20091030

Fuuuhhh 1weeks sudah berjalan *FinalExam*

Akhirnya dah 1minggu lepas finalexam aku.whuaarghh lagi 2weeks wooo.aisehhh.lama lama tkboleh kejap lagi kaa?haiyo.takpe takpe yang penting banyak paper yang agak aku ketakutan dah lepas.paper yang agak aku seram yang tinggal sejarah dan juga sc.ehh ehh lupa pulakk PJK tuu aaaa gilalahh subjek penting tuu.kalau tk lulus tkboleh naik form5 tuu.Wakakaka.
So paper sebelum2 ni semua aku dh buat yang terbaik,then korang doa2kan je lah result yang keluar nanti aku berpuas hati.heee :) hmm apa lagi nak diceritakan eh?aaa so dh 1weeks berjalan harini jumaat dapatlah aku cuti2 merehatkan otak dan minda ni kejap.rehat ke?Hampehh minggu depan ada exam lagi woooo ! Haha.adehh takpetakpe nanti bila dh habis exam jee aku jerit MERDEKA !.hahaha apa apa pon wish me luck yarh ! :D

p/s : Cepat2lah habis FinalExam ni !.Haha

20091026

Bahasa Melayu Kertas 1 & 2

Yeahhh harini dah habis 2paper whoaa pecah kepala dan agak letih otak dan tulang2 dalamanku ini wehh menjawab paper Bm.haha.whoaa bila lah nak habis exam nii ! cehh tak tau baru mula harini dah nak abes exam nii?*wakkluu.Ahaha.tadi paper Bm macam okay tk okay je.ahaha.but bolehlah aku buat.alhamdulillah.but yang part tatabahasa memang aku low gila.yang mana tau je aku buat,yang tak tahu.ehehe hentam sajalaaa.haha :DD yang lain tu okay lah kot.hope aku bolehlah capai target yang aku nak untuk Bm ni aminn :)
So tadi masa datang sekolah pagi naik ke kelas amik tempat duduk.aku macam biasalah kan kalau exam suka duduk belah2 tepi tingkap ni.dah dah tu jugak bawah ada padang angin kuat jee enn.lepas tu masa tgh fresh otak nk jawap paper aku tgklah pemandangan bawah kat padang budak2 form3 ada tournament futsal,almaklum lah budak dh habis Pmr kan mesti banyak aktiviti.so aku tgk adalah 5 6 membe form3 aku join futsal tu kan.ahaa tapikan diorang main macam **** HAHA taklah diorang main okay lahh tapi rasanya budak2 form3 tahun lepas main lagi gempak dari tahun ni wehh.Muahaha :DD
Yeahh harini aku agak letih otak jari2 aku letih tulang2 aku rasa nak patah duduk kat kerusi 2jam lebih segala2nya letih.Ahaha.so esok paper math.whoaaaaa pecahlahh otak aku esok kedinglah badan aku lepas ni tinggal sisa2 tulang(dalam mimpilah) aisehhh.takpelah buat je apa yang aku tau nanti.Haha.so apa apa pon gudluck to aku !.haha

