ini,kerana pada awal tahun jugalah ulangtahun harijadi Adlina . bila tiba hari itu iqbal memberi email pada adlina . . .

Iqbal : Haii Selamat Hari Jadi Adlina :) Moga2 dipanjangkan umur murah rezki yoo :)

Setelah beberapa jam kemudian Adlina pun membalas email dari iqbal . .

Adlina : Ehe terima kasih Iqbal :)

Terus iqbal tidak membalas apa apa email lagi,selepas beberapa hari lepasnya harijadi Adlina . Iqbal ternampak satu video yang di post oleh Adlina . pada mulanya iqbal tidak tahu video apakah itu,dia pun membukanya . Ohh rupanya video yang dirakam kawan adlina masa harijadinya . Itulah kali pertama iqbal melihat reaksi adlina yang dikejutkan oleh kawan - kawannya bila kawannya membawakan kek hari jadi untuk dia . Mendengar suara adlina buat kali pertamanya,iqbal bagai ditiup angin yang sayu dihatinya,raut wajahnya menampakkan keceriaan yang bahagia .
Itu tidak mengapa lagi,semasa penghujung video yang dirakam kawannya itu Adlina ada berkata . . . . .

Adlina : Yeaayyyyyy kita dah single ! . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . * TAMAT ( W - O - L ) * . . . . . . . . . . . . . . .

Kisah ini akan ada kesinambungannya . . . Terima kasih kerana sudi membaca ye semua ;) Terima kasih juga kepada yang membantu menjayakan W - O - L ini :)

Assalamualaikum .



20111005

Waiting Of Love Part 9 ( Resah )


Iqbal melihat gambar gambar Adlina Di Komputernya , ternampak juga gambar Adlina bersama Danny . Diwajah iqbal sentiasa tersenyum melihat raut wajah si dia senang tiada apa masalah . Lega hati iqbal tetapi disebalik lubuk hatinya hanya Tuhan saja yang tahu . Danny seorang yang baik,kacak,bergaya,tinggi dan seorang yang senang . Mungkin sebab itu Adlina terpikat pada Danny . Itu bukan menjadi masalah pada seseorang seperti iqbal . iqbal merasakan itu hanya sementara saja,dia tahu apa yang diperlakukannya ( Menunggu ) itu adalah satu kekuatannya .

Tahun ini menjadikan iqbal lebih mengerti apa makna kesabaran,yang mahu dicuba untuk perasaannya itu . Dia tahu dia perlu fikir yang akan datang,apa akan berlaku jika ingin menetapkan perasaan ( Menunggu ) dalam dirinya biarpun susah bagaimana sekalipun,sudah pun membuat keputusan sebegitu iqbal menyerahkan jalan hidupnya ditentukan olehNYA yang maha berkuasa .

Iqbal : Biarlah Allah saja yang menentukan jalan hidup aku ini . aku sedia menempuhinya .

. . . . . . . . . . . 10 Bulan kemudian . . . . . . . . . .

Iqbal tidak memberi satu email pun pada Adlina , sejak itu dia berdiam diri 10 bulan tidak menegur pun . cuma Adlina ada memberi ucapan selamat hari jadi pada Iqbal . itu membuatkan iqbal rasa yang adlina masih belum lupa akannya . bukan bermaksud tidak memberi apa - apa email pada Adlina itu untuk membuatkan iqbal hendak melupakan akan dia . bagaimana mahu dikatakan pon tidak tahu,mungkin Iqbal tidak mahu menganggu emosinya terhadap Adlina . Sejak itu mereka tidak begitu rapat seperti mula mereka kenali . berbulan mendiamkan diri . . .

Pernah salah seorang lagi kawan Iqbal masa dia berumur 16 tahun itu tanya soalan yang sama

Nor : Sampai bila ? lebih baik kau luahkan saja dari kau macam ini . kenapa kau bersusah payah untuk hati kau ni ? beritahu dia !

