20140328

Kuala Kubu Selangor & Pulau Perhentian Terengganu

 

Assalamualaikum WBT

Kepada pembaca-pembaca... Esok Sabtu 29/3/2014 akan aku berangkat ke Kuala Kubu Selangor ada program pelancongan di sana bersama rakan-rakan semester 3 dan beberapa rakan semester 4 termasuk aku hingga Ahad 30/3/2014,Sehari je enn tapi pack!.
 Sebenarnya trip ke Kuala Kubu ni untuk students semester 3 Diploma Pelancongan je. Tetapi masih ada kekosongan dalam trip tu. Jadi aku,Tariq bersama Kak Su yang semester 4 ni gatal2 la nak pi turut serta sama :) 
Biasalah yang ketuai trip ni Mentor aku sendiri Puan Ima. So daripada aku TEDUNG bosan kat rumah minggu ni baik aku sekali pi sama. Perancangan last minute orang kata :)

Ok sekarang ke Pulau Perhentian di Terengganu pula. Memang ini adalah trip pelancongan untuk Dip Pelancongan sem 2 & 4 dan juga Dip Aturcara sem 3 juga. Ada dalam 70orang trip ini termasuk 3 pensyarah fakulti aku dan anak2 mereka. Inshaa Allah selepas habis trip di Kuala Kubu Selangor, selang 2hari lepas tu hari Selasa malam 2/4/2014 bakal aku berangkat pula ke Pulau Perhentian.
Dan Inshaa Allah akan pulang pada Jumaat 5/4/2014.
Semoga perjalanan pergi dan pulangku dilindungi Allah SWT. Moga selamat perjalanan ini. Doakan aku dan rakan-rakan yang turut serta ini ya pembaca2 sekalian :)

Sekian :)

20140323

TAJUK "Nenek"


Assalamualaikum WBT

Sepatutnya post sebelum ini akan aku ceritakan akan kisah2 menarikku sepanjang aku tidak update dah hampir sebulan. Tapi itu nanti-nanti sajalah. Ya! Nenek masuk hospital haritu diberitahu oleh Ibuku sendiri. Hari itu hari Isnin yang lepas. Tapi sudah dibawa keluar dari Hospital di Singapura pada Rabu lepas. Doktor kata pada Ibuku yang seakan berbunyi "Bawalah ibumu balik, berilah dia makan apa saja dia mahu, diberi masa 2 atau 3 minggu, Apa pun bersedialah." (Translate dalam English sendiri) Kerana doktor tu cakap orang puteh ~

Setelah mendengar khabar tersebut aku mengambil keputusan untuk pulang ke Johor Bahru pada Jumaat yang lepas ni, dek kerana Passport ku belum renew lagi. Hari ini Ahad aku telah renew Passport aku.
Cerita pasal renew Passtport ni, Dok dari jam 7.30pagi dah sampai Pekan Rabu tu, beratur panjang nak ambil nombor giliran.... jam dah menunjukkan 9.25pagi barulah aku sampai untuk ambil tiket yang bernombor pendaftaran 1218. Ok nampakkan 2jam aku TEDUNG berdiri? ok itu takpalah. 
Sudah aku pun tengok Nombor bilangan masa tu baru 1098. Jadi menunggu dan menunggu sampailah jam 12 Tengahari barulah giliran nomborku dipanggil dan diberi butir2..... dan 2.30 petang ambil passtport terus ke Singapura. MALAS NAK TAIP PANJANG2. Korang bukan baca pun. 

Seorang diri ke Singapura dari Checkpoint JB... Sampai di Checkpoint Temasik, Jumpa Ibuku dan dah lepas salam Ibu. Tahu tak apa ayat first dia cakap? "Kenapa cengkung sangat ni?" ok aku dibebebebebel.... pasal? Aku makan kot cengkung apanya. hmm...
Ok dok lepas tu Ibu ajak makan Pizza Hut... Lepas tu pi beli barang2 kat Shopping Mal.... 
Dan seterusnya ke rumah Nenek yang turut ada Wakli (Pakcikku)

Nenek nampak sihat, boleh duduk boleh berbual macam biasa, cuma penghilatannya sejak 2 3 tahun ni memang kurang jelas. Dia nampak seakan-akan sihat. Cuma Doktor kata DALAMAN dia sudah teruk.... Berbual-bual sikit dengan Nenek... Sedih waktu nak pulang tadi... Dan tanpa banyak cakap lagi aku pun pulang dan selamat alhamdulillah di Johor Bahru kembali. Sekian.

p/s : Terima kasih Puteri Irzuanna aka Put.. kerana ekau la yang dok teman den dari pagi sampai tengah hari bilo den bosan renew Passtport tadi. 
 

20140302

Kelak Akan Diceritakan


Assalamualaikum WBT

yoooo ! Ada sampai seminggu tak aku tak update blog ni? ke tak sampai? ke sampai? Ahh peduli apa pulak, korang reti baca je bukan nak reti tengok aku ni dah lama tak post ke apa enn. Lenjan je la baca heh.

Ok first of all i like to tell uolls... wahh uollsss ada ke dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (INGGERIS) ??? haha. Ok teruskan, aku malas nak type panjang2, walaupun sebenarnya ada banyak sangat aku nak ceritakan dan kongsikan pengalaman sepanjang seminggu aku tak update blog ni. Tetapi maaf bukan hari ini. Dek kerana laptopku yang ketiga kalinya membuat hal "windows problem". Haa pelikkan? kenapa pelik? Sebab bila cakap dengan Ayah aka Pak Zin kata Laptop rosak "Windows Problem"..... Ayah jawab "haa? ohh cermin dia rosak eh?". Then what should i....? 
Ok abaikan. YA! Laptopku buat masalah lagi jadi ni update guna laptop Mohd Danial Rafie aka Dent. Dok lepas Laptopku dah habis betul semua, akan aku ceritakan pada kalian yang membaca kisah-kisahku ya!

Akhir kata, Terima kasih kepada HOMSSA, Sahabat Homssa, Semester 6 & Kelab BHM kerana sama2 kita telah menjayakan Program "Festival Tradisional & Keusahawanan Hospitaliti 2014" dengan selamat. Alhamdulillah.
TERIMA KASIH ! :D

p/s : Kisah festival bagai tu aku cerita bila Laptopku dah dibaiki ya. Salam.