p/s : Bm bolehlahh kot buat :DD Esok otak bersepah disekolah HAHA

20091025

MalangNyaNasibAkuHarini

Tak sangka kejap je dah nak finalexam kan kan.adehh.takpe esok paper bm.so aku dh study baik2 aku harap aku boleh buat laa.aminn.ahaaa harini bukan aku nak cerita pasal tu laa kan.hmm.entahh aku kadang2 terfikir apa yang Sir Alex Ferguson buat untuk team dia lawan dengan LiverFOOL !.haihh.strategi tak cukup menarik,gaya passing semua macam lawan biasa jee kau tahuu Sir Alex ! Wehhh lawan liverFool lahhh ! bukan kau lawan dengan team viethnam ke malaysia ke apa kau nak susun strategi mcm tu.dah 77minit masa terakhir baru aku tengok corak permainan stabil sikit bola dpt control semua.haihhh ! torres yang gol kan minit 65 tuu.ya Allah deffender semua macam gampang ! dah tu okayy lagi torres dh masukkan 1gol.lagi satu si vidic ni bagus kau main enn?ngokk padan muka kau kena kad kuning 2kali.bagus pandai sangat kau pergi tarik kaki si pemain liv apa pasal.tau lahh tak lepas kan dh kena kad merah.vuduh vuduh !.aaa aaa kira okay lagi si pemain liverFool Macherano kena kad kuning 2kali dan anda diminta keluar padang,aaa itu baru adil,tapi tak lama lepas tu 90+5minit tahuu?aku ingat boleh lahh Man U buat apa2 kan.Hmm ada ke si David Ngog tu boleh gol minit 90+6?aaaa?deffender semua naik atas tinggal Keeper sorang je kat bawah !.Bongeekk ! siakk !.geram pulakk lahh aku !.terus aku tutup tv dan tido malas nak fikir2 apa dah pasal tadi !.

Pagi aku bangun awal pukul 5.45 terus amik wudhu' dan solat subuh.terus aku siap2 nak ke sekolah.aku tak kan ingat pon apa yang jadi malam tadi.aaaa terus keluar van sampai ke sekolah.masa perhimpunan pagi,semua kawan2 aku yang Fan Man U duduk senyap dan tak berkata apa2.okay aku tahu diorang nak terima je kekalahan tu.hmm..so cikgu pon berkata2lah masa perhimpunan semua bla bla bla..tiba aku dengar suara Syafiq cakap Man U kalahh macam gampang ! dah tak power tu dah lahh ! kira percakapan dia tu dia tujukan dekat Fan Man U ni lahh enn termasuklah aku.ahaa,aku pon diam sebab aku tau tkboleh nak cakap apa,dah takde alasan dah.hmm.budak2 ni semua tak berkata apa2.Hahaha sabar je lahh.dan bila kat kelas aku dengan si tuek yang jugak minat Man U ni mengutuk pemain2 Man U.ahaha.tu lah main macam *** jee ! haihh dah tu lepas naik rehat tak silap enn.si NurynWalfiah yang datangnya dari kelas 4s terus datang ke kelas aku dan panggil aku.aaaaaaaa dia bawak aku pergi jumpa BEDAH AKA EVIL ! whuaaarghh terus si bedah cakap Man U kalahh !.Urgghhhh ! bedahh nasiblah geng2 kau disitu ramai yee kalau aku ada parang situ aku dah lama tetakk kau tahuu ! tak pon aku cekik kau kasi separuh matii !.geramm jee akuu ! Haihh.takpe2 bedah aku tau kau menang kali nii takpe2.Arsengal mmg tetap Arsengal kan kan bedah?Ahaha :P

Hmm harini malang sungguh nasib peminat2 Man U kat sekolah aku semua kena PUJI BAIK PUNYA !.Ahaaa apa apa pon dah 3kali berturut2 kalah dengan LiverFool ! takpe redha je lahh apa yang jadi enn.hmm

p/s : Aku tetap Fan Man U lahh wehh walaupun Kalahh !.Ahahaha :DD

20091021

Final Exam Next Week !



Hari pecah kepala tak lama lagi akan tiba.haiyo next week 27hb exam gila !.Huiyoo aku dh ready belom ni?macam tak jee.Adehh,habis habis rasanya kat sekolah semua chapter dah habis buat revision kan?aaa betol laa.tapi aku ni macam tak ready lagi je padahal nextweek ni dah FinalExam.haihh.takpe amar kau kena ready jugak walaupun kau tak sedia lagi.be cool be smart !Ecceehh :DD


Okayy tadi pagi masa beratur kat dataran kejat cikgu ada edarkan jadual waktu exam untuk form4.masa sebelum tu aku harap2lah exam sekejap jee.ohh okayy.tapii tadi masa aku tgk jee jadual dia.Whoaaa 3minggu wehh.yeke?takk takk 14hari.Wakaka.tapi kira 3minggu sebab ada paper yang aku tak amik.seperti Addmath,bio,fizik, dan lain2 yang kelas sc amik.Haha.biasalah aku amik Tassawur dengan Perdagangan je kan.aku tak sehebat korang2 ni enn enn?Haha.