Iqbal : Takpayah laa lagipun dia dah ada Danny takpalah . Lagi sedih hati aku nanti kalau kena reject ( Gelak )

Nor : Kau ni aku cakap betul kau main main apalah kau ni Bal !

Iqbal : Iyee laaa bukan sekarang,nantilah aku kasi tahu . hehe

Nor : Suka hati kau laa bal,aku bukan apa . . . kau ni susahkan diri kau jee apalah !

Iqbal berdiam diri selepas tu tak membalas apa - apa jawapan pon . Pernah iqbal berkata jangan bertanyakan soalan itu padanya,dia tahu apa dia lakukan dia tahu . Walaupun itu perit dalam hatinya .

Iqbal : Buat apa aku ingin beritahu sekarang,Tiada gunanya kalau aku beritahu tapi hati aku masih dekat dia . hmm tunggu tunggu tunggulah . aku tak tahu apa mahu aku buat ni .

Resah tanpa malu bertandang ke hati yang tidak dikenali,meronta menyelubungi segenap hati,pembawa khabar nyata pada diri, gelisah mengungkap kebatilan .
Kadang - kadang menjadikan iqbal resah bila Adlina yang dirangkul oleh danny itu kelihatan agak mesra agak gembira . entah entah entah kenapa dia rasa macam ada sesuatu yang ingin mematahkan perasaannya itu . Terasa mahu cepat - cepat hilangkan sesuatu yang cuba menghalang perasaannya itu . Iqbal tidak sedari bahwa dia sedang cemburu akan Adlina bersama jejaka lain . . . .

Bersambung*


20111004

Waiting Of Love Part 8 ( Sampai Bila )


Iqbal : Aku pun tidak tahu sampai tahun bilakah akan aku menunggunya .

Hari hari iqbal menjadi sangat lain sejak dia memutuskan untuk menunggu seseorang yang tidak dia kenali . Tetapi hati kecilnya berkata yang dia akan capai apa yang hasrat hatinya mahu . Bukan memaksa tapi mengharap itu yang ada dalam isi kandung hatinya . Tiap detik , Tiap saat , Tiap minit , Tiap jam & mungkin Tiap hari itu bermakna bagi si jejaka Iqbal ini . pernah sekali iqbal mencuba untuk memilih bunga yang baru,tapi tidak akan bermakna baginya jika dihatinya memiliki seseorang yang sendiri belum memberitahu isi kandung hatinya .

Menunggu Pagi , Menunggu Siang , Menunggu Malam . Itu yang diperlakukan oleh iqbal setiap masa,biarpun hari hari dilaluinya adalah seperti insan yang lain tetapi hatinya tidak pernah berubah pada isi kata ' Menunggu ' . Bertanyalah seperti insan yang lain,iqbal akan membalas kata - kata itu seperti biasa,tetapi bila bertanyakan soal hatinya,tidak akan pernah dijawab olehnya kerana tersiratnya ' Menunggu ' itu masih didalam hatinya .

Iqbal : Hidup aku adalah hidup aku . Pahal aku boleh terrrrssyokk dekat dia ? Mungkin Tuhan menjadikan cerita ini untuk jalan hidup aku . Tak pernah aku kesal diberi cerita begini . Memang kadang2 itu rasa sukar,tapi lebih tenangkan hati aku . aku suka hidup dengan cara aku begini . Aku tak tahu apa akan datang,tetapi aku sedia menempuhinya ( tersenyum )

Memang kisah cinta Iqbal sangat sulit . kadang - kadang terfikir mengapa begitu . Tetapi itu jalan hidup yang telah dipilih oleh iqbal,usah bertanyakan soalan itu lagi,Iqbal mengharap doa dari kawan kawannya sahaja . Sehingga sekarang Al - Iqbal Putra menunggu Adlina Afiqah dalam hatinya entah sampai bila sampai bila sampai bila .
Mungkin bila bila . . . .

Bersambung *