All rite next week dh start exam mula dengan Bm kertas 1 dengan kertas 2.Haihh.aku yang seramnya part karangan 350patah perkataan tu.dengan tatabahasa.Whoaa.harap2lah aku boleh buat.aisehh.tapi takpe aku yakin aku boleh buat punya no hal laah kan kan?Hehe.
So tadi masa sekolah harini sepatutnya kelas aku dan kelas2 yang lain kena pulangkan buku teks.


so aku tadi tak bawak sebab agak berat.Muahaha :)) malas ckp jee arr kan.syuuttt.Haha,esok je lahh aku pulangkan nanti.ahaa :DD
Okayy apa apa pon next week aku kena buat betul2 yang sehabis baik aku boleh buat,so korang2 ni yang baca doa2kan lah aku ni yang tak seberapa bijak sangat ni tapi cerdik.Haha.doa2kan lah aku yee kawan kawan sekalian :)

p/s : Ya Allah Engkau bukakanlah mindaku ini dan Engkau permudahkanlah aku untuk menduduki peperiksaan akhir tahun ini Ya Allah. Aminn :)

20091017

Semalam Deepavali

Gilalah semalam raya raya raya deepavali agak best yee.Haha.
Aku yang sedang dalam mimpi kat mexico tba2 ada panggilan dari malaysia suruh aku bangun tido.Haha acap cal awal pagi,kejap awal pagi kee?HAHA so dia sanjay ajak datang rumah dia.whuaarghh raya deepavali kaa kita?Ahaha.so aku ingat si acap ni nak gerak lambat sikit.then bole lak kauu ajak awal2 ni.tak agak2.terus si khai cal aku dia cakap dia pon nak sertai kempen merayakan deepavali dirumah sanjay.Haha.so aku pon siap2lah.all rite dah siap semua si khai tunggu depan rumah aku pon bergeraklah ke bustop amik bas ke bukit indh.nak tauu takkk.Si acapp ni kata dia dh keluar rumah.,tapii tak keluar2 lg.siot arr aku tunggu kau nak dekat 45minit tau kat layang tuu?Perghh ! khai ohh khai sabar je wehh.kata naik teksi last2 bus yang berwarna oren jugakk yg kita nampakk diaa.Haihhh.Haha nasib lah masa tu aku takbalik rumah terus tunggu si acap dgn wan.ahaa.dalam masa tu kan yusra pon cal cakap aku kat mana semua dia pon nak gerak ke rumah si sanjay.haha suasana panas masa tu aku elakk bukak baju kat situ jee.dh arr panas tunggu si acap ni lagii.haihh.macam2 arr.kira semua ni salah kau arr acap kan?muahahaha :))

Okayy aku pon teruskan jalan kaki ke bukit indah rumah si sanjau.jumpalah si takok,anam ngan si kedah.aaa satu sekolah laa kot tapi rpat gitu2 je.aha.so jumpa sanjay yang bwk kira orang ke rumah dia.kau tauu apa benda yang buat aku terkejot dtg rumah dia?gilalahh anjing POLIS wehh !.Haha makk aaiii besar besad aku jee kan anjing tu.dh arr warna hitam2 kekuningan.aha tgk aku macam nak telan jee.Haha,terus aku masuk ke rumahnya yang dijemput oleh ibunya sanjay aunty kita orang panggil.aha.terus aku dijemput masuk ke rumahnya.whuarghh cantik rumah sanjay dengan hiasan2 yang ada.haha tv cara tuu haha.ada kuih2 lah.sedap wehh.murruku tu yang aku cari2 selama nii.Haha.kita orang pon berbual2 ibunya sanjay pon ajak ke dapur makan makan.whoaaa aku makan thosaii wooo.lama tk makan kan.aunty ohh aunty thosai sedap woo.Hahaha.lepas makan semua aku pon duduk lah balikk kat ruang tamu sambil2 tengok bola.haha.lepas tu ada kereta datang si syaril,tuek,abey,matnor dan juga si syafiq datang,aaa semua atu kelas tuu.haha rombongan.maklum laa si sanjay ni rapat dgn melayu sebab dia kan main bola futsal semua selalu ngan kita orang.haha.habis penuh dengan melayu rumah kau sanjay.Haha.lepas jee dh rehat2 semua bebual2.aku,wan,acap,khai ngan yusra pon nak balik.okayy salam salam dengan ayahnya sanjay dan juga ibunya,dapat duet rayaa tuu wehh.Haha.suka jugakk arr.HAHA.aku pon gerak lah keluar sambil dipandang anjing yang bersize aku tadi.ehe.lepas tu acap ajak g Jusco bukit indah.woo gilaa lahh aku dh arr penat.takpe laa kita orang berlima pon amik bas ke sana.

Lepas je sampai turun ke jusco bukit indah yang agak besar tu.aku pon jalan laa amik2 gambar sikit guna camera si yusra tu.ahaa so jalan jalanlahh dlam tu beli air semuua bla bla.then adalh sikit2 gambar kita org amik kan.haha.okay lepas tu wan ajak g angsana.woo tidakk lah aku kan.aku balik terus jee si khai ni yg ikot.haha lepas tu kita orag naik bas lagi aku terus balik ke rumah si acap ngan yusra turun kat perling.wan dan khai gerak terus ke angsana.aku tak tahu apa jadi kat diorang.aha asalkan diorang selamat.haha.haaa begitulah hari raya deepavali semalam kisahnya,ahaa okay laa not bad cuma aku kepanasan jee.elak aku hitam jee kan.haha.takpe letih2.


p/s : Gila penat tunggu acap dalam kepansan.Haha.Deepavali best semalam.HAHA :DD

20091011

Tagged Dari Makcikk NurynSexyMomo Aka Ezue

1) Besides your lips, where is your favorite spot to get kiss?

= Dahi dahi boleh?nak sangat ibu cium.haha :DD

2)How do you feel when you wake up this morning?

= Gila malas nak ke sekolah tahu?haihh.Hahaha

3) Who was the last person you took photo with?

= masa hari sabtu.hangout dengan membe dan bergambar di istana garden :DD

4) Would you consider yourself to be spoiled?

= Entahh entahh wehh.haha

5) Would you ever donate blood?

= Gila sedap tuu.nanti darah aku jadi banyak.HAHA

6) Have you had a bestfriend who was the opposite sex?

= Haa haa sure ada takkan takde kan.ramai ramai.HAHA

7) Do you want someone dead?

= Orang orang Kafir Israel !

8) What does your last msg says?

= Makcik bedah.kau pown tc.jgn dok pikir kan sgt.Baik syaf.HAHA

9) What are you thinking right now?

= Hmm.Triple A :)

10) Do you wish someone to be with you right now?

= Nak Triple A boleh? :DD

11) What is the time you go to bed last night?

= Aaa aaa tidur kat luar pukul 11 sebab ayah tgk Wwe.Hehe

12) Whare did you buy the T-shirt you are wearing now?

= Aaa baju abang aku yang aku cilok dari dia.baju sangat2lah lawa.Hahahaha

13) Is someone on your mind?

= Yes semua orang yang aku sayang ada dalam fikiran aku :)

14) Who was the last person texted you?

= Haa haa Makcik Bedah,Meera dan jugakk Makcikk Acha :)

15) Tag 8 random people to do this survey!

= Ayoyoyo ramai tu.bagi sikit je lah boleh?
1) Siapa2 lahh
2) Ameera Diana
3) Makcik Bedah
4) Kobain
5) Farah Ezaty
6) Dyana
7) Kak Wanie
8) Syiffa


16) Who is no.2 having relationship with?

= Aaaa aaa adalah rahsia dihati sahaja :)

17) Is no.3 a male or female?

= Female iaitu Makcik bedahh sebab selalu teman aku tengok movie dan ber ym-ing dengan aku.HAHA

18)Say something about no.1

= Entah entahh.haha

19) Is no.4 single?

= Baik gila.haha

20) Describe no.8

= Deyy machii yang selalu gurau senda.Hahaha

20091008

Demam Kali Ke-7

Hmmm yes yes aku catat rekod dunia.haha aku demam hari ni.okayy tahun ni aku demam dah 7kali.haihh apa lah nasib aku ni :( Yaa yaa maybe aku punya AntiBody aku lemah.Maybe kot.sebab aku rasa aku jarang makan vitamin.hmm :( hari rabu malam aku tengok movie dengan Bedah.then masa nak tido aku punya lelangit sakit,aku memang dah agak dah nak demam,aku tau bila aku nak demam je sure aku punya lelangit aku macam merah2 sakit.susah nak telan makan ke minum.bayangkanlahh menyeksa tuu haiyyoo.okay semalam aku memang tkboleh nak makan or minum.tapi makan jugaklah sebab kalau tk kelaparan aku.tapi sikit je.hehe.semalam aku just banyak selsema jee aku rasa bosan aku tengoklah movie dengan nenek.tengok cerita hantu indon.aha.masa aku tgk tu aku pause2 kejap.sebab aku selsema,so kejap2 g tandas.Hahaha.
Nenek aku pon diam jee.fahamlah aku ni nk demam :
Okayy semalam tengah aku demam2 kan petang tu sempat pulak aku Ber Webcam dengan si Eryn dan juga Makcikkk.haha.layan arr wehh muka aku pucat enn?Haha.apalah demam2 pon onl lagi aku ni.ish ish.haha.all rite malam semalam okayy aku nak cerita macam mana peritnya aku tkboleh nak tido ya amat !.haddoiii.susah nak tido kejap2 bangun.taktahan aku dengan selsema aku ni.haiyyooo.
Aku pon tersedar jam 9.30pagi.aku bangun dan tak tahu nak buat apa.aku rasa badan aku bisa2.lemah semacam je.entahlah normal lah bagi setiap orang yang demam mesti sakitkan.takkan happy pulakk.haha.harini aku rasa tekak aku sakit.batuk2 je.tapi lelangit aku mula sembuh.alhamdulillah takdelah seksa sangat.tapi cuma aku asik batuk2 je.aku kedapur tengok2 ibu dah masak mee goreng.wow.sedap aku pon apa lagi belasah je lah kann :DD
Lepas je makan terus aku makan ubat,then aku cari2 mana ubat batuk.tanyalah ibu.mana ubat batuk.boleh pulakk ibu cakap dah habis.ayoyoyo.okay aku makan je ubat demam.masa aku tengah baring2 tengok cerita Ac Sempoi kat bilik.ibu pon cakap dia nak keluar ke s'pore kejap.oh okayy.then aku dapat panggilan ibu cal ckp suruh dtg clinic.aku dengan tkmandinya terus keluar g clinic.tak jauh pon*Hehe.ibu kata dia ada beli ubat batuk.ohh okayy alhamdulillah :)
Balik jee terus aku telan ubat batuk tu.rehat rehat dan rehatlah aku dibilik :)

p/s : Aku harap esok pulihlah demam aku ni.aku nak keluar dengan kawan2 woo.haha.Ameen :)

20091005

'Please Rate This Lyric'

Takpernah kau kotakan cinta kita,
Seperti masa2 dulu lagi,
aku tetap bingung,
memikir ia..

Cintamu hanya milik aku,
takpernah aku menduakannya,
tapi engkau jangan,
memusnahkannya...

apa salahku,
hingga kau tegar selingkuh,
kau goyahkan ikatan kasih kita,
tegar kau duakan cinta !

kulihat kau berkasih dengan yang lain.
aku berpaling,menggenggam bunga di tanganku,
cincin di genggaman ku lempar,
punah harapanku untuk mengikat kasih,
rupanya kau sudah punya kasih lain..


penulis lirik - Ammar & Shaf

---------------------------------------------------------------

Okayy to all readers- lirik diatas ini adalah hasilnya dari aku dan juga shaf aka makcik bedah.actually kita orang bukan apalah,cuma kalau2 korangkorang yang baca ni ada pendapat lain atau ada ayat2 korang yang lagi hebat tu yang boleh dikongsikan untuk mencantikkan lirik ni lagi,kita orang cuma nak memastikan lirik ini betul2 perfect.hehe.so if korang ada apa2 pendapat yang boleh dikongsikan untuk lirik kat atas ni bolehlah postkan comment korang.eh kejap lagi satu if korang boleh bagi kita orang tajuk untuk lagu ni,boleh postkan jugak tajuk tu di comment yee :DD

p/s : Hasil kerja lirik ini bukanlah ditiru atau diambil dari siapa2.Harap Maklum*

20091003

2Manusia ke city square

Tepat pukul 11pagi aku siapsiap nak keluar dengan wan.mau ke bandar,okay kita orang bosan sebenarnya duduk kat rumah takde buat apa.so kita orang pakat arr nak keluar g bandar tengok wayang.aha,tapi tktau nak tengok citer apa.haha.okayy aku keluar.sampai je kat bustop dalam pukul 12gitu.wan msg cakap 'weh aku lambat sikit tau' haha.kau lambat sikit ke lambat banyak haa?ngok.aku tunggu dari pukul 12 sampai pukul 12.40 tahuu?Hahaha.ada pulakk kau tkcukup duitlah apa lah.ish ishh.aku dh siap2 kau baru ckp bla bla.haha.tapi takpe akhirnya si wan keluar jugak pegi.sambil2 aku dengar lagu time tu.ada motor datang,aku ingat siapa.ohh rupa2nya acap hantar wan datang bustop pulakk.haha.all rite si acap pon kesian tengok adiknya takde duit.terus dia keluarkan walletnya yang agak tebal tu.haha terus keluarkan Rm** ehh diam2 sudah.ahahaha :)) okayyokayy acap pon gerak balik.bas pon sampai.so naik lahh.takkan nk turun pulak kan?haha.


All rite bila aku dah sampai turun je bandar.aku tengok suasana bandar harini takdelah heboh sangat pon.biasa2 je.okay gud.haha.so jalan masuk terus ke level6.then naik ke level7.
kita 2orang pon tengoklah apa movie yang best.aku ingat nak tengok cerita Sorority Row.habis fikir2 balik dah lambat.aku sampai pukul 1.15.haha.cite tu start 1.25.agak agak arr.so kita orang mengambil keputusan tengok cerita Kuntilanak Kamar Mayat.
yaa yaa tengok tajuk dah tau itu cerita indon kan?Hahaha.okayy si wan ni cakap.ini cerita seram ni.aku pon iyee kan aja.ohh ohh best eh?aha.okay wayang start pukul 2.45,ehh ehh sebelum tu kan si wan cakap 'ehh itu bukan pqa ke?'haha yaa yaa aku nampak pqa aka kecik tadi dengan Bf dia.hahaha.woaahh dh ada bf tak kasi tau yee.haha.lantas aku pon tersenyum lah sikit.dia pon membalas.eccehh eccehh*haha.
so kita orang sempat2 lah lagi pusing2 kejap.aku pon terus ke CoolBlog(kalau aku hangout pernah tak aku tk cerita pasal coolblog?Hahaa)terus aku beli air fav aku oreovanilla.then si wan ni beli air dia.so kita terus ke bawah kejap luar.si wan nak sedut asap dia kejap.haha.dah selesai si wan sedut asap dia terus kita orang naik atas balik.beli popcorn.pukul 2.35 dah boleh masuk.so terus kita orang masuk.cari2 tempat(kita orang duduk kat belah tepi skali)Haha.okayy okayyy teruslah kita orang tengok wayang tu bla bla bla.
Okayy moral dalam cerita tu ialah...seram boleh laa.lawak semestinya si budak berambut kerinting.Hahaha weh wann aku nak pecah perot dalam tuu wehh !.Hahaha.perempuan dia.aku tkboleh nak tutup mata.Wakakaka.gila doe yang boleh tgk budak2 16ketas je yee.eh kita dh 16tahun kn?ohh bolehbolehh.HAHAHA.
Lepas je cerita buduh dan sengal tu habis.normal laa bagi setiap orang kluar wayang mesti cerita2 pasal apa yg jadi dalam cerita tadi kan.hehe.then si wan dah letih.aku pon sama.jam menunjukkan pukul 4.30ptg.so aku ngan wan pon gerak amik bas lain2.dia ke perling aku ke tampoi.okayy harini aku luangkan masa dengan begitu baik sekali.alhamdulillah :)


p/s : wan ohh wan nasib baik kau pergi.kalau tak melepas nak tengok cerita tuu.Haha.part aku tktahan yang rambut si kerinting tu jadi punk bila jumpa hantu.Muahahaha :))

20091002

Game Fifa10 dah keluar !.

Harini aku tak kesekolah.kenapa?adalah wehh.korang nak tau?aku kan lama dh tkponteng sekolah.so harini buat cuti sendirilah beb.aha.lagi pon semalam dah kasi tau cikgu dah yang tknk datang harini.cikgu cakap buat surat.hahaha all rite surat temberang aku buat nanti.Muahaha :))
Okayy harini aku bangun jam 10pagi.terus aku ingat meera cuti harini.so cepat2 txt dia kan.dia pon rply bla bla bla kita txt.aku pon terus gerak pergi mandi.lepas tu sambung balik baring tengok tv.takde bende nak buat wehh*Ahaa.lepas tu tengok channel 811 ada cter soccer kids untuk budak2 malaysia ni.aku tengok diorang main not bad lah budak2 under12.pelapis2 bola sepak malaysia akan datang insysaallah :)

Masa tengah tengok tu jam dah pukul 11.tiba2 je kedengaran suara ibu,adik adik ikot ibu g kipmart jap nak beli barang banyak.esok kawan2 amir datang nak masak nanti.wo wo wo aku letiih ni.tapi takpe aku pon terus siap2 terus keluar dengan ibu,semasa dalam kipmart tu aku g beli coolblog dulu(beli air OreoVanilla)biasanya kalau g coolblog air tu je aku order.Haha.
So cari barang2 dapo kat dalam tu bla bla bla aku pon g kedai cd game.weh wehh Fifa10 dah keluar bebb !.gila tak sabar aku.terus aku pakai duet aku membelinya.Hahaa.jam dah menunjukkan pukul 12.20 so aku terus gerak balik ke rumah.pukul 1 macam biasalah jumaat kan so gerak ke masjid.then balik jee terus aku main game Fifa10.Hahaha.boleh laa tahan grafik mcm biasa tp dia punya game banyak yang baru.ceh aku cakap ni mcm korang tau2 je kan*HAHA
All rite dah main semua aku terus buat hw kejap.then baru onl.haha itu lah harini punya cerita,kejapkejap esok nak hangout wehh.tapi kawan takde pulak.ayoyoyo.Haha.

p/s : continue main fifa10 lahh wehh ! :